Assalamualaikum wrbt.
p/s: Ada 'term-term' yang mungkin hanya difahami oleh orang-orang yang telah mengikut tarbiyyah kita. Harap-harap mak cik dan pak cik memahami luahan hati Inche Mushi ini.
Selepas menunaikan solat sunat ba'diah maghrib, Inche Mushi mempercepatkan langkah ke biliknya yang berada di tingkat empat. Mula menyusun bahan-bahan yang bakal dibawa sebelum berjumpa hadek-hadeknya di rumah tumpangan sementara yang dipinjamkan oleh Maha Pencipta kepada 'employer' kuda merah mereka. Dengan berbekalkan bahan-bahan tarbawi di dalam beg 'mewah' buatan kain yang jika dibeli mungkin tak sampai pun dinar Malaysia 10 ringgit dan jikalau dijual mungkin sudah tidak laris lagi di pasaran. Berjalan bak seorang pendekar pinang sebatang lalu terus mencapai motor jaguh jenama LC 135cc yang diberi pinjam oleh rakan yang bukan sekerjanya kerana takutkan kelewatan temu janji dengan manusia-manusia yang menanti(mungkin) kedatangan pendekar ini. Persoalan: Temu janji dengan Pencipta yang sekian lama macam mana pulak? Seringkali kita berjanji dengan Allah SWT pada permulaan solat dalam doa iftitah, namun adakah kita telah menunaikannya?
“Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”
Terasa jugak Inche Mushi dengan persoalan dan doa itu. Dia terus bergerak dan bergerak dengan laju sekali tanpa berpeluh kerana menunggang motor jaguh dengan kelajuan yang deras sekali iaitu 80000 meter/jam sehingga memusnahkan banyak jisim-jisim udara di sepanjang jalan. Inche Mushi menuju Masjid Besar Negeri untuk membeli sedikit makanan dan minuman buat penyejuk hati dan penyaman perut terutamanya kepada hadek-hadek tersayang malah takkala belum menjamah apa-apa lagi pada sebelah malam hari tersebut. Selepas membeli nasi Arab di masjid tersebut Inche Mushi meneruskan perjalannya ke tempat impiannya dari tadi. Sampai tepat dengan berkumandangnya seruan Illahi di speaker-speaker surau dan masjid, dirinya merasa lega kerana sempat untuk mendapatkan rakaat pertama solat Isyak pada malam itu bersama-sama imam. Beberapa minit kemudian, iqamah diseru dan jemaah mula berkumpul untuk sama-sama bersolat. Usai segala solat-solat yang insyaAllah menjadi amalan harian, Inche Mushi mula mencari 'port'nyer untuk agenda-agenda seterusnya.
Tak lama kemudian, muncullah seorang ahli panglima kuda merah yang sangat digeruni oleh orang biasa tetapi kerana kegiatan mereka yang selalu di bawah lindungan tembok-tembok bangunan, mereka jarang dikesan orang umat sejagat di sekeliling. Lama kelamaan muncul dan muncul lagi ahli-ahli panglima tersebut. Lebih menakutkan lagi Inche Mushi, mereka juga membawa 'senjata'. Akhirnya cukuplah ketujuh-tujuh geng panglima tersebut. Dan apabila cukuplah 7 biji 'dragon ball' maka bolehlah menyeru naga untuk satu permintaan. Jika Bulma meminta Goku dihidupkan semula tetapi bagi Inche Mushi, cukupnyer 7 panglima itu bukanlah untuk meminta dikembalikan nyawa manusia yang bukan miliknya malah adanya mereka membuatkan Inche Mushi meletakkan harapan tinggi kepada mereka supaya menjadi 'Ansorullah' iaitu penolong agama Allah SWT untuk menegakkan Islam itu semula suatu hari nanti.
Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff ayat ke-14:
"Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang."
'Bulatan gembira' kami dimulakan dengan agenda seperti biasa iaitu dengan tilawah Al-Quran. Sesi dijalankan secara 'pairing' di mana seorang membaca dan seorang lagi mendengar sambil menyemak. Kemudian, kami tidak ketinggalan seperti biasa membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca untuk ditadabburkan. Usai membaca tafsir, tibalah masa yang sangat-sangat disukai oleh Inche Mushi namun sangat digempari oleh panglima-panglima kuda merah tersebut iaitu sesi tadabbur. Namun, masa sudah mematangkan panglima-panglima tersebut, maka muncullah seorang panglima gagah perkasa yang berasal dari Austin, USA untuk mentadabbur ayat. Tapi, bukannya ayat yang hendak ditadabburkan malah Inche Mushi yang dipersoalkan tentang ayat yang mungkin tersentap dihatinya. 'Expectation' Inche Mushi tersasar jauh, namun cuba dijawab dan diperjelaskan dengan sebaik mungkin. Ada panglima lain yang turut membantu. 'Then', tampil seorang demi seorang untuk mentadabbur ayat yang terasa dihati takkala membaca tafsirannya. Namun begitu, tidak kesemua panglima-panglima mentadabbur ayat dan itulah yang membuatkan Inche Mushi terkilan tetapi pada peringkat 'super saiya' yang masih lagi dalam proses pembelajaran, mereka dimaafkan. Inche Mushi teringat tentang BG 'underground' bersama-sama murobbinya di mana kesemua ahli cuba mentadabbur ayat mengikut kefahaman masing-masing dan akhirnya tinggallah Inche Mushi seorang lagi yang belum mentadabburkan ayat dan ia membuatkan Inche Mushi rasa 'awkward' lalu memberanikan diri mencuba. Sungguh gembira dan bahaginya hati Inche Mushi jika kesemua panglima mencuba untuk mentadabbur ayat Allah SWT selepas ini kerana bagi Inche Mushi setiap kali mereka bersuara dan mengeluarkan pandangan, ia membuatkan hati Inche Mushi berbunga dan memahami sejauh mana kefahaman mereka di jalan T&D ini.
Kesemua panglima terdiam, lalu Inche Mushi cuba menghilangkan suasana sepi itu dengan meneruskan sesi seterusnya iaitu sesi pembentangan. Dapat dilihat dimuka hadek-hadeknya rasa gementar namun ia merupakan perkara biasa bagi Inche Mushi. Namun, mungkin itu hanyalah perasaan Inche Mushi semata-mata kerana bagi panglima-panglima itu, ia merupakan perkara biasa kerana mereka sudah lama berkecimpung dalam medan 'presentation' seperti ini di dalam kelas 'Speech Communication' semester lalu. Modul yang akan dibentangkan adalah "This is OUR History", modul yang seringkali diperkenalkan kepada insan-insan yang ditarbiyyah pada peringkat permulaan untuk membuka mata mereka yang masih lagi nyenyak tidur di bawah selimut cap ayam. Bangunlah! Bangunlah!
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang Yang berselimut! (1)
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).(2)"
(74:1-2)
"Wahai orang Yang berselimut!.(1)
Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)(2)"
(73:1-2)
'Presenter' pertama yang dipilih sendiri oleh Inche Mushi ialah "Imam Besar Makkah" (gelaran semata-mata), Syeikh Fadirul yang akan memperhuraikan Muqaddimah I modul tersebut. Apabila dia mula berbicara, panglima-panglima yang lain diam seribu bahasa malah Inche Mushi juga terpegun dengannya. Lawak dan lucunya syeikh membuatkan semua terketawa dan wujudnyer suasana riang gembira seperti menyambut hari raya cuma yang membezakannya adalah tiada music latar hari raya sahaja. Hebat! Dan alhamdulillah kehebatan itu tidak disia-siakan di dalam BG itu, semoga Syeikh Fadirul akan terus hebat selepas ni, semakin hari semakin hebat, insyaAllah. Seterusnya, muqaddimah kedua diteruskan oleh Syeikh Adafi, bakal Ulama' negeri jelapang padi yang tidak kurang hebatnya berbanding syeikh sebelumnya. Kepentingan memahami dengan hati diketengahkan oleh beliau ditambah lagi dengan 'pati-pati' tambahan yang insyaAllah masih belum lari dari perbincangan utama untuk menyedapkan lagi hujah-hujah beliau. MasyaAllah mantap betul hadek-hadek merangkap panglima-panglima Inche Mushi.
Jam sudah bosan menunggu Inche Mushi yang tidak mahu pulang lagi, lalu ia mempercepatkan lariannya ke pukul 11 pagi waktu New York (waktu Malaysia convertlah sendiri ya). Punggung Inche Mushi yang ringan mahu pulang tadi tiba-tiba saja menjadi berat memandangkan banyak lagi perkara yang ingin diperbincangkan. Walaupun Inche Mushi ada quiz pada keesokan harinya tapi kerana adanya mata-mata yang masih dahaga tarbiyyah di depan Inche Mushi, dia mengambil keputusan untuk terus berada di situ. Malah, lebih memberi semangat kepada Inche Mushi, ada seorang panglima yang bakal menduduki test pertama 'sihir' pada keesokan harinya juga. Jadi, jika di'compare'kan quiz berbanding test, apalah sangat. "Ya, aku mesti berada di sini!" monolog hati Inche Mushi.
Seterusnya sebelum memasuki topik yang ke-3 iaitu serba sedikit berkaitan tentang Mekah, Inche Mushi mengambil keputusan untuk menjamu hadek-hadeknya dengan hidangan "Nasi Arab" yang dibeli olehnya tadi sempena topik yang bakal diperbincangkan selepas itu (maybe minggu depan). Berkerumunlah panglima-panglima tersebut di sekeliling dulang cap surau untuk menjamah. Fuh, sedapnyer! Nyam-nyam! Akhirnya, hanya tulang yang ditinggalkan buat santapan kucing-kucing diluar sana, yang lain-lain habis dikunyak oleh kami, alhamdulillah semoga kami semua mendapat keberkatan yang ada pada rezeki itu.
Sesi diteruskan dengan 'qodhoyah' tentang masalah dan keadaan mereka setakat ini. Setiap panglima diberikan peluang untuk meluahkan masalah-masalah masing-masing dan situasi-situasi yang mereka hadapi setakat ini. Sungguh berat dan kasihan Inche Mushi mendengarnya. Inilah padahnya menjadi naqib kepada panglima-panglima ini, tapi percayalah jika wujudnya perasaan tersebut, ia merupakan petanda yang baik bahawa kita sangat mengambil berat tentang mereka-mereka yang berada di jalan yang sama dengan kita. Alhamdulillah, Inche Mushi bersyukur kerana dikurniakan dengan perasaan sebegitu. Bagi kaca mata seorang da'ie, perlu ada perasaan dan rasa tanggungjawab terhadap anak-anak buahnya apabila mereka mempunyai apa-apa masalah.
Jam sudah hampir pukul 1 pagi (waktu Malaysia), 'bulatan gembira' kami terpaksa ditangguhkan kerana Inche Mushi sangat bersimpati terhadap panglima-panglima yang mungkin keesokannya ada test yang bakal dilalui, atau mungkin sudah sampai masa buaian tilam empuk di bilik dan kerana ada mata-mata yang sudah hampir tertutup dek letih agaknya. Tidak ketinggalan, mereka disuruh mengisi 'Mutaba'ah 'Amal' masing-masing setelah diperjelaskan oleh Inche Mushi apakah tujuan sebenar pentingnya ia bagi kami semua. Jazakallahukhairan kasiran buat hadek-hadek yang sudi datang pada malam itu.
Mohon maaf jika segala isi dan penyampaian kali ini menyentuh hati sesapa tapi insyaAllah, ia hanya luahan hati Inche Mushi yang sedang berjuang di jalan T&D ini kerana harapan yang tinggi beliau untuk mendapat redha Allah SWT dan Syurga-Nya.
No comments:
Post a Comment