Assalamualaikum wrbt...
Maaf, sudah lama tidak update blog ini dan alhamdulillah sempat dan mampu hari ini untuk updatekan blog ini. Kali ini ingin diceritakan pengalaman inche Mushi di negara orang.
Awal Perjalanan:
Bertolak dari KLIA pukul 11.30 pm pada 22 Ogos 2012 menuju ke Incheon, Korea Selatan selama lebih kurang 7 jam perjalanan di angkasa raya. Buat kali pertamanya menaiki kapal terbang MAS. First time merasakan pengalaman solat Subuh di dalam flight.
Incheon International Airport:
Mandi dan solat di sana. Solat di negara bukan Islam memang mencabar iman bagi sesiapa yang baru pertama kali melakukannya. Adakalanya berasa janggal mahupun segan di depan khalayak ramai orang bukan muslim. Tapi Islam itu mudah dan mungkin ianya hanya perspeksi minda sempit kita sahaja untuk berasa segan mahupun malu untuk solat di tempat-tempat umum.
Incheon - Atlanta:
Perjalanan diteruskan lagi ke Atlanta, USA pada pukul 10.30 pagi. Perjalanan selama 13 jam memang sangat menduga diri. Berpeluang merasa dua hari pada tarikh yang sama. Menahan diri daripada berbuka puasa dan alhamdulillah sempat berpuasa selama dua hari. Makanan utama yang disediakan oleh pihak kapal terbang sememangnya tidak halal dan ianya menguji nafsu makan kita untuk menjauhi makanan tersebut. Menu utama ditukarkan dengan buah-buahan/seafood. Tiba di Atlanta pada pukul 11.30 pagi dan disambut oleh pegawai JPA di sana.
Atlanta:
Selepas melepasi Kastam dan Imegresen, inche mushi bersama-sama 2 orang lagi rakan perempuan menunggu flight untuk ke Rochester iaitu last denstinasi mereka.
Rochester:
Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di tempat yang dituju dengan selamatnya. Moga kehadiran di bumi US membuahkan hasil iaitu memantapkan tarbiyyah diri sambil meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah SWT. Moga Allah permudahkan urusan,InsyaAllah..