Monday, May 21, 2012

Cuti-Cuti Bersama Si Dia

Assalamualaikum wrbt..

Cuti-cuti hujung minggu kali ini sangat melalaikan Inche Mushi. Ditambah pulak ramai rakan-rakan Inche Mushi keluar berjalan-jalan dan bercuti-cuti Malaysia di Port Dickson. Inche Mushi tidak dapat bersama kerana ada kekangan-kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Mula merancang apa yang sesuai dilakukan pada masa tersebut dan kadang-kadang hilang arah tujuan. Mula bertanya kepada rakan-rakan handai jika ada apa-apa perlawanan bola sepak liga Inggeris pada malam Sabtu yang lalu walaupun Inche Mushi sedia maklum musin EPL baru sahaja tamat baru-baru ini dengan kemenangan dan kejuaraan yang begitu dramatik Manchester City.

Namun, kerana tidakpuasan hati dan nafsu Inche Mushi, dia mula mencari sendiri. Laman sesawang 'Live.score' di'google'kan untuk melihat apa-apa berita terbaru. Terpandang di situ, satu perlawanan menarik Final Liga-Liga Juara antara Bayern Munich dan Chelsea pada pukul 2.45 pagi keesokan harinya. Selepas melalui satu malam yang panjang (setakat ini) bersama naqib tersayang, Inche Mushi meng'qodha'kan tidurnya sampai ke tengah hari. Selepas solat Isyak, Inche Mushi bersama-sama seorang rakannya yang tidak mengikuti jalan-jalan ke Port Dickson berjalan-jalan jugak ke suatu tempat. Pada mulanya mereka ke sebuah tapak pancing di seksyen 24 dan kemudian meneruskan perjalanan ke Giant Seksyen 13 apabila menyedari pakage pancing yang ditawarkan amat mahal sekali. (Hobi Inche Mushi memancing sebenarnya tetapi selalu tidak berkesempatan). Setelah hampir sejam ber'shopping' di giant itu, hasilnya hanyalah ice-cream, donut dan roti 'reduced to clear'. Mereka terus pulang ke tempat berteduh mereka.


Pada tengah malam harinya, mata Inche Mushi tidak merasakan mengantuk langsung dan ia merupakan 'catalyst' terbesar yang membuatkan Inche Mushi ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Tepat pukul 2.50 pagi, Inche Mushi berjalan ke Blok 7 untuk menyaksikan perlawanan tersebut. "MasyaAllah, ada jugak orang tengok!", monolg hati Inche Mushi melihat ada lebih kurang 10 orang di dalam bilim tv. Perlawanan ditonton dengan baik sekali kerana perlawanan pada malam itu sangatlah menarik berbanding perlawanan-perlawanan lain. Kemenangan dramatik buat Chelsea selepas menang melalui sepakan penalti.

Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi dan Inche Mushi mengambil keputusan untuk tidak tidur lagi memandangkan fajar subuh sudah hampir menonjolkan dirinya. Tepat pukul 5.40 pagi, Inche Mushi menunggang motor 'jaguh'nya ke Masjid Hidayah seksyen 18. Selepas solat Subuh berjemaah di sana, Inche Mushi pulang ke kediaman 'mewah'nyer untuk meneruskan agenda wajib yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar di hujung minggu. Apa lagi, tidor!!!

Pejam-pejam dan terus pejam sampailah tengah hari. "MasyaAllah, dah pukul 3.00 petang!", benak hati Inche Mushi. Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari. Ini dah nazak betul. Usai solat zohor secara fardhi, Inche Mushi keluar bersama rakannya untuk 'lunch' pada petang itu. Nasi putih + ayam goreng + air kosong sudah cukup buat memujuk perut Inche Mushi.

Pada petang itu, Inche Mushi bersama rakannya yang tidak disebut nama dari tadi berangkat ke kolam renang seksyen 13 untuk beriadah seketika. Sampai di sana lebih kurang pukul 6.15 petang, mereka terus bermandi manda di kolam 'indoor'. Selepas mandi, mereka solat maghrib di surau kompleks itu dan terus bergerak ke seksyen 2 untuk 'dinner' pada malam itu.

Bermulalah Inche Mushi bertukar kepada 'super saiya'nyer untuk menyantuni rakannya yang ada masalah dengan naqib 'keluarga'nyer di kolej. Inche Mushi menasihati dan cuba menyantuni rakannya itu selembut dan sehikmah yang mampu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ada nampak rasa puas di muka rakannya itu. Inche Mushi sangat risau dengan komitmennyer dan tarbiyyah rakannya itu mungkin akan terganggu jika ada unsur-unsur lain yang mengganggu dia. Usai makan, kami terus beregak pulang ke kolej dan meneruskan aktiviti masing-masing.


p/s: kadangkala kita berniat untuk suka-suka tetapi kita tak tahu niat yang suka suki itu boleh berubah kepada muayashah yang terbaik buat orang yang kita bersama bersuka-suki itu. Kita perlulah bijak memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara berfaedah walaupun ianya kadangkala boleh melalaikan kita.

No comments: