Tuesday, May 15, 2012

Rehlah Kami


Assalamualaikum wbrt.

Sudah lama tak bersua muka di laman blog ni. Nak kata sibuk tak la sangat tapi mungkin malas nak menulis rasanya. Kali ini ada benda menarik nak dikongsikan di dalam blog ini, insyaAllah. Tanggal 13 Mei lalu, di mana hari ibu dirayakan oleh sebahagian daripada kita, aku bersama beberapa orang rakan-rakan, adik-adik dan ikhwah-ikhwah Uitm sempat lagi meluangkan masa berjalan bersama-sama di Bukit Taboh, Taman Melawati. Matlamat kami hanyalah satu iaitu merapatkan ukhuwah sesama kami. Ukhuwah fillah kali ini bukan ukhuwah biasa-biasa tapi ukhuwah kami hanyalah kerana Allah SWT kerana orang yang berkasih sayang sesama saudaranya adalah orang-orang yang amat dijelesi Nabi-Nabi terdahulu, Subhanallah.

Kami mula berkumpul di rumah flat seksyen 24, rumah yang diinfakkan demi jalan dakwah ini bermula pukul 10.45 malam sehari sebelumnye. Perkumpulan kali ini mengumpulkan rakan-rakan sebatchku dan adik-adik usrahku sendiri. Kemudian, akh Faris memulakan 'sitting' kami pada malam itu dengan ta'aruf biasa-biasa (TBB). Melalui 'sitting' itu, dapatlah kami mengenali antara satu sama lain sebelum XPDC kami pada besoknya. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk tidur memandangkan perjalanan kami akan bermula pada pukul 4.30 pagi keesokan harinya. Selepas lampu dipadamkan, ada yang masih berbual-bual, ada yang tidak ketinggalan menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Subhanallah satu biah solehah ditonjolkan di situ. Besoknya, terbangun aku apabila menyedari ada sahabatku yang tengah menunaikan solat tahajjud di sebelah, aku lantas bangun menuju ke tandas. Usai menunaikan solat tahajjud yang ringkas, aku bergegas mengejutkan rakan-rakan yang lain. Kami mula berkumpul di tapak letak kereta bermula pukul 4.25 pagi. Ketibaan Akh Adam dan 2 orang ikhwah Uitm, Akh Fareez dan Akh Irfan menceriakan lagi suasana. Merangkap mas'ul secara tak langsung, aku memberikan sedikit 'mindsetting' untuk rehlak kali ini. Kemudian, kami mula bergerak. Skuad seramai 20 orang alhmdulillah berjaya dan selesa dimuatkan di dalam 3 buah kereta.


Masuknya waktu subuh, kami berhenti di masjid berdekatan untuk menunaikan seruan-Nya. Usai solat, kami bergerak ke tempat perdakian. Kami mula berkumpul di kaki bukit sebelum memulakan pendakian kami. Sempat lagi ikhwah-ikhwah bergambar bersama sebelum memulakan XPDC kali ini.


Dalam perjalanan menuju puncak, sempat lagi kami bergambar kenang-kenangan. Bukan senang nak bersama-sama selalu. Namun, langkah masih perlu diteruskan kerana perjalanan masih panjang. Harap-harap dapat sampai puncak, horaii!!


Ni dia Akh Adam Tan, pensyarah Uitm yang boleh dikatakan 'mastermind' rehlah kami kali ini. Bukan main bersemangat lagi memanjat 'gunung' ini. Jalan-jalan yang dilalui ditempuh dengan gagahnya bak hero! Bertepatan dengan slogan pada baju beliau "From Zero To Hero"!




Sudah penat berjalan di muka bumi Tuhan yang indah dan 'amazing' ini, kami berhenti berehat sebentar. Kesempatan yang ada tidak disia-siakan dengan mengambil gambar dengan mengenakan 'posing-posing' masing-masing.


Kesempatan yang ada, tidak membuatkan kami leka dengan dunia. Kami sempat membaca ma'surat sughra semasa berehat di tempat tersebut yang diketuai Akh Faris sementara aku dan beberapa orang lagi ikhwah menyediakan sarapan ringkas. Selepai itu, tazkirah pendek diberikan oleh Akh Adam untuk meningkatkan semula semangat para peserta yang bakal menjadi para du'at suatu hari nanti insyaAllah. Takbir!


Sampailah waktu yang dinanti-nanti, apalagi makan sajalah! Kami 'menyorok' dengan roti gardenia berintikan kaya dan jem strawberi dengan air teh.


Mantap! Ikhwah Uitm menyediakan air teh menggunakan stove dan gas yang dibawa. Alhamdulillah, sedap dan kenyang. Perjalanan kami diteruskan dengan cabaran yang lebih mencabar. Susah-susah mendaki lebih susah lagi kehidupan di dunia ini lebih-lebih lagi di jalan tarbiyyah ini. Saidina Umar pernah berkata: "Jalan dakwah dan tarbiyyah ini merupakan jalan yang panjang, berhalangan dan memenatkan."


Curam bukit yang sukar ini dipanjat oleh kami seorang demi seorang. Di situ, akh Zainul tangkas sekali bak 'Spiderman' memanjat curam bukit. Alhamdulillah aku tidak terlepas peluang tersebut. Sukar dan menggayatkan tapi yang penting cuba dahulu!


Alhamdulillah, akhirnya berjaya berada di atas bukit. Walaupun masih belum menjejak kaki di puncak bukit namun, perjalanan yang panjang dan berliku itu berjaya juga diharungi oleh kami. Cukuplah sekadar puas di hati ketika itu kerana jika diambil kira nafsu manusia mungkin sudah di puncak masih belum puas, na'uzubillah.


Selepas penat mendaki 'gunung' kami tadi, kami tidak melepaskan peluang berukhuwah bersama-sama di sebuah tempat di sekitar Zoo Negara untuk bermandi manda. Berbagai-bagai gelagat 'kanak-kanak' riang itu. Subhanallah, bestnyer berukhuwah kerana Allah SWT.


IBRAH:

1. Ukhuwah fillah sangat indah kerana kita bersama-sama insan-insan yang mengenali tujuan hidup kita. "Ukhuwah is more than friendship". Di mana kita berapa, jika kita sendirian kita akan mudah goyah dan gerakan dakwah kita mungkin akan terbantut dan jika kita bersama-sama insyaAllah iman kita akan lebih terpelihara dan urusan kerja K.I.T.A akan lebih muntij dan mudah insyaAllah.


2. Perjalanan yang panjang dan berliku semasa mendaki bukit membuatkan kita berusaha keras untuk sampai di puncak. Begitulah juga apabila di jalan T&D ini, kita sepatutnya berkerja keras demi mencapai matlamat kita yang terbesar, insyaAllah.

3. Perjalanan yang jauh dan tinggi seringkali memenatkan apabila banyak barang yang dipikul. Apabila ditinggal sedikit, insyaAllah perjalanan yang memenatkan terasa lebih selesa. Begitulah kita, dalam perjalanan mendapatkan redha Allah SWT dan menegakkan Islam di puncak, kita kena bergerak lebih laju dengan meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah di belakang kita, insyaAllah


4. Perjalanan yang memenatkan terasa puas apabila sampai di tempat yang dituju, begitulah juga apabila matlamat K.I.T.A tercapai, perjalanan yang sukar dan berliku sebelum itu terasa puas dan lega sangat.

5. Perjalanan untuk naik sangat susah dan lambat tapi perjalanan turun sangat cepat. Begitulah juga dalam T&D, untuk menaikkan Islam itu sangat lambat dan memakan masa, tapi untuk menurunkan sesuatu tamadun itu sangat cepat. Jadi, ayuh K.I.T.A bersama-sama menjadi jundi-jundi Allah SWT yang bersiap siaga berkhidmat untuk-Nya, insyaAllah


~SEMOGA UKHUWAH FILLAH INI BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA INSYAALLAH~

No comments: