Saturday, May 26, 2012

Benarkah Zikir Berjemaah Bid’ah?

Sebahagian Sahabat Nabi S.A.W mereka berzikir sendirian secara sirr(sendirian) ia sabit dengan sunnah. Sebahagian sahabat yang lain mereka mengamalkan zikir secara berjemaah.Ia juga sabit dengan sunnah.

Sebahagian orang hari ini mereka berkeras mengatakan yang sunnah cuma berzikir sendirian secara sirr dan yang berjemaah itu adalah Bidaah.

Sheikh Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) mengatakan (Dalam buku beliau “Al-Bayan“)

Bahawa: “Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan sunnah yg bersandarkan dalil syarak”.

Dalil-dalilnya:-

Al-Quran :

“Allah s.w.t berfirman ertinya: “Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir),samada petang ataupun pagi,dalam mengharapkanNya”

(Al-Kahfi: 28)

Hadis :

Nabi Muhammad S.A.W bersabda ertinya:

“Sesungguhnya,bagi malaikat itu,sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir.

Maka,apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah S.W.A, mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain) :

“Marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)” Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia”.

Hadis – (Riwayat Al-Bukhari)

Dari Mu’awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut) :

“Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam.”

Sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat”

(hadis riwayat Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata,bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah duduk sesuatu kaum,akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah,melaikan para malaikat akan menaungi mereka,akan terlimpah rahmat ke atas mereka,dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka”.

(hadis riwayat Muslim)

Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa:

“hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-ornag yang berzikir,serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai“.

- Tamat Ringkasan Nukilan -

Demikianlah ringkasan daripada Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah S.W.T. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam, Amin.

suntingan : Abu Nafis

Thursday, May 24, 2012

Siapa Inche Mushi?

Bismillahirrahmanirrohim...


Assalamualaikum wrbt...

Siapa Inche Mushi? Itulah pertanyaan yang selalu dilontarkan oleh orang yang tidak mengenali Inche Mushi. Tapi bagi yang mengenali atau berkawan rapat dengan Inche Mushi, biasanya sudah faham dan tahu benar siapa dan bagaimana Inche Mushi. Hari ini Inche Mushi ini memohon maaf di atas segala salah dan silap Inche Mushi jika selama ini blog-blog Inche Mushi tidak memberi apa-apa impak maksima buat anda. Untuk pengetahuan semua pembaca setia blog Inche Mushi ini, Inche Mushi ingin memberi sedikit amanat kepada semua yang suka membaca, melayari, menyusuri ataupun membenci blog Inche Mushi.

Mungkin anda semua mengenali siapa Inche Mushi atau penulis blog ini. Inche Mushi memohon simpati dari anda semua supaya merahsiakan siapakan identiti sebenar Inche Mushi meskipun anda kenal atau tidak kenal siapa Inche Mushi. Ini kerana, Inche Mushi sangat berwaspada dengan fitnah-fitnah yang makin berleluasa di banyak laman sesawang. Mungkin perkara ini belum menjadi lebih serious tetapi lebih baiklah Inche Mushi mengawalnyer sebelum terlambat.

Proses dakwah itu sangat panjang dan berilah masa buat Inche Mushi untuk berubah sehingga cita-citanyer untuk menjadi seorang 'super saiya' tahap ke-10 versi dakwah dan tarbiyyah tercapai. Hati Inche Mushi kadang-kadang goyah dengan ujian di persekitaran dan ini membuatkan kadang-kadang Inche Mushi terjatuh di lembah kefuturan.

Semoga semua pembaca dapat mengotakan amanat Inche Mushi dan Inche Mushi dapat meneruskan usahanyer dalam penulisnyer. Jika niat anda ikhlas kerana Allah SWT membantu Inche Mushi, insyaAllah Allah SWT akan membantu mempermudahkan kerja anda. Tersentuh dengan firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membantu/membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."(47:7)

Antara Semalam dan Hari Ini

Assalamualaikum wbrt...

Petang itu selepas Inche Mushi makan tengah hari bersama-sama murobbinyer dan 2 orang rakan yang pulang dari USA, Inche Mushi pulang ke kediaman 'mewah'nyer sebentar. Keadaan di biliknyer riuh rendah dengan pekikan-pekian rakan-rakannyer yang sungguh hepi melayan 'game' dan movie masing-masing. Iman Inche Mushi hampir-hampir tergugat dengan semula itu, tetapi alhamdulillah masih belum terjun di medan tersebut.


Inche Mushi mengambil keputusan untuk ber'uzlah di Masjid Negeri pada petang itu selain mentelaah beberapa bahan tarbawi untuk persediaan 'bulatan gembira' panglima kuda merahnyer pada malam karang. Setibanya di sana, Inche Mushi mencari 'port' yang terbaik untuk melakukan urusannyer itu. Inche Mushi menatap dan membaca semula 'handout' ISK yang telah diberikan kepada semua ahli BGnyer sebagai persediaan untuk malam tersebut. Antara lain yang ditatap oleh Inche Mushi ialah buku Sirah Nabawiyyah dan Slide Tarbiyyah Dzatiyyah.


Menjelang maghrib iaitu lebih kurang pukul 7.00 petang, Inche Mushi bergerak ke kolejnyer untuk mengambil seorang panglimanyer yang berada di sana sejak siang hari tadi. Dia berbuat demikian setelah menerima mesej dari hadeknyer itu. Sebelum mengambil panglima tersebut, Inche Mushi menunaikan solat Maghrib di Pusat Islam INTEC(Islamic Tarbiyyah College) bersama-sama rakan-rakan A-Level yang bakal menduduki peperiksaan pada malam tersebut. "Good luck kawan-kawan A-Level". Kemudian, barulah Inche Mushi pergi menjemput hadeknyer itu dan mereka pun pulang ke kolej cendana selepas makan malam di gerai berdekatan INTEC.

Sampai sahaja di kolej cendana, azan pun berkumandang. Inche Mushi pun menunaikan solat bersama-sama jemaah di situ. Jumlah yang hadir tidaklah memberangsangkan memandangkan sudah ramai pelajar-pelajar program lain yang sudah pun bercuti panjang. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar program America sahaja kerana mereka masih menduduki semester pendek iaitu Summer Semester. Usai solat, mereka mendengar bacaan hadis daripada sahabat-sahabat tabligh dari Uitm.


Bulatan Gembira Inche Mushi hanya dapat dimulakan tepat pukul 9.20 malam kerana menanti kehadiran semua panglima-panglimanyer. Alhamdulillah kehadiran pada malam itu penuh iaitu seramai 7 orang. Dan Inche Mushi memulakan BGnyer seperti biasa iaitu tilawah Al-Quran. Surah yang dipilih ialah Surah Al-Ahzab ayat 1-15. Seperti biasa jugak, mereka cuba mentadabbur ayat-ayat yang dibaca tadi.

Usai mentadabbur ayat, masuklah sesi kedua iaitu perkongsian bahan oleh Inche Mushi. Bahan yang dibawa oleh Inche Mushi ialah 'Tarbiyyah Dzatiyyah' dimana dia memilih tajuk ini kerana sesuai dengan keadaan hadek-hadeknyer yang bakal berangkat ke US bulan Ogos nanti, insyaAllah. Kepentingan tarbiyyah dzatiyyah yang amat ditekankan oleh Inche Mushi kepada panglima-panglima kesayangannyer itu. Mereka kelihatan begitu bersemangat dan ada yang merasa betapa penting tarbiyyah tersebut lebih-lebih lagi mereka yang bakal berangkat ke US nanti. Malah tarbiyyah tersebut sangat penting bagi hadek-hadeknyer yang bakal menyambung pelajaran di universiti yang sangat kurang aktiviti tarbiyyah.

Kemudian, sesi diteruskan dengan perbentangan bahan ISk dari bakal mufti Sabah (insyaAllah) Syeikh Isamuddin (Sem nama manjanya). Beliau membentangkan tentang perbicangan 1 berkaitan kelahiran nabi SAW dan proses dakwah baginda di makkah. Interaksi dari banyak panglima membuatkan keadaan menjadi tegang dan mata-mata ahli-ahli panglima Inche Mushi bersinar-sinar seolah-olah mendapat permata dari dasar laut ( eh, yeke?).

Usai sesi tersebut, jam menunjukkan pukul 11.30 malam dan mereka kelihatan agak letih. Inche Mushi pun meneruskan sesi yang terakhir iaitu sesi qodhoya. Setiap orang menceritakan masalah masing-masing dan perbicangan lebih berfokus tentang temuduga visa yang baru-baru ini dihadapi oleh Inche Mushi sendiri. Kemudian, sebelum BG ditangguhkan pada malam itu, Inche Mushi meminta panglima-panglima kuda merahnyer mengisi mutaba'ah amal mereka. Alhamdulillah, ada peningkatan. Bulatan gembira pada malam itu ditangguhkan dan Inche Mushi bermalam di situ,

Tengah hari ini, Inche Mushi dan geng-geng BG lain berkumpul sekali untuk menjalankan IRP(Intensive Revision Program) untuk bahan asas modul 'Ini Sejarah Kita' yang dibentangkan oleh Akh Nasrom. Alhamdulillah sempat habiskan satu slot perbicangan dalam modul tersebut. Masuknyer waktu zohor, majlis ditangguhkan dan semua bersurai. Wallahu'alam.

Monday, May 21, 2012

Temuduga Visa Inche Mushi

Assalamulaikum wrbt...


Pada pagi ini, Inche Mushi dapat bangun lebih awal dari biasa iaitu sebelum azan Subuh berkumandang selepas 'alarm' telefon bimbitnyer berdering. Inche Mushi lantas bangun dan pulang ke biliknyer (malam itu, Inche Mushi tidur di bilik rakannya kerana dikhuatiri tidak terbangun pada keesokan harinya). Selepas mandi dan mengenakan pakaian format ala-ala 'manager'(insyaAllah, doa-doakan) di sebuah syarikat sendirian berhad miliknya, Inche Mushi meneruskan langkahnyer ke surau kediamannyer yang tidak berapa dekat iaitu lebih kurang 30000 sentimeter dari bilik bujangnyer.

Usai solat, perjalanan yang dijangka bermula selepas subuh hanya dimulakan tepat pukul 6.30 pagi. Inche Mushi bersama empat orang rakannyer yang lain turut bersama-sama untuk misi yang sangat besar kali ini. Sebelum melebarkan perjalanan ke stesen LRT Jalan Universiti, mereka mengisi minyak 'superbikes' masing-masing termasuklah motor 'jaguh' Inche Mushi sekali. Seterusnya perjalanan diteruskan dengan tenang sekali walaupun ada sedikit salah faham tentang pemilihan jalan yang terpantas dan terselamat.

Mereka berjaya sampai dengan bergayanya di Stesen LRT itu lebih kurang pukul 7.40 pagi. LRT diambil terus ke Ampang Park untuk mengharungi salah satu ujian yang tergetir buat 'students' yang bakal menyambung pelajaran ke United States of America (USA). Mereka perlu melalui beberapa 'procedure' untuk mendapatkan visa sebelum ke sana. Misi besar Inche Mushi dan rakan-rakannyer tadi ialah 'Interview Visa'. Mereka sampai di Ampang Park lebih kurang pukul 8.00 pagi dan mula mencari-cari bangunan kedutaan Amerika. Kaki melangkah seolah-olah mengetahui hala tujuan walaupun pada dasarnya tidaklah begitu pasti.


Alhamdulillah akhirnya sampai di depan kedutaan selepas penat bertanya kepada 'security guard' di sepanjang jalan. Mereka beratur untuk mendapatkan giliran masing-masing kerana sudah ramai manusia-manusia yang sudah sampai di sana. Inche Mushi tidaklah begitu risau sangat memandangkan temujanji yang dibuat pada pukul 9.20 pagi, dan jika dipanggil awal ia merupakan satu 'advantage' buatnyer. Akhirnya, tibalah giliran Inche Mushi untuk pendaftaran. Borang temujanji dan IC/ lesen memandu diperlukan dan dia diberikan kad(ID) pelawat sebelum beratur untuk masuk.

Kawalan sangat ketat di luar kawasan kedutaan itu. Laptop, camera dan Ipad dilarang sama sekali dibawa masuk. Apabila dipanggil masuk, segala barang-barang yang dibawa termasuk dompet di'scan' terlebih dahulu dan apabila semuanya selesai barulah Inche Mushi dibenarkan masuk ke dalam bangunan kedutaan. Masuk je dalam bangunan, kena ambil nombor giliran dan menunggu di bilik menunggu yang disediakan sehingga nombor anda dipanggil. Lama jugak menunggu kerana bilangan pemohon visa sangat ramai. Akhirnya tibalah masa nombor Inche Mushi dipanggil dan dia terus berjalan dengan begrgaya dan machonyer ke kaunter yang disebut. Antara dokumen yang diminta ialah, 'interview appointment letter', i-20, gambar visa, resit bayaran standard charter, pasport dan 'visa confirmation page'.


Selesai bendalah tu, Inche Mushi diminta tunggu lagi untuk proses seterusnya. Kali kedua dipanggil, cap jari diambil. 'Firstly', kena letak empat jari (telunjuk,hantu, manis & kelingking) sebelah kiri di atas tempat 'scanner', '2ndly' empat jari kanan then ibu jari kiri dan kanan secara berasingan. Usai proses itu, Inche Mushi kena tunggu untuk proses yang terakhir dan proses inilah yang paling dicuaki semua orang. Lama jugak menunggu giliran dipanggil dan akhirnya nombor giliran Inche Mushi dipanggil. Bermula dengan basmalah, Inche Mushi melangkah dengan penuh yakin memasuki bilik kaunter yang memanggil.

Antara soalan yang ditanya kepada Inche Mushi ialah kenapa memilih kos tersebut, apakah pekerjaan yang sesuai dengan kos itu di Malaysia, mengapa memilih universiti tersebut, ayah kerja apa, dan selalunya ada beberapa lagi soalan-soalan yang akan ditanya berdasarkan jawapan anda. Tips daripada Inche Mushi, banyak bersabar dan berdoa, jawab dengan yakin dan jangan gagap-gagap ('interviewer' tu usha muka kita masa kita jawab soalan dia), kena banyak senyum dan yang paling penting kena yakinkan dia yang kita akan balik ke Malaysia selepas habis belajar. Dan alhamdulillah, dia berkata visa Inche Mushi tiada masalah dan akan dihantar ke rumah pada hari khamis minggu yang sama. Satu lagi benda best yang diberitahu olehnya, "If you wanna travel in US, don't forget to bring along your i-20" samnil memberikan i-20 kepada Inche Mushi. Fuh, alhamdulillah lepas lagi satu ujian.

Inche Mushi dan kawan-kawannyer pun pulang ke kolej mereka. Petang itu ada kelas agama tetapi Inche Mushi terlelap di atas katil bujangnyer lalu ter'missed' kelas petang itu. Semoga apa yang dikongsikan oleh Inche Mushi kali ini dapat memberi sedikit sebanyak motivasi dan tips untuk menghadapi temuduga visa nanti, insyaAllah. Terus senyum dan kekal cool Inche Mushi.

Cuti-Cuti Bersama Si Dia

Assalamualaikum wrbt..

Cuti-cuti hujung minggu kali ini sangat melalaikan Inche Mushi. Ditambah pulak ramai rakan-rakan Inche Mushi keluar berjalan-jalan dan bercuti-cuti Malaysia di Port Dickson. Inche Mushi tidak dapat bersama kerana ada kekangan-kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Mula merancang apa yang sesuai dilakukan pada masa tersebut dan kadang-kadang hilang arah tujuan. Mula bertanya kepada rakan-rakan handai jika ada apa-apa perlawanan bola sepak liga Inggeris pada malam Sabtu yang lalu walaupun Inche Mushi sedia maklum musin EPL baru sahaja tamat baru-baru ini dengan kemenangan dan kejuaraan yang begitu dramatik Manchester City.

Namun, kerana tidakpuasan hati dan nafsu Inche Mushi, dia mula mencari sendiri. Laman sesawang 'Live.score' di'google'kan untuk melihat apa-apa berita terbaru. Terpandang di situ, satu perlawanan menarik Final Liga-Liga Juara antara Bayern Munich dan Chelsea pada pukul 2.45 pagi keesokan harinya. Selepas melalui satu malam yang panjang (setakat ini) bersama naqib tersayang, Inche Mushi meng'qodha'kan tidurnya sampai ke tengah hari. Selepas solat Isyak, Inche Mushi bersama-sama seorang rakannya yang tidak mengikuti jalan-jalan ke Port Dickson berjalan-jalan jugak ke suatu tempat. Pada mulanya mereka ke sebuah tapak pancing di seksyen 24 dan kemudian meneruskan perjalanan ke Giant Seksyen 13 apabila menyedari pakage pancing yang ditawarkan amat mahal sekali. (Hobi Inche Mushi memancing sebenarnya tetapi selalu tidak berkesempatan). Setelah hampir sejam ber'shopping' di giant itu, hasilnya hanyalah ice-cream, donut dan roti 'reduced to clear'. Mereka terus pulang ke tempat berteduh mereka.


Pada tengah malam harinya, mata Inche Mushi tidak merasakan mengantuk langsung dan ia merupakan 'catalyst' terbesar yang membuatkan Inche Mushi ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Tepat pukul 2.50 pagi, Inche Mushi berjalan ke Blok 7 untuk menyaksikan perlawanan tersebut. "MasyaAllah, ada jugak orang tengok!", monolg hati Inche Mushi melihat ada lebih kurang 10 orang di dalam bilim tv. Perlawanan ditonton dengan baik sekali kerana perlawanan pada malam itu sangatlah menarik berbanding perlawanan-perlawanan lain. Kemenangan dramatik buat Chelsea selepas menang melalui sepakan penalti.

Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi dan Inche Mushi mengambil keputusan untuk tidak tidur lagi memandangkan fajar subuh sudah hampir menonjolkan dirinya. Tepat pukul 5.40 pagi, Inche Mushi menunggang motor 'jaguh'nya ke Masjid Hidayah seksyen 18. Selepas solat Subuh berjemaah di sana, Inche Mushi pulang ke kediaman 'mewah'nyer untuk meneruskan agenda wajib yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar di hujung minggu. Apa lagi, tidor!!!

Pejam-pejam dan terus pejam sampailah tengah hari. "MasyaAllah, dah pukul 3.00 petang!", benak hati Inche Mushi. Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari. Ini dah nazak betul. Usai solat zohor secara fardhi, Inche Mushi keluar bersama rakannya untuk 'lunch' pada petang itu. Nasi putih + ayam goreng + air kosong sudah cukup buat memujuk perut Inche Mushi.

Pada petang itu, Inche Mushi bersama rakannya yang tidak disebut nama dari tadi berangkat ke kolam renang seksyen 13 untuk beriadah seketika. Sampai di sana lebih kurang pukul 6.15 petang, mereka terus bermandi manda di kolam 'indoor'. Selepas mandi, mereka solat maghrib di surau kompleks itu dan terus bergerak ke seksyen 2 untuk 'dinner' pada malam itu.

Bermulalah Inche Mushi bertukar kepada 'super saiya'nyer untuk menyantuni rakannya yang ada masalah dengan naqib 'keluarga'nyer di kolej. Inche Mushi menasihati dan cuba menyantuni rakannya itu selembut dan sehikmah yang mampu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ada nampak rasa puas di muka rakannya itu. Inche Mushi sangat risau dengan komitmennyer dan tarbiyyah rakannya itu mungkin akan terganggu jika ada unsur-unsur lain yang mengganggu dia. Usai makan, kami terus beregak pulang ke kolej dan meneruskan aktiviti masing-masing.


p/s: kadangkala kita berniat untuk suka-suka tetapi kita tak tahu niat yang suka suki itu boleh berubah kepada muayashah yang terbaik buat orang yang kita bersama bersuka-suki itu. Kita perlulah bijak memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara berfaedah walaupun ianya kadangkala boleh melalaikan kita.

Saturday, May 19, 2012

Pertemuan Pahlawan Kuda Biru & Panglima Kuda Merah

Assalamualaikum wrbt.

Hari-hari yang penuh getir dilalui dengan penuh bersabar walaupun kehidupan dilihat agak sibuk berbanding orang-orang lain yang kelihatan begitu 'free' lebih-lebih lagi pada semester 'summer' yang agak pendek ini. Maklumlah, maksima kelas setiap hari adalah selama 4 jam sahaja. Pelbagai perkara difikirkan oleh Inche Mushi untuk mengisi masa lapang dengan benda-benda yang berfaedah lebih-lebih lagi dengan hadek-hadek. Selepas pulang dari Bukit Taboh minggu lepas yang melibatkan panglima kuda merah, Akh Izzudin merasa bersalah dan bersimpati kepada nasib pahlawan kuda biru yang tidak berkesempatan merasai peristiwa tersebut. Lalu,aktiviti mula dirancang olehnya untuk mengadili pihak pahlawan kuda biru. Resolusinyer, Kolam Renang Darul Ehsan dipilih sebagai destinasi rehlah untuk hujung minggu ini.Merasakan ketidakyakinan Akh Izzudin, dia meminta Inche Mushi untuk menjadi pemandu pengangkutan kali ini. Inche Mushi sepenuh hati jiwa dan raga menginfakkan dirinya demi ukhuwah fillah sesama mereka.


Petang Jumaat itu, selepas solat 'Asar, Inche Mushi memandu kereta 'sport' ala-ala MPV Estima berwarna biru menuju ke Kolej Cendana. Pada mulanya, aktiviti dirancang untuk pahlawan kuda biru sahaja tetapi kerana permintaan Inche Mushi untuk menyatukan panglima kuda merahnya dengan pahlawan kuda biru atas dasar ukhuwah dan rindu mereka antara satu sama lain, Akh Izzudin bersetuju, alhamdulillah. Akhi Izzudin menaiki kereta Alza bersama-sama 'Mat Soleh' dari US yang bernama Akh Faris bersama 4 anggota pahlawan kuda biru dan dua orang lain jemputan khas oleh mereka iaitu Akh Fattah dan Akh Yusof.


Kami bergerak bersama-sama menuju ke Kolej Cendana untuk menjemput dan mengiringi panglima-panglima kuda merah seramai 7 orang (alhmadulillah semua dapat sertai). Ketibaan Inche Mushi disambut baik oleh bakal 'Ulama negeri jelapang padi, Syeikh Adafi yang siap sedia menunggu di hadapan pintu pagar kediaman. Setelah cukup ketujuh-tujuh panglima, kami mula bergerak ke destinasi yang dituju. Tiba di sana lebih kurang pukul 6.15 pagi (waktu Buffalo, New York), akhi Izzudin memberikan 'mind-setting' terlebih dahulu. Kemudian, kami terus bergerak ke dalam pusat akuatik. Usai membeli tiket, kami semua masuk ke kolam renang untuk menjalankan aktiviti bermandi-manda.


Terdapat 2 bahagian kolam renang iaitu 'indoor' and 'outdoor'. Kolam 'outdoor' tidaklah terlalu iaitu lebih kurang paras dada sahaja manakala kolam 'indoor' jugak tidaklah terlalu dalam sangat iaitu lebih kurang paras dada itik (hahahaha), cuma 3 meter dari paras bumi. Kami bermandi manda di kolam 'outdoor' kerana tak semua di antara kami boleh berenang. Namun, Inche Mushi dan seorang panglimanya dan seorang pahlawan kuda biru mengambil kesempatan memasuki kolam 'indoor' untuk merasai tempat yang lebih dalam. Alhamdulillah kami dapat berenang dengan tenang sekali walaupun rasa tercungap-cungap dek tertelan air (betul ke ni?). Sejurus kemudian, entah bagaimana berduyun-duyun pahlawan-pahlawan dan panglima-panglima yang lain memasuki kolam 'indoor'. Air yang sejuk dan lebih mencabar tempatnya membuatkan mereka lebih asyik bermandi-manda di situ.


Masa yang terlalu singkat membuatkan aktiviti mandi-manda terpaksa dihentikan terlebih dahulu. Usai bersalin pakaian dan mengambil wudhu', kami menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau kompleks kolam renang tersebut. 'Then' kami berkumpul di tempat parkir kereta untuk mendengar 'taujihad' dari Akh Faris. Beliau membawa satu ayat dari Al-Quran iaitu ayat pertama surah Al-Jumu'ah (62:1).

"Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(1)"

Dalam ayat itu Allah SWT menyebut tentang langit dan bumi dan apa yang dikongsi oleh Akh Faris adalah unsur-unsur di langit dan di bumi sangat berbeza malah sangat berlainan antara satu sama lain tetapi mereka semua bertasbih kepada Allah SWT yang satu. Di sini dapatlah kita mengambil ibrah bahawa walaupun kita semua berasal dari latar belakang yang berbeza tetapi kerana ukhuwah fillah kita bersatu dan menjalankan tugas yang sama.

Selepas itu, kami bergerak ke medan selera seksyen 2 untuk makan malam. Sungguh indah dan manis rasanya berukhuwah bersama-sama ikhwah-ikhwah kita yang bakal mewarisi perjuangan Nabi Muhammad SAW iaitu dakwahtuna, sunnah terbesar baginda SAW. Selepas makan, Inche Mushi dan Akh Faris memandu kereta pulang ke cendana menghantar hadek-hadek kami itu. Usai solat 'isyak bersama-sama, pahlawan-pahlawan kuda biru dan panglima-panglima kuda merah bersalam-salaman dan kami berpisah tetapi perpisahan ini bukanlah perpisahan yang berpanjangan kerana kami pasti berjumpa kembali selepas ini, insyaAllah...


Friday, May 18, 2012

'Bulatan Gembira' Panglima Kuda Merah

Assalamualaikum wrbt.

p/s: Ada 'term-term' yang mungkin hanya difahami oleh orang-orang yang telah mengikut tarbiyyah kita. Harap-harap mak cik dan pak cik memahami luahan hati Inche Mushi ini.

Selepas menunaikan solat sunat ba'diah maghrib, Inche Mushi mempercepatkan langkah ke biliknya yang berada di tingkat empat. Mula menyusun bahan-bahan yang bakal dibawa sebelum berjumpa hadek-hadeknya di rumah tumpangan sementara yang dipinjamkan oleh Maha Pencipta kepada 'employer' kuda merah mereka. Dengan berbekalkan bahan-bahan tarbawi di dalam beg 'mewah' buatan kain yang jika dibeli mungkin tak sampai pun dinar Malaysia 10 ringgit dan jikalau dijual mungkin sudah tidak laris lagi di pasaran. Berjalan bak seorang pendekar pinang sebatang lalu terus mencapai motor jaguh jenama LC 135cc yang diberi pinjam oleh rakan yang bukan sekerjanya kerana takutkan kelewatan temu janji dengan manusia-manusia yang menanti(mungkin) kedatangan pendekar ini. Persoalan: Temu janji dengan Pencipta yang sekian lama macam mana pulak? Seringkali kita berjanji dengan Allah SWT pada permulaan solat dalam doa iftitah, namun adakah kita telah menunaikannya?

“Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Terasa jugak Inche Mushi dengan persoalan dan doa itu. Dia terus bergerak dan bergerak dengan laju sekali tanpa berpeluh kerana menunggang motor jaguh dengan kelajuan yang deras sekali iaitu 80000 meter/jam sehingga memusnahkan banyak jisim-jisim udara di sepanjang jalan. Inche Mushi menuju Masjid Besar Negeri untuk membeli sedikit makanan dan minuman buat penyejuk hati dan penyaman perut terutamanya kepada hadek-hadek tersayang malah takkala belum menjamah apa-apa lagi pada sebelah malam hari tersebut. Selepas membeli nasi Arab di masjid tersebut Inche Mushi meneruskan perjalannya ke tempat impiannya dari tadi. Sampai tepat dengan berkumandangnya seruan Illahi di speaker-speaker surau dan masjid, dirinya merasa lega kerana sempat untuk mendapatkan rakaat pertama solat Isyak pada malam itu bersama-sama imam. Beberapa minit kemudian, iqamah diseru dan jemaah mula berkumpul untuk sama-sama bersolat. Usai segala solat-solat yang insyaAllah menjadi amalan harian, Inche Mushi mula mencari 'port'nyer untuk agenda-agenda seterusnya.

Tak lama kemudian, muncullah seorang ahli panglima kuda merah yang sangat digeruni oleh orang biasa tetapi kerana kegiatan mereka yang selalu di bawah lindungan tembok-tembok bangunan, mereka jarang dikesan orang umat sejagat di sekeliling. Lama kelamaan muncul dan muncul lagi ahli-ahli panglima tersebut. Lebih menakutkan lagi Inche Mushi, mereka juga membawa 'senjata'. Akhirnya cukuplah ketujuh-tujuh geng panglima tersebut. Dan apabila cukuplah 7 biji 'dragon ball' maka bolehlah menyeru naga untuk satu permintaan. Jika Bulma meminta Goku dihidupkan semula tetapi bagi Inche Mushi, cukupnyer 7 panglima itu bukanlah untuk meminta dikembalikan nyawa manusia yang bukan miliknya malah adanya mereka membuatkan Inche Mushi meletakkan harapan tinggi kepada mereka supaya menjadi 'Ansorullah' iaitu penolong agama Allah SWT untuk menegakkan Islam itu semula suatu hari nanti.

Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff ayat ke-14:

"Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang."


'Bulatan gembira' kami dimulakan dengan agenda seperti biasa iaitu dengan tilawah Al-Quran. Sesi dijalankan secara 'pairing' di mana seorang membaca dan seorang lagi mendengar sambil menyemak. Kemudian, kami tidak ketinggalan seperti biasa membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca untuk ditadabburkan. Usai membaca tafsir, tibalah masa yang sangat-sangat disukai oleh Inche Mushi namun sangat digempari oleh panglima-panglima kuda merah tersebut iaitu sesi tadabbur. Namun, masa sudah mematangkan panglima-panglima tersebut, maka muncullah seorang panglima gagah perkasa yang berasal dari Austin, USA untuk mentadabbur ayat. Tapi, bukannya ayat yang hendak ditadabburkan malah Inche Mushi yang dipersoalkan tentang ayat yang mungkin tersentap dihatinya. 'Expectation' Inche Mushi tersasar jauh, namun cuba dijawab dan diperjelaskan dengan sebaik mungkin. Ada panglima lain yang turut membantu. 'Then', tampil seorang demi seorang untuk mentadabbur ayat yang terasa dihati takkala membaca tafsirannya. Namun begitu, tidak kesemua panglima-panglima mentadabbur ayat dan itulah yang membuatkan Inche Mushi terkilan tetapi pada peringkat 'super saiya' yang masih lagi dalam proses pembelajaran, mereka dimaafkan. Inche Mushi teringat tentang BG 'underground' bersama-sama murobbinya di mana kesemua ahli cuba mentadabbur ayat mengikut kefahaman masing-masing dan akhirnya tinggallah Inche Mushi seorang lagi yang belum mentadabburkan ayat dan ia membuatkan Inche Mushi rasa 'awkward' lalu memberanikan diri mencuba. Sungguh gembira dan bahaginya hati Inche Mushi jika kesemua panglima mencuba untuk mentadabbur ayat Allah SWT selepas ini kerana bagi Inche Mushi setiap kali mereka bersuara dan mengeluarkan pandangan, ia membuatkan hati Inche Mushi berbunga dan memahami sejauh mana kefahaman mereka di jalan T&D ini.

Kesemua panglima terdiam, lalu Inche Mushi cuba menghilangkan suasana sepi itu dengan meneruskan sesi seterusnya iaitu sesi pembentangan. Dapat dilihat dimuka hadek-hadeknya rasa gementar namun ia merupakan perkara biasa bagi Inche Mushi. Namun, mungkin itu hanyalah perasaan Inche Mushi semata-mata kerana bagi panglima-panglima itu, ia merupakan perkara biasa kerana mereka sudah lama berkecimpung dalam medan 'presentation' seperti ini di dalam kelas 'Speech Communication' semester lalu. Modul yang akan dibentangkan adalah "This is OUR History", modul yang seringkali diperkenalkan kepada insan-insan yang ditarbiyyah pada peringkat permulaan untuk membuka mata mereka yang masih lagi nyenyak tidur di bawah selimut cap ayam. Bangunlah! Bangunlah!

Allah SWT berfirman:

"Wahai orang Yang berselimut! (1)
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).(2)"
(74:1-2)


"Wahai orang Yang berselimut!.(1)
Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)(2)"
(73:1-2)


'Presenter' pertama yang dipilih sendiri oleh Inche Mushi ialah "Imam Besar Makkah" (gelaran semata-mata), Syeikh Fadirul yang akan memperhuraikan Muqaddimah I modul tersebut. Apabila dia mula berbicara, panglima-panglima yang lain diam seribu bahasa malah Inche Mushi juga terpegun dengannya. Lawak dan lucunya syeikh membuatkan semua terketawa dan wujudnyer suasana riang gembira seperti menyambut hari raya cuma yang membezakannya adalah tiada music latar hari raya sahaja. Hebat! Dan alhamdulillah kehebatan itu tidak disia-siakan di dalam BG itu, semoga Syeikh Fadirul akan terus hebat selepas ni, semakin hari semakin hebat, insyaAllah. Seterusnya, muqaddimah kedua diteruskan oleh Syeikh Adafi, bakal Ulama' negeri jelapang padi yang tidak kurang hebatnya berbanding syeikh sebelumnya. Kepentingan memahami dengan hati diketengahkan oleh beliau ditambah lagi dengan 'pati-pati' tambahan yang insyaAllah masih belum lari dari perbincangan utama untuk menyedapkan lagi hujah-hujah beliau. MasyaAllah mantap betul hadek-hadek merangkap panglima-panglima Inche Mushi.

Jam sudah bosan menunggu Inche Mushi yang tidak mahu pulang lagi, lalu ia mempercepatkan lariannya ke pukul 11 pagi waktu New York (waktu Malaysia convertlah sendiri ya). Punggung Inche Mushi yang ringan mahu pulang tadi tiba-tiba saja menjadi berat memandangkan banyak lagi perkara yang ingin diperbincangkan. Walaupun Inche Mushi ada quiz pada keesokan harinya tapi kerana adanya mata-mata yang masih dahaga tarbiyyah di depan Inche Mushi, dia mengambil keputusan untuk terus berada di situ. Malah, lebih memberi semangat kepada Inche Mushi, ada seorang panglima yang bakal menduduki test pertama 'sihir' pada keesokan harinya juga. Jadi, jika di'compare'kan quiz berbanding test, apalah sangat. "Ya, aku mesti berada di sini!" monolog hati Inche Mushi.

Seterusnya sebelum memasuki topik yang ke-3 iaitu serba sedikit berkaitan tentang Mekah, Inche Mushi mengambil keputusan untuk menjamu hadek-hadeknya dengan hidangan "Nasi Arab" yang dibeli olehnya tadi sempena topik yang bakal diperbincangkan selepas itu (maybe minggu depan). Berkerumunlah panglima-panglima tersebut di sekeliling dulang cap surau untuk menjamah. Fuh, sedapnyer! Nyam-nyam! Akhirnya, hanya tulang yang ditinggalkan buat santapan kucing-kucing diluar sana, yang lain-lain habis dikunyak oleh kami, alhamdulillah semoga kami semua mendapat keberkatan yang ada pada rezeki itu.


Sesi diteruskan dengan 'qodhoyah' tentang masalah dan keadaan mereka setakat ini. Setiap panglima diberikan peluang untuk meluahkan masalah-masalah masing-masing dan situasi-situasi yang mereka hadapi setakat ini. Sungguh berat dan kasihan Inche Mushi mendengarnya. Inilah padahnya menjadi naqib kepada panglima-panglima ini, tapi percayalah jika wujudnya perasaan tersebut, ia merupakan petanda yang baik bahawa kita sangat mengambil berat tentang mereka-mereka yang berada di jalan yang sama dengan kita. Alhamdulillah, Inche Mushi bersyukur kerana dikurniakan dengan perasaan sebegitu. Bagi kaca mata seorang da'ie, perlu ada perasaan dan rasa tanggungjawab terhadap anak-anak buahnya apabila mereka mempunyai apa-apa masalah.


Jam sudah hampir pukul 1 pagi (waktu Malaysia), 'bulatan gembira' kami terpaksa ditangguhkan kerana Inche Mushi sangat bersimpati terhadap panglima-panglima yang mungkin keesokannya ada test yang bakal dilalui, atau mungkin sudah sampai masa buaian tilam empuk di bilik dan kerana ada mata-mata yang sudah hampir tertutup dek letih agaknya. Tidak ketinggalan, mereka disuruh mengisi 'Mutaba'ah 'Amal' masing-masing setelah diperjelaskan oleh Inche Mushi apakah tujuan sebenar pentingnya ia bagi kami semua. Jazakallahukhairan kasiran buat hadek-hadek yang sudi datang pada malam itu.

Mohon maaf jika segala isi dan penyampaian kali ini menyentuh hati sesapa tapi insyaAllah, ia hanya luahan hati Inche Mushi yang sedang berjuang di jalan T&D ini kerana harapan yang tinggi beliau untuk mendapat redha Allah SWT dan Syurga-Nya.

Tuesday, May 15, 2012

Rehlah Kami


Assalamualaikum wbrt.

Sudah lama tak bersua muka di laman blog ni. Nak kata sibuk tak la sangat tapi mungkin malas nak menulis rasanya. Kali ini ada benda menarik nak dikongsikan di dalam blog ini, insyaAllah. Tanggal 13 Mei lalu, di mana hari ibu dirayakan oleh sebahagian daripada kita, aku bersama beberapa orang rakan-rakan, adik-adik dan ikhwah-ikhwah Uitm sempat lagi meluangkan masa berjalan bersama-sama di Bukit Taboh, Taman Melawati. Matlamat kami hanyalah satu iaitu merapatkan ukhuwah sesama kami. Ukhuwah fillah kali ini bukan ukhuwah biasa-biasa tapi ukhuwah kami hanyalah kerana Allah SWT kerana orang yang berkasih sayang sesama saudaranya adalah orang-orang yang amat dijelesi Nabi-Nabi terdahulu, Subhanallah.

Kami mula berkumpul di rumah flat seksyen 24, rumah yang diinfakkan demi jalan dakwah ini bermula pukul 10.45 malam sehari sebelumnye. Perkumpulan kali ini mengumpulkan rakan-rakan sebatchku dan adik-adik usrahku sendiri. Kemudian, akh Faris memulakan 'sitting' kami pada malam itu dengan ta'aruf biasa-biasa (TBB). Melalui 'sitting' itu, dapatlah kami mengenali antara satu sama lain sebelum XPDC kami pada besoknya. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk tidur memandangkan perjalanan kami akan bermula pada pukul 4.30 pagi keesokan harinya. Selepas lampu dipadamkan, ada yang masih berbual-bual, ada yang tidak ketinggalan menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Subhanallah satu biah solehah ditonjolkan di situ. Besoknya, terbangun aku apabila menyedari ada sahabatku yang tengah menunaikan solat tahajjud di sebelah, aku lantas bangun menuju ke tandas. Usai menunaikan solat tahajjud yang ringkas, aku bergegas mengejutkan rakan-rakan yang lain. Kami mula berkumpul di tapak letak kereta bermula pukul 4.25 pagi. Ketibaan Akh Adam dan 2 orang ikhwah Uitm, Akh Fareez dan Akh Irfan menceriakan lagi suasana. Merangkap mas'ul secara tak langsung, aku memberikan sedikit 'mindsetting' untuk rehlak kali ini. Kemudian, kami mula bergerak. Skuad seramai 20 orang alhmdulillah berjaya dan selesa dimuatkan di dalam 3 buah kereta.


Masuknya waktu subuh, kami berhenti di masjid berdekatan untuk menunaikan seruan-Nya. Usai solat, kami bergerak ke tempat perdakian. Kami mula berkumpul di kaki bukit sebelum memulakan pendakian kami. Sempat lagi ikhwah-ikhwah bergambar bersama sebelum memulakan XPDC kali ini.


Dalam perjalanan menuju puncak, sempat lagi kami bergambar kenang-kenangan. Bukan senang nak bersama-sama selalu. Namun, langkah masih perlu diteruskan kerana perjalanan masih panjang. Harap-harap dapat sampai puncak, horaii!!


Ni dia Akh Adam Tan, pensyarah Uitm yang boleh dikatakan 'mastermind' rehlah kami kali ini. Bukan main bersemangat lagi memanjat 'gunung' ini. Jalan-jalan yang dilalui ditempuh dengan gagahnya bak hero! Bertepatan dengan slogan pada baju beliau "From Zero To Hero"!




Sudah penat berjalan di muka bumi Tuhan yang indah dan 'amazing' ini, kami berhenti berehat sebentar. Kesempatan yang ada tidak disia-siakan dengan mengambil gambar dengan mengenakan 'posing-posing' masing-masing.


Kesempatan yang ada, tidak membuatkan kami leka dengan dunia. Kami sempat membaca ma'surat sughra semasa berehat di tempat tersebut yang diketuai Akh Faris sementara aku dan beberapa orang lagi ikhwah menyediakan sarapan ringkas. Selepai itu, tazkirah pendek diberikan oleh Akh Adam untuk meningkatkan semula semangat para peserta yang bakal menjadi para du'at suatu hari nanti insyaAllah. Takbir!


Sampailah waktu yang dinanti-nanti, apalagi makan sajalah! Kami 'menyorok' dengan roti gardenia berintikan kaya dan jem strawberi dengan air teh.


Mantap! Ikhwah Uitm menyediakan air teh menggunakan stove dan gas yang dibawa. Alhamdulillah, sedap dan kenyang. Perjalanan kami diteruskan dengan cabaran yang lebih mencabar. Susah-susah mendaki lebih susah lagi kehidupan di dunia ini lebih-lebih lagi di jalan tarbiyyah ini. Saidina Umar pernah berkata: "Jalan dakwah dan tarbiyyah ini merupakan jalan yang panjang, berhalangan dan memenatkan."


Curam bukit yang sukar ini dipanjat oleh kami seorang demi seorang. Di situ, akh Zainul tangkas sekali bak 'Spiderman' memanjat curam bukit. Alhamdulillah aku tidak terlepas peluang tersebut. Sukar dan menggayatkan tapi yang penting cuba dahulu!


Alhamdulillah, akhirnya berjaya berada di atas bukit. Walaupun masih belum menjejak kaki di puncak bukit namun, perjalanan yang panjang dan berliku itu berjaya juga diharungi oleh kami. Cukuplah sekadar puas di hati ketika itu kerana jika diambil kira nafsu manusia mungkin sudah di puncak masih belum puas, na'uzubillah.


Selepas penat mendaki 'gunung' kami tadi, kami tidak melepaskan peluang berukhuwah bersama-sama di sebuah tempat di sekitar Zoo Negara untuk bermandi manda. Berbagai-bagai gelagat 'kanak-kanak' riang itu. Subhanallah, bestnyer berukhuwah kerana Allah SWT.


IBRAH:

1. Ukhuwah fillah sangat indah kerana kita bersama-sama insan-insan yang mengenali tujuan hidup kita. "Ukhuwah is more than friendship". Di mana kita berapa, jika kita sendirian kita akan mudah goyah dan gerakan dakwah kita mungkin akan terbantut dan jika kita bersama-sama insyaAllah iman kita akan lebih terpelihara dan urusan kerja K.I.T.A akan lebih muntij dan mudah insyaAllah.


2. Perjalanan yang panjang dan berliku semasa mendaki bukit membuatkan kita berusaha keras untuk sampai di puncak. Begitulah juga apabila di jalan T&D ini, kita sepatutnya berkerja keras demi mencapai matlamat kita yang terbesar, insyaAllah.

3. Perjalanan yang jauh dan tinggi seringkali memenatkan apabila banyak barang yang dipikul. Apabila ditinggal sedikit, insyaAllah perjalanan yang memenatkan terasa lebih selesa. Begitulah kita, dalam perjalanan mendapatkan redha Allah SWT dan menegakkan Islam di puncak, kita kena bergerak lebih laju dengan meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah di belakang kita, insyaAllah


4. Perjalanan yang memenatkan terasa puas apabila sampai di tempat yang dituju, begitulah juga apabila matlamat K.I.T.A tercapai, perjalanan yang sukar dan berliku sebelum itu terasa puas dan lega sangat.

5. Perjalanan untuk naik sangat susah dan lambat tapi perjalanan turun sangat cepat. Begitulah juga dalam T&D, untuk menaikkan Islam itu sangat lambat dan memakan masa, tapi untuk menurunkan sesuatu tamadun itu sangat cepat. Jadi, ayuh K.I.T.A bersama-sama menjadi jundi-jundi Allah SWT yang bersiap siaga berkhidmat untuk-Nya, insyaAllah


~SEMOGA UKHUWAH FILLAH INI BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA INSYAALLAH~