Thursday, May 24, 2012

Antara Semalam dan Hari Ini

Assalamualaikum wbrt...

Petang itu selepas Inche Mushi makan tengah hari bersama-sama murobbinyer dan 2 orang rakan yang pulang dari USA, Inche Mushi pulang ke kediaman 'mewah'nyer sebentar. Keadaan di biliknyer riuh rendah dengan pekikan-pekian rakan-rakannyer yang sungguh hepi melayan 'game' dan movie masing-masing. Iman Inche Mushi hampir-hampir tergugat dengan semula itu, tetapi alhamdulillah masih belum terjun di medan tersebut.


Inche Mushi mengambil keputusan untuk ber'uzlah di Masjid Negeri pada petang itu selain mentelaah beberapa bahan tarbawi untuk persediaan 'bulatan gembira' panglima kuda merahnyer pada malam karang. Setibanya di sana, Inche Mushi mencari 'port' yang terbaik untuk melakukan urusannyer itu. Inche Mushi menatap dan membaca semula 'handout' ISK yang telah diberikan kepada semua ahli BGnyer sebagai persediaan untuk malam tersebut. Antara lain yang ditatap oleh Inche Mushi ialah buku Sirah Nabawiyyah dan Slide Tarbiyyah Dzatiyyah.


Menjelang maghrib iaitu lebih kurang pukul 7.00 petang, Inche Mushi bergerak ke kolejnyer untuk mengambil seorang panglimanyer yang berada di sana sejak siang hari tadi. Dia berbuat demikian setelah menerima mesej dari hadeknyer itu. Sebelum mengambil panglima tersebut, Inche Mushi menunaikan solat Maghrib di Pusat Islam INTEC(Islamic Tarbiyyah College) bersama-sama rakan-rakan A-Level yang bakal menduduki peperiksaan pada malam tersebut. "Good luck kawan-kawan A-Level". Kemudian, barulah Inche Mushi pergi menjemput hadeknyer itu dan mereka pun pulang ke kolej cendana selepas makan malam di gerai berdekatan INTEC.

Sampai sahaja di kolej cendana, azan pun berkumandang. Inche Mushi pun menunaikan solat bersama-sama jemaah di situ. Jumlah yang hadir tidaklah memberangsangkan memandangkan sudah ramai pelajar-pelajar program lain yang sudah pun bercuti panjang. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar program America sahaja kerana mereka masih menduduki semester pendek iaitu Summer Semester. Usai solat, mereka mendengar bacaan hadis daripada sahabat-sahabat tabligh dari Uitm.


Bulatan Gembira Inche Mushi hanya dapat dimulakan tepat pukul 9.20 malam kerana menanti kehadiran semua panglima-panglimanyer. Alhamdulillah kehadiran pada malam itu penuh iaitu seramai 7 orang. Dan Inche Mushi memulakan BGnyer seperti biasa iaitu tilawah Al-Quran. Surah yang dipilih ialah Surah Al-Ahzab ayat 1-15. Seperti biasa jugak, mereka cuba mentadabbur ayat-ayat yang dibaca tadi.

Usai mentadabbur ayat, masuklah sesi kedua iaitu perkongsian bahan oleh Inche Mushi. Bahan yang dibawa oleh Inche Mushi ialah 'Tarbiyyah Dzatiyyah' dimana dia memilih tajuk ini kerana sesuai dengan keadaan hadek-hadeknyer yang bakal berangkat ke US bulan Ogos nanti, insyaAllah. Kepentingan tarbiyyah dzatiyyah yang amat ditekankan oleh Inche Mushi kepada panglima-panglima kesayangannyer itu. Mereka kelihatan begitu bersemangat dan ada yang merasa betapa penting tarbiyyah tersebut lebih-lebih lagi mereka yang bakal berangkat ke US nanti. Malah tarbiyyah tersebut sangat penting bagi hadek-hadeknyer yang bakal menyambung pelajaran di universiti yang sangat kurang aktiviti tarbiyyah.

Kemudian, sesi diteruskan dengan perbentangan bahan ISk dari bakal mufti Sabah (insyaAllah) Syeikh Isamuddin (Sem nama manjanya). Beliau membentangkan tentang perbicangan 1 berkaitan kelahiran nabi SAW dan proses dakwah baginda di makkah. Interaksi dari banyak panglima membuatkan keadaan menjadi tegang dan mata-mata ahli-ahli panglima Inche Mushi bersinar-sinar seolah-olah mendapat permata dari dasar laut ( eh, yeke?).

Usai sesi tersebut, jam menunjukkan pukul 11.30 malam dan mereka kelihatan agak letih. Inche Mushi pun meneruskan sesi yang terakhir iaitu sesi qodhoya. Setiap orang menceritakan masalah masing-masing dan perbicangan lebih berfokus tentang temuduga visa yang baru-baru ini dihadapi oleh Inche Mushi sendiri. Kemudian, sebelum BG ditangguhkan pada malam itu, Inche Mushi meminta panglima-panglima kuda merahnyer mengisi mutaba'ah amal mereka. Alhamdulillah, ada peningkatan. Bulatan gembira pada malam itu ditangguhkan dan Inche Mushi bermalam di situ,

Tengah hari ini, Inche Mushi dan geng-geng BG lain berkumpul sekali untuk menjalankan IRP(Intensive Revision Program) untuk bahan asas modul 'Ini Sejarah Kita' yang dibentangkan oleh Akh Nasrom. Alhamdulillah sempat habiskan satu slot perbicangan dalam modul tersebut. Masuknyer waktu zohor, majlis ditangguhkan dan semua bersurai. Wallahu'alam.

No comments: