Friday, December 9, 2011

Tip Memilih Sahabat Menurut Islam...


Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.

Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Justeru itu, dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.

Sesungguhnya Islam memberiahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, manakala rawan yang tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Wednesday, December 7, 2011

Revolusi Syria... Ayuh KITA bangkit!!!



Berikut adalah catatan yang saya petik dari laman blog Ustaz Mohammad Fikri yang sempat hadir ke majlis perkongsian tentang Revolusi Syria yang disampaikan oleh Asy-Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi pada 6/12/2011 di Dewan Banquet, UPM. Pada malam tersebut saya berpeluang sendiri mendengar ucapan-ucapan Syeikh tentang pergolakan yang berlaku di sana:

================

Syeikh Khalid Hassan al-Hindawi.

- Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi.

- Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi sendiri untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria kerana kebanyakan berita dari BBC atau media massa sebelum ini tidak tepat dan bercanggah dengan fakta yang sebenar.

- Syeikh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia.

Semoga Allah merahmati Syeikh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

Mukaddimah.

Shaykh memberitahu bahawa beliau baru sahaja melawat Indonesia kemudian beliau diamanahkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk ke Malaysia, memberitahu keadaan yang sebenar berlaku di Syria.

Revolusi sedang berlaku di Yaman, di Syria dan beliau mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya untuk ummat Islam di Malaysia.

Fikri – Amin.

Syeikh memberitahu bahawa permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Dan saat ini Basyar al-Assad sedang memerintah dengan besi dan api ( kekerasan).

Sesungguhnya orang-orang fasiq ingin menipu manusia supaya berpaling dari kebenaran dan revolusi ini, tetapi mereka gagal dan berada dalam keadaan rugi.

Syeikh seterusnya memetik kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ;

“Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat.”

Dan ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah al-Isra’ ayat 81 ;

“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Syeikh seterusnya mengatakan bahawa cara berpolitik ala Fir’aun seperti yang dilakukan oleh Bashar Assad dan orang yang sepertinya seperti pemerintah Tunis, Mesir, Yaman, dan Libya seperti Fir’aun di zaman Nabi Musa, yang mana mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat mereka, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman dari memakai hijab, menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak2. Dan mereka ini tidak akan kekal.

Syeikh memberi misalan keadaan mereka ini seperti di dalam Surah ar-Ra’d ayat 17 ;

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

Seterusnya Syeikh menceritakan tentang sejarah Syria. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Dan Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Seterusnya Syeikh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.

Hafez al-Assad dari merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita(ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawite, 10 peratus darinya beragama Kristian dan 84 peratus daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez.

Shaykh seterusnya menyebutkan sifat-sifat Syiah yang mana mereka begitu membenci Ahlussunnah, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin.

Syeikh seterusnya menyebutkan bilangan penunjuk perasaan yang mati kini mencapat 8500 orang dan hampir 39000+- yang lain cedera. Adapun yang dipenjarakan dan disiksa sebanyak 180000 orang, yang mana direkodkan 413 orang telah mati disiksa. Syeikh juga menceritakan di sebuah daerah bernama Doma, dimana 19 orang doktor telah dibunuh dan 40 orang pesakit telah dibunuh di hospital oleh tentera regim Hafez al-Assad yang kejam itu.

Kini sudah hampir 8 bulan, penunjuk perasaan berjuang selama siang dan malam dan regim Hafez al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat, memusnahkan bangunan-bangunan seperti rumah, masjid, menara masjid, mencabul kehormatan dan merogol perempuan-perempuan, mengikat tangan ayah dan saudara lelaki kemudian merogol ibu, anak perempuan di hadapan mereka.

Syeikh seterusnya menceritakan tentang kekejaman yang berlaku di Hims, di Madinah Khalid al-Walid tentang kisah Zainab al-Husni yang berumur 23 tahun. Beliau ditangkap dan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral, tetapi beliau enggan. Akhirnya beliau disiksa dan tubuhnya dikerat dengan 4 potongan dan dibungkus dan bungkusan itu dicampak kepada ahli keluarganya. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap ratusan anak-anak kecil yang tidak berdosa yang dikerat-kerat badan mereka. Shaykh menegaskan

“Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!”

Syeikh seterusnya menceritakan bagaimana penunjuk perasaan (demonstrator/pejuang revolusi) yang mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.

Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan. Maka Syeikh menanyakan di mana buktinya bahawa Syria ini menentang Israel?

“Maka di mana buktinya bahawa regim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel ?!”

Syeikh seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Bashar merupakan al-Assad kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Syeikh seterusnya menceritakan tentang regim Syria yang menggunakan tindakan ketenteraan ke atas rakyatnya, merogol dan mencabul kehormatan perempuan-perempuan. Sebenarnya ramai di antara askar yang tidak menyetujui kekerasan ke atas rakyat, tetapi mereka yang enggan akan dibunuh dan dipenjarakan. Dan di antara askar-askar itu, ada yang berpaling tadah kepada regim kejam Syria dan menyokong demonstrasi dan mempertahankan rakyat dan bilangan mereka kini seramai 30000 orang dan angka itu semakin bertambah.

Syeikh seterusnya menyatakan bahawa Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

حديث : ” ” من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد “.

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

أخرجه أبو داود (2 / 275) والنسائي والترمذي (2 / 316) وصححه، وأحمد (1652) 1653) عن سعيد بن زيد، وسنده صحيح.

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.

Syeikh seterusnya menceritakan bahawa Liga Arab telah mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga regim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. 19 negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

Syeikh akhirnya menutup ucapan beliau dengan mengingatkan tentang fungsi/apa yang perlu dilakukan oleh kita tentang apa yang berlaku di Syria.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas , siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Syeikh seterusnya menukilkan hadis tentang kelebihan Syam:

أنه قال : يا رسول الله صلى الله عليه وسلم خر لي بلدا أكون فيه ، فلو أعلم أنك تبقى لم أختر عن قربك شيئا ، فقال : عليك بالشام ، فلما رأى كراهيتي للشام قال : أتدري ما يقول الله في الشام ؟ إن الله عز وجل يقول : يا شام أنت صفوتي من بلادي أدخل فيك خيرتي من عبادي إن الله تكفل لي بالشام وأهله

الراوي: عبدالله بن حوالة المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم

: 4/102

خلاصة حكم المحدث: [روي] من طريقين إحداهما جيدة

إنكم ستجندون أجناداً جنداً بالشام ومصر والعراق واليمن قالوا فخر لنا يا رسول الله قال عليكم بالشام قالوا إنا أصحاب ماشية ولا نطيق الشام قال فمن لا يلحق الشام فليلحق بيمنه فإن الله قد تكفل لي بالشام

الراوي:أبو الدرداء المحدث: البزار - المصدر: الأحكام الشرعية الكبرى - الصفحة أو الرقم:

4/512

خلاصة حكم المحدث:إسناده حسن

Fikri : Aku tidak ingin menterjemah hadis Syam ini, cukuplah aku menaqalkankannya beserta sumbernya.

Seterusnya Syeikh menyebutkan peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengah dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Seterusnya kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

Seterusnya, Syeikh menaqalkan arahan dari Shaykh Yusuf al-Qaradawi agar menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara seIslam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

Akhirnya, Syeikh memohon agar Allah membantu kita dalam menghadapi taghut-taghut yang zalim.

Fikri : Inilah sedikit catatan ringkas saya ketika menghadiri Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi. Terima kasih dan Jazakallahu Khaira l-Jaza di atas penganjuran perkongsian yang bermanfaat. Jika ada kekurangan dan kesalahan, saya memohon ampun dan maaf.



Sebelum itu, marilah kita review kembali beberapa point penting dalam perkongsian ini:

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.

2. Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.

3. Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4. Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5. Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar..

Punca Revolusi.

puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.

Rakyat Marah.

1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.

2. Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.

3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.

4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.

5. Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1. Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.

2. 39,000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3. Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.

4. 9,000 tahanan ditahan.

5. 413 orang telah syahid didalam penjara.

6. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!

8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

10. Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Berita Baik.

1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2. Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.

4. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.

Semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini.

Semoga Allah redha akan usaha kita.

Syukron.terima kasih.thank you.

Thursday, October 27, 2011

Wahai pemuda!

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka;
dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.

Oleh itu sepatutnya kita berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kita menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Wahai angkatan pemuda!

Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.

Memandang semua inilah saya berasa berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini.

Wassalam... Selamat Beramal

Beruntunglah orang yang menangis...

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Wednesday, October 26, 2011

Cinta yang harus dimiliki...

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita 'menjual' terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti 'memburu' anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal... tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut 'boroi', rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah 'umpannya' anda akan dapat 'ikan' yang begitu juga.

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, "bila kau hilang malu lakukanlah segalanya." Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi... semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

Tuesday, October 25, 2011

Kahwin Awal???

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.

Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.

Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.

Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?

Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?

Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.

Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.

Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)

Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.

Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.

Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.

Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.

Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

Saturday, October 15, 2011

Lima Cara Menjauhi Maksiat

Apabila sebut perkatan maksiat , seringkali kita kaitkan maksiat dengan akhlak dan moral . Sebenarnya maksiat mempunyai pengertian lebih luas daripada itu . Maksiat adalah merupakan segala perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan salah , dosa , melawan , cuai , menentang atau derhaka kepada Allah swt .Maksiat yang dilakukan akan mendapatkan kemurkaan Allah swt dan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan itu , samada di dunia mahupun di akhirat nanti.

Ada cerita menarik yang saya akan kongsikan dengan pengunjung blog saya , iaitu kisah dialog yang berlaku seorang lelaki yang soleh yang bernama Ibrahim Adham dengan seorang lelaki yang lain . Kisah ini mengajar kita supaya menjauhi perbuatan maksiat . Terdapat 5 tips yang diajar oleh Ibrahim Bin Adham bagaimana cara menjauhi maksiat melalui kisah ini:

PADA suatu ketika, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, seraya berkata: “Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”

Ibrahim menjawab: “Jika kamu mahu menerima lima hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata: “Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq." Ibrahim kemudian berkata: “Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya."

Pemuda itu kemudian bertanya lagi: “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan: “Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?"

Lelaki itu berkata: “Sekarang tolong beritahukan yang (hal) kedua." Ibrahim berkata: “Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.” Ujar lelaki itu: “Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?"

Ibrahim berkata: “Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?" Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutnya yang ketiga!"

Ibrahim berkata lagi: “Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat." Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata: “Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?"

Ibrahim meneruskan hujahnya: “Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?"Pemuda itu segera menjawab: “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!"

Ibrahim berkata: “Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah." Jawab lelaki itu: “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim: “Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" Lelaki itu seterusnya berkata : “Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima."

Ibrahim berkata: “Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya."Jawab lelaki itu: "Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan."

Ibrahim bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?" Kata lelaki itu berkata: "Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

Selepas peristiwa itu, lelaki itu tekun beribadat hingga akhir hayatnya - Bro.Kutu-Ilmu

Syaitan Mengalah.. Subhanallah!

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

Sunday, July 31, 2011

Anti-Virus Terbaru! Murah!

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera!

Apa khabar anda semua? Moga-moga anda sentiasa baik di bawah naungan-Nya. Memandangkan saya sedang belajar di INTEC, Uitm Shah Alam, saya telah menjalankan jualan kecil-kecilan bersama sahabat saya. Oleh kerana ramai yang sudah memiliki computer sendiri, netbook, notebook mahupun PC di rumah pasti inginkan keselamatan computer anda terjaga. Jadi kami menawarkan anti-virus and beberapa aksesori lain dengan harga yang berpatutan dan sangat murah. Ini bahan original, harganya lebih murah kerana ia diambil terus dari kilang dan niat kami ingin menolong anda semua.

I'm available at 019-6178468
or just email me:
muhamadsohimiibrahim@gmail.com
rugger_winger@yahoo.com


Sincerely,

MuSI [Muhamad Sohimi Ibrahim]
.best & cheapest Internet security available.
.ACTP INTEC.
.019-6178468.




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ANTI-VIRUS



*KASPERSKY*

Kaspersky Internet Security (2012)

1 user 100days rm20

1 user 1 year rm35***

3 users 1 year rm75



Kaspersky Anti Virus (2012)

1 user 1 year rm30

3 users 1 year rm60



*NORTON*

Norton Antivirus 3 users 1 year rm50

Norton Internet Security 1 user rm30



*MCAFEE*

Viruscan Plus 2010 1user 1 year rm35

Internet Security 3 users 1 year rm55

Total Protection 3 users 1 year rm60



*BITDEFENDER*

Antivirus ( 2010 )

1user 1 year rm25

3users 1 years rm45

3users 2 years rm60

3users 3 years rm70



Antivirus (2011)

1user 1 year rm30

2users 1 year rm45

3users 1 year rm60



Internet Security ( 2010 )

1user 1 year rm30

3users 1 years rm50

3users 2 years rm65

3users 3 years rm75



Internet Security (2011)

1user 1 year rm35

2users 1 year rm50

3users 1 year rm60




MICROSOFT OFFICE

*OFFICE 2007*

ms office project professional 2007 rm105

Student – rm105

Pro – rm80

Pro plus – rm90

Ultimate – rm 90

Enterprise rm100




*OFFICE 2010*

Ms Office Pro Plus 2010 RM95

Ms Office Pro 2010 RM80

Ms Office Home And Student 2010 RM80

Ms Office Pro Box Retail Version 2010 RM270



WINDOWS

*WINDOWS (RETAILS BOX WITH COA STICKERS)*

Windows 7 Ultimate rm245 (FPP)

Windows 7 Ultimate rm200 (OEM)

Windows Server 2003 (OEM) rm260



*WINDOWS (KEY ONLY)*

Win 7 ultimate 110

Win 7 pro rm105

Win 7 home premium rm 99

Win XP Pro rm80



MAC SOFTWARE


Iwork 2011 rm105

Vmware fusion 3 rm99

icash v6.6 rm99

Microsoft Office for Mac Home & Business 2011 rm95



OTHER SERVICE

Format laptop

Recover lost data

Windows software

Quranic software (Quran Reciter, Zekr, Divine Quotes, etc)

*mophie juice pack plus 2000mah battery for iphone 4*(NEW) rm260


THANK YOU. FEEL FREE TO CONTACT US!

Saturday, July 9, 2011

“Aku Cuma Ajak, Yang Engkau Ikut Apasal?”

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dialog yang dipaparkan oleh Allah S.W.T ialah untuk “memerli” kita semua. Perbualan antara ahli neraka dan syaitan pula.

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدتُّكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا أَن دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنفُسَكُم ۖ مَّا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنتُم بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِن قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ [١٤:٢٢]

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kepada kamu lalu aku mungkiri janjiku itu.

Dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku hanya mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu.

Maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku.

Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan/syirikan daku denganNya".

Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Terus terang syaitan membuat tazkirahnya di neraka itu. Tazkirah yang sudah tidak bermakna bagi ahli nereaka.

Malu rasanya bila syaitan mengatakan kita semua ini bodoh; bila Allah Yang Maha Benar berjanji, kita tidak endahkan. Janji Allah sentiasa benar. Kita masih terpengaruh dengan janji syaitan, padahal syaitan telah menyebutkan janjinya adalah kosong.

Dengan bahasa yang lebih mudah, syaitan akan berkata kepada kita, bila kita di neraka kelak (نعوذ بالله من ذلك) :

“aku cuma ajak aje, yang engkau ikut apasal?”

"Sekarang salahkan diri kau sendiri, jangan salahkan aku heh...”

“Sama-samalah tanggung jahat kita masing-masing ya...”

Ayuh! Marilah kita ulang dailog seperti ini ke mana-mana sahaja kita pergi, moga ia akan menyelamatkan dan memerdekakan diri kita dan ummah dari terus menjadi pengikut dan hamba pemimpin atau “idola” yang menyesatkan.

Ayuh! Marilah kita ulang dailog ini ke mana-mana sahaja, moga kita dapat memerdekakan diri dari bisikan syaitan dan godaannya.

by Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus..

USUL 20 (1-6)

Assalamualaikum...

USUL 20 ini adalah pengisian program KITA semasa daurah di Kuang dahulu. Secara amnya, USUL 20 ini diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau seorang yang sangat genius. Usul ini menjadi panduan dan rujukan permasalahan-permasalahan yang berlaku pada zaman IHAB. Namun, ia masih digunapakai oleh kita sehingga sekarang kerana permasalahan-permasalahan yang berlaku pada pada masa kini masih releven dengan ketika zaman IHAB dahulu. Jadi, kita mengambil usul ini sebagai panduan kita untuk menjadi rujukan terhadap permasalahan umat sekarang ini.

USUL PERTAMA

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Banyak perkara yang dibincangkan mengenai usul pertama ini. Untuk pengetahuan, terdapat 22 elemen dalam usul ini dan pada setiap elemen-elemen, ia saling berkait antara satu sama lain. Jika anda ingin memahaminya dengan lebih lanjut, silalah berdikusi dengan ustaz-ustaz anda kerana amat panjang lebar pengulasan tentang usul pertama ini jika ingin dibandingkan dengan usul-usul yang lain. Usul pertama berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang. Kami bersiap-siap untuk solat Asar. Selepas solat Asar, kami menyambung pengisian seterusnya iaitu usul kedua.

USUL KEDUA

Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.

Secara keseluruhannnya, usul ini adalah tentang selepas kita mengetahui usul yang pertama, di mana kita nak rujuk semua itu, sudah terang lagi bersuluh, daripada Al-Quran dan As-sunnahlah. Ada juga sumber rujukan lain seperti qias dan ijtihad tapi semua itu datang dari dari dua sumber premier itu juga. Pada malam harinya, selepas solat magrib kami membuat tasmi’ di mana kami dikehendaki mempedengarkan hafazan kami. Aku masih lagi belum lancer menghafalnya tapi aku masih cuba. Aku memberanikan diri menperdengarkan bacaan di hadapan Naqibku iaitu Abdullah Zubayr. Alhamdulillah, walaupun masih sangkut-sangkut bacaanku tetapi bolehla.

Kemudian, selepas solat ‘isyak, kami meneruskan pengisian dengan usul yang ketiga sehingga usul keenam.

USUL KETIGA

Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat
diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.

USUL KEEMPAT

Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al- Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)

USUL KELIMA

Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat
tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.

USUL KEENAM

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.


Sebenarnya banyak isi-isi penting yang diperoleh daripada pegisian pada kali ini. Tetapi susah untuk diterangkan di sini kerana ia sangat panjang dan lebar. Harap-harap sesiapa yang ingin mempelajari usul-usul 20 ini tidaklah hanya membaca buku atau ebook kerana ia akan jadi sebagai ilmu semata-mata. Kita mungkin susah untuk memahami isi sebenar usul-usul tersebut. Jadi, jika boleh carilah seseorang yang arif untuk menyampaikannya kepada anda dan orang lain, insyaAllah. Pengisian kali ini berhenti di sini sahaja. Ada masa di lain waktu insyaAllah ia akan disambung semula. Alhamdulillah.

Daurah Kuang

Assalamualaikum

Pada 20 hb May 2011, aku dan rakan-rakan sekali lagi mengadakan jaulah. Destinasi kami pada kali ialah di Kuang, Selangor. Perjalanan bermula di kolej kediaman kami pada pukul 5.00 petang. Aku dan Hanif Atan menaiki kereta bersama Safwan Husna manakala sahabat-sahabat yang lain pergi dengan kereta api KTM. Kereta Savy milik Safwan laju melunjur di atas belakang Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Guthrie. Kami sampai di kawasan yang agak dalam sehinggakan pada permulaannya kami terlepas simpang ke tempat tersebut. Tapi, alhamdulillah, kami sampai juga di sana lebih kurang dalam pukul 6.15 petang.


Kemudian, ketiga-tiga orang kami mengangkut beg-beg sahabat-sahabat yang lain ke dalam rumah. Rumah bangle putih yang sangat besar dan agak mewah itu menjadi tempat daurah kami buat kali ini. Bukan yang dikejar kemewahan itu, tapi ilmu yang akan diperolehi yang amat kami dambaikan. Dengan persekitaran yang indah dan sejuk mata memandang, rumah ini diharapkan dapat memberi keselesaan kepada para penghuninya untuk menimba ilmu. Jadi tiada alasan lagi jika seseorang mengadu tentang ketidakselesaan di sana.

Apabila magrib menyusul tiba dan azan berkumandang, kami bersiap sedia untuk solat magrib secara berjemaah.

“Sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik dari solat berseorangan sebanyak 27 darjat”
Sunyi rasanya solat kami tanpa sahabat-sahabat kami yang lain. Ramai yang masih belum sampai kerana mereka datang dengan KTM. Aku masih ingat pada masa itu yang ada hanyalah aku, Abang Adam, Aufa, Norain, Muzammil dan beberapa orang lagi akhi yang aku kurang pasti. Selepas solat, kami membaca ma’surat dan kemudian Abang Adam menyampaikan beberapa amanat kepada kami sebagai ‘assignment’ sepanjang daurah kali ini. Antara tugasan yang perlu kami capai sebelum tamat daurah kali ini ialah menghafal surah al-Muzammil (ayat 1-19).

Sejurus kemudian, sahabat-sahabat yang lain tiba di banglo tersebut. Semua duduk sebentar untuk merehatkan kaki dan tangan yang masih letih mengharungi perjalanan di dalam tren yang sesak dengan manusia sejagat. Azan ‘isyak berkumandang sebentar kemudian. Kami solat ‘isyak bersama-sama. Sesudah solat, kami makan bersama-sama dengan berdulangkan nasi dan lauk pauk yang dibeli di kedai berdekatan.

Pengisian kami bermula pada malam itu lebih kurang pukul 10.30 malam. Tajuk yang disampaikan ialah “Pengertian Fikrah”. Ia disampaikan oleh seorang murabbi yang bernama Satria. Apa itu fikrah? Mengapa kita kena ada fikrah? Fikrah apa yang kita nak? Itulah antara persoalan yang timbul di dalam benak pemikiranku. Sesi yang berlangsung lebih kurang dua lebih itu memberi impak yang sangat besar terhadap diriku. Barulah aku faham apa yang dimakssudkan dengan fikrah itu. Sebenarnya fikrah ialah cara pemikiran. Manusia mempunyai banyak fikrah seperti fikrah jahiliyyah, hendosnism, dan berbagai-bagai lagi tapi apakah fikrah yang kita perlukan sekarang ni? Jadi persoalan itu terjawab daripada pengisian pada malam itu. Fikrah yang perlu kita miliki ialah fikrah Islam di mana segala tindak tanduk kita semuanya berlandaskan Islam. Bak kata sahabatku Faris Imadi, fikrah ini ialah suatu pemikiran yang timbul pada satu masa dimana kita dapat bertindak dengan spontan. Jadi begitulah yang kita hendak dalam diri setiap muslim seperti kita. Kita mampu bertindak dengan cara Islam secara spontan dan itulah yang menunjukkan seseorang itu sudah mempunyai fikrah Islam yang tulen. Seprti kita dapat lihat sekarang, ramai di antara kita sudah terpesong dengan fikrah-fikrah lain selain Islam kerana mereka tidak memahi atau keliru dengan kehidupan Islam sendiri. Pemikiran barat telah bejaya menempatkan virus-virusnya di dalam jiwa sanubari orang Islam dan ia telah menyebabkan manusia bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata.

Dalam sejarah Islam, seorang tokoh yang sangat terkenal iaitu Khalid Al-Walid. Beliau merupakan seorang panglima gagah berani dan sangat hebat. Selepas keislamannya, tentera perang akan sentiasa memenangi peperangan melawan orang bukan Islam. Tapi pada suatu hari, dalam satu peperangan seorang sahabat telah mengarahkan Khalid Al-Walid untuk menukarkan tempat dari sebagai ketua panglima perang kepada panglima perang biasa. Subhanallah, Allah SWT Maha Mengetahui kerana jika dibiarkan Khalid Al-Walid menjadi ketua panglima perang lagi pada masa tersebut, mungkin Islam akan dikalahkan kerana pada setiap peperangan yang diketuai oleh beliau, tentera Islam pasti akan mendapat kemenangan, jadi tentera-tentera Islam akan berada selesa dengan ‘mindset’ begitu. Jadi sudah ditakdirkan Allah SWT pada peperangan kali ini beliau tidak mengetuai tentera Islam. Jika kita dipanggil menukar jawatan, apa yang akan kita rasa? “Isk, apa ni? Aku ketua, apa pasai nak turunkan aku ni?” pasti kita akan berasa pelik dan marah dengan orang tersebut kan? Tapi apa yang berlaku kepada Khalid Al-Walid, beliau tidak berasa apa-apa pun. Akhirnya peperangan dimenangi oleh tentera Islam lagi. Selepas peperangan ada orang sahabat bertanya kepada beliau, mengapa beliau tidak kekal sebagai ketua panglima perang pada masa itu? Beliau berkata, “ Aku tidak takut kepada Umar tapi aku takut kepada Tuhan Umar.” Beliau tahu, perintah dari Umar Al-Khattab itu adalah perintah dari Allah SWT. Begitu seseorang yang mempunyai fikrah Islam. Beliau dapat berfikir begitu disangat yang genting, di tengah medan perang. Begitulah seperti yang aku katakana tadi, fikrah Islam di mana kita mampu bertindak dengan cara Islam secara spontan dan itulah yang menunjukkan seseorang itu memiliki fikrah Islam yang sebenar.

Pengisian oleh Akhi Sartia itu tamat lebih kurang pukul 12.30 tengah malam. Semua kelihatan sayu dan mengantuk. Mungkin letih sangat, maklumlah baru sampai malam itu dan terus diisi dengan pengisian. Kami perlu tidur awal kerana besoknya kami digalakkan berqiamullail tapi secara sendirian saja.


Pada pagi besoknya, kami bangun dan beriadah bersama-sama. Kami bermain beberapa permainan dan selepas itu kami dibenarkan mandi-manda di dalam ‘swimming pool’ yang disediakan di situ. Kami mandi dengan sepuas-puasnya. Kemudian, kami ‘menyorok’ dengan roti gardenia dengan sardine dan kaya. Pengisian kami bermula dalam pukul 9.30 pagi. Pengisian kali ini bertemakan USUL 20. Timbul lagi persoalan di benak hati ini. “Apa itu usul 20? Siapa yang buat usul 20 ini? Kenapa 20 usul saja?” pelbagai persoalan muncul. Sesi pada pagi ini hanya muqaddimah usul 20 sahaja dan ia disampaikan oleh Abang Hafizi.

Keesokan harinya, kami mandi di ‘swimming pool’ itu lagi. Semasa mandi, kami bemain polo air. Gembiranya ketika itu, bermain dan bergurau bersama sahabat-sahabat sefikrah. Selesai mandi kami bersarapan dan bersedia untuk pengisian seterusnya. Pengisian kali ini bukan berkaitan USUL 20 tetapi pengisian lain yang akan disampaikan oleh Akhi Amir Shahir. Pengisian kali ini bertajuk ‘Tarbiyyah Dzatiyyah” iaitu pendidikan diri sendiri. Seseorang yang sudah menjadi murabbi dan berada di atas sekali dalam maratib amal perlu menjalani tarbiyyah dzatiyyah ini supaya dia dapat mentarbiayahkan dirinya disamping dia mentarbiyyahkan diri orang lain. Pengisian berakhir lebih kurang pukul 1.00 tengah hari dan kami bersiap-siap untuk solat zohor. Selepas solat, Abang Adam mengambil alih pengisian. Kami merancang strategi-strategi dan apa yang perlu dibuat sepulangnya kami ke kolej kami nanti. Kami dibahagian kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama akan menguruskan pelajar-pelajar ‘Middle East Program (MEP)’ dan ‘short course’ yang lain, kumpulan kedua akan menguruskan pelajar-pelajar junior ADFP dan ‘long courses’ yang lain dan kumpulan ketiga akan menguruskan pelajar-pelajar se’batch’. Ini merupakan latihan pertama kami sebagai da’e. Selain itu dakwah fardiyah kami juga perlu dilaksanakan. Selepas itu, kami makan tengah hari dan bersiap-siap untuk pulang. Kami pulang dengan kereta api dan tiba di Shah Alam lebih kurang pukul 6.00 petang. Alhamdulillah, daurah kami kali in berjalan dengan lancer dan jayanya.

Friday, May 27, 2011

Scholastic Amplitude Test (SAT)

I still remembered the test that I took last year which was SAT I. SAT stands for Scholastic Aptitude Test. Before I entered the INTEC, I did not know anything about the ADFP (American Degree Foundation Program). When I stepped here in INTEC, then I know what the 'term' was. Beside SAT I, I also have to take TOEFL (Test of Englishas Foreign Language) here. Actually, the main significance of those 'tests' was they are like a 'passport' or 'evaluation' to enter universities in the United State of America. If you got more or higher marks in both tests, you would have higher chance to apply higher rank universities or even be accepted by the top universities in USA. Talked about the SAT I, I have the bitter and sweet story about it.

First thing first, when I entered INTEC, I have to take SAT I practices starting during Fall Semester. Then, I needed to take the real SAT I at least once, and had to take back the test if we didn’t achieve the cut-of-point score needed. I was upset because since the first time I took that practice, I didn’t pass the required score. For your information, for the SAT I requirement; MARA student, they had to get 1000 and above, Bank Negara (BN) students, they need to pass 1200, and for Khazanah Nasional student, which is Suffian Hamzah, he has to pass 1300 marks for both Critical Reading and Mathematics. While for JPA students including me, we have to pass 1000 marks but since we are not going to be a freshman there, the OSSP (Office of Student Services & Placements) and seniors said that the SAT I is not needed for transfer students.

The practices have been held once a week which was on Wednesday from 2.00 pm until 6.00 pm. Just imagine sitting four hours in the air-conditioned old library answering the practices. It was pretty boring and exhausted. I was worried about myself and my SAT scores because I didn’t pass 1000 and even still far away from 1000. The test made up of three sections which are Critical Reading, Mathematics and Writing. The very hard parts are in Critical Reading where the vocabularies and words used were very hard. But for the Mathematics, it was somewhat easier compared to reading parts but the most important thing was, understand the question first and for sure, we could answer the math questions. Another part is writing. Firstly, we had to write an essay within 25 minutes. Then, there were other questions at the back.


In October 2010, almost all of my friends took the test at Metropolitan Subang Jaya. I made up my mind to forget about the test because I did not fully prepare yet. So I did not take the test yet. But after this, I promised myself to take it before I entered back in Intec for the next semester because I know that I will be busier than before.

I managed myself to study hard during two month breaks. Almost every day, I studied the SAT using an exercise SAT I book that has been given by my senior. But I merely focused on Math sections. I was very proud because I could score higher compared to during practices in Intec. I was happy calculating and answering that section because I understood what the questions wanted. Since that day, I always did the math section and I was very confident with my ability to score better in the real test soon.

On the awaited day, I prepared myself earlier so that I could reduce my nervousness. I was sent by my foster mother to Metropolitan College. And when I was there, I walked swiftly into the college. I was very gala when I met my friends. I thought I was the only person who would take the test on that day. After check my test place, I walked straight to that place. I entered the hall with my pencil box and a piece of sandwich. But I felt something wrong with me. Arggh!!! I forgot to bring along my calculator. Then, I quickly asked the person in charge about my problem and they told me to borrow from my friends. I was very anxious on that time. Allah saved me, I noticed someone bringing two calculators, and so, I asked his permission to lend me one of his calculators. All praises to Allah, He saved me from the trouble.

I managed to answer all the questions in math paths but I was very disappointed with myself because I didn’t study the reading and writing paths. I knew, it was my mistakes so I had to accept it. I was really worried if I do not pass the requirement score. But I gave my fate to Allah SWT. He knows the best for me.

A month later, I went to the nearest cyber café to check my score. I thought the score would be published on that day. I always pray to God so that I could pass the requirement score. All praises to Allah S.W.T!!! I passed the requirement! Even though my marks were quite bad but at least I had passed the requirement for Public Services Department (JPA). This was my marks:

Reading: 340
Math: 670
Writing: 440
Essay: 8/12

So, I had passed one of the JPA’s requirements and I still have three more requirements to fulfill which are TOEFL, CGPA and university placement. I maybe take the TOEFL next year and I hope, I can pass the requirement. Please pray for me so that I can be better student for Islam, for my race and for my country. God willing.

Friday, May 20, 2011

cELotEh hArI iNi..


Hari ini aku teringin pula nak berceloteh seketika di blog ini. Dulu aku sangat sibuk dengan pelajaran dan sekarang, alhamdulillah sekarang aku diberikan nikmat kelapangan masa. Jadi inginku luangkan sedikit masa menulis blog mengenai diri ini disamping dengan penuh harapan berharap supaya ia sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan kepada diri ini serta orang lain. Kadang-kadang hati manusia agak keras dan susah untuk dilembutkan dengan tazkirah mahupun ceramah. Manusia suka perkara yang variasi iaitu yang pelbagai. Kadangkala orang tersentuh atau titik permulaan perubahannya bermula dengan perkara-perkara lain selain daripada tazkirah ataupun ceramah. Semuanya bergantung kepada iman masing-masing. Jadi di sini ingin aku katakan bahawa selain berkongsi pengalaman dan cerita-cerita semasa, aku harapkan anda semua tidaklah hanya membaca tapi ambillah ibrah (pengajaran) daripada perkongsiaan ini. Bacalah dengan mata hatimu dan bukan hanya kerana suka-suka. Yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk diharapkan dijadikan sempadan. Celoteh yang pendek ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Jazakallahukhair.

Thursday, May 19, 2011

KULTUM


Kehidupan di Kolej Cendana agak kesunyian dengan ketiadaan pelajar-pelajar program lain. Mereka telah mula bercuti semenjak seminggu yang lepas kerana sudah menghabiskan semester kedua mereka pada tahun ini. Bukan sahaja blok B menjadi lengang tanpa penghuni malah Surau Cendana di bahagian bawahnya juga sepi dan sunyi seketika pada waktu solat Zohor dan Asar. Pada petang harinya ketika aku turun ke Surau Cendana untuk menunaikan solat Asar berjemaaah, malangnya hanya ada aku di sana. Dimanakah semua orang? Kemana mereka telah pergi? Aku berfikiran positif bahawa mereka bersolat di luar kawasan kolej kediaman. Jadi terpaksalah aku bersolat secara bersendirian. Akulah bilal, akulah imamnya dan akulah juga makmumnya.


Pada malam hari pula, aku dan rakan-rakan turun ke surau cendana untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Solat kami diimani oleh saudara Yusri. Malam ini agak ramai yang turun jika dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya. Selepas solat sunat ba’diyah, kami dijamukan dengan satu tazkirah atau peringatan daripada salah seorang sahabatku. Ia diberi nama KULTUM iaitu Kuliah Tujuh Minit". Beliau merupakan rakan sekelasku semasa semester SPRING dahulu. Namanya ialah Ismat Mustaqim Ibrahim, bekas Ketua Pelajar MRSM Beseri, Perlis. Tajuk yang dibawakan pada malam itu adalah mengenai “PENGURUSAN MASA”. Semua orang tahu, masa sangat bernilai sehinggakan dalam peribahasa Melayu disebut ‘Masa Ibarat Emas’. Tak kurang juga dalam pepatah Arab, juga pernah diperkatakan bahawa “Masa ibrarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita”.

Saudara Ismat juga menyampaikan tafsiran Surah al-‘Asr:

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Inilah yang Allah SWT tekankan dalam surah al-‘Asr yang diketengahkan khusus untuk menyedarkan umat Islam menghayati betapa pentingnya masa. Inilah antara soalan terpenting yang diberikan perhatian oleh semua masyarakat yang bertamadun di dunia, tanpa mengira bangsa dan di mana jua mereka berada. Kerana masa merupakan kehidupan, masa merupakan penentu keadaan kita di akhirat kelak. Realiti inilah yang perlu disedari oleh umat bahawa budaya memanfaatkan masa semakin jauh dari kehidupan seharian umat Islam. Bila kita lihat semula kenapa Allah S.W.T menggunakan “al-insan” dalam ayat kedua berbanding “an-nas”. Allah SWT menggunakan “al-insan” untuk merujuk kepada individu manakala jika “an-nas” pula merujuk kepada manusia. Di sini dapat kita simpulkan bahawa penggunaan “al-insan” itu merujuk kepada setiap individu muslim itu sendiri. Lihatlah betapa Allah SWT sangat menekankan penggunaan masa. Jika kita mengkaji sendiri Al-Quran, barulah kita akn sedar betapa indahnya ayat-ayat Allah S.W.T.

Kemudian, Allah SWT mengatakan setiap daripada kita ini semuanya berada dalam kerugian. Ini bermakna kita manusia akan sentiasa berada dalam kerugian TAPI Allah SWT sambung lagi ayat itu dengan KECUALI orang-orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan kesabaran. Perasan ke tak antum semua bahawa perkara yang boleh mengelakkan kita daripada menjadi orang yang rugi itu ialah DUA TUJUAN HIDUP kita iaitu beribadah dan menjadi khalifah (beramal soleh=beribadah / berpesan-pesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran= menyampaikan iaitu tugas sebagai khalifah).

Allah SWT menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk setiap hamba-Nya meneruskan kehidupan mereka. Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun Allah SWT tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada perkara yang penting. Meninggalkan perkara yang tidak memberikan manfaat dan menggantikannya dengan perkara yang berfaedah.


Tapi, bagaimana cara kita ingin menentukan kewajipan yang perlu didahulukan daripada perkara-perkara remeh yang lain? Inilah pentingnya kita memahami ‘Fiqh al-Awlawiyat’ yang memberikan kita kefahaman untuk membahagi-bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.

Inilah sebenarnya kelebihan umat Islam. Allah SWT telah membekalkan kepada umat Islam teori-teori pengurusan yang baik. Dengan akhlak yang sempurna, sudah barang pasti kita akan menjadi pemimpian yang berwibawa.menghayat i surah al-‘Asr dituruti dengan kefahaman terhadap ‘Fiqh al-Awlawiyat’ menjadikan kita seorang pengurus masa yang cekap dan mampu untuk membereskan kerja bukan sekadar menurut ‘mood’ atau desakan pihak-pihak tertentu, tetapi kesemuanya berpandukan ajaran Allah SWT yang melengkap setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebenarnya telah diberikan ilmu Sains Pengurusan sejak 1400 tahun yang lalu.

Justeru, kehidupan muda kita ini menuntut kita untuk menjadi pengurus yang cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah SWT. Usia muda yang penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan tuntutan syariat, ia merupakan aset terpenting untuk melepasi titian sirat. Sekiranya kita meneliti kehidupan para sahabat r.a, mereka memanfaatkan masa muda dan kesihatan ketika mana sebelum datangnya waktu tua semaksimum mungkin. Khalid al-Walid menjadi tentera yang berjuang di jalan Allah semenjak usianya belasan tahun lagi. Begitu juga beberapa orang sahabat yang lain, menjadikan usia muda sebagai modal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat demi mengejar syahid. Tidak ketinggalan yang tua, umpamanya Abu Thalhah, yang menghabiskan usia tuanya di jalan jihad sehingga dikebumikan di negeri orang semata-mata usahanya mengatur langkah demi menegakkan kalimah Allah SWT. Inilah jejak langkah yang perlu kita teliti dan perlu kita lalui supaya tidak menjadi orang yang rugi di akhirat; hanya mendapat laba dunia tetapi ketika dibangkitkan kali kedua terpaksa merana.

Penghayatan masa perlu kita perbaiki terutama dalam usaha untuk menegakkan ketuanan Islam. Kita bukan sekadar perlu memenuhi tuntutan masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya, bahkan perlu menghormati masa untuk dihormati. Gerakan Islam tidak perlu lagi melewat-lewatkan mesyuarat atau aktiviti hanya semata-mata menunggu pihak-pihak lain, akan tetapi ketetapan masa perlu kita kuasai dengan sebaik mungkin. Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Wednesday, May 18, 2011

SPRING 2011


Memasuki semester kedua di INTEC sangat menguji ketahanan fizikal dan mental diriku. Kami disibukkan dengan ‘Assignment Dunia’ sehinggakan banyak ‘Assignment Akhirat’ terbiar dan tidak sempat untuk dijalankan. Pada semester ini aku mempelajari banyak subjek. Sembilan subjek semuanya iaitu: Calculus I, Chemistry I, Lab Chemistry, Fundamental of Engineering, American Cultural Studies, Fundamental of Critical Thinking, Speech Communication, Philosophy of Islamic Akhlak, and Advanced Composition. Dalam tempoh yang begitu singkat iaitu selama 4 bulan, aku perlu menghabiskan subjek-subjek ini. Inilah belajar, tak selamanya senang. Sudah menjejakkan kaki di menara gading pun bukan perkara mudah dan bila belajar di sini pun bukan menjadi perkara yang mudah lagi. Inilah ujian Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.


Kehidupanku dihadapi dengan penuh suka dan duka. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu-satu masa. Assignment setiap hari bertambah dan masa untuk tugas dakwah makin berkurang. Hari-hari hidup ini bergelumang dengan assignment sehinggakan diri ini tak mampu bergerak kemana-mana pun. Sebagai contoh, bagi matapelajaran Speech Communication, aku perlu mempersembahkan beberapa ‘Speech Presentation’ dan ia amat memakan masa bagiku untuk buat yang terbaik. Ada lagi, untuk subjek American Cultural Studies, aku juga perlu menyampaikan beberapa ‘presentation’. Tak cukup dari itu, aku banyak menghabiskan wang untuk menyediakan bahan-bahan untuk persembahan. Selain itu juga, bagi subjek Advanced Composition, aku perlu menghasilkan satu ‘Research Paper’ sebagai tugasan besar kami pada Semester Spring 2011 ini. Begitulah sibuknya aku pada semester ini.

Bukan sahaja melalui satu semester yang meletihkan dan sibuk, tapi aku juga dihujani dengan suka dan duka. Banyak ujian dijalankan bagi menguji tahap kefahaman kami. Alhmadulullah, ada subjek yang aku mampu lakukan dengan baik da nada juga yang aku kecewa dengan keputusannya. Aku masih ingat lagi, untuk subjek Fundamental of Engineering, aku tidak dapat menahan sebak apabila mendapat markah yang sangat rendah. Aku kecewa dengan diriku dan aku menangis. Betapa tergurisnya hati melihat markah yang sangat rendah itu. Kebanyakan subjek yang aku ambil pada semester ini sangat memerlukan latihan intensif yang tinggi dan berterusan, tapi kerana masa yang sangat singkat, aku terpaksa mengabaikan semua itu. Aku melakukan perkara yang dirasakan penting padahal kedua-duanya sama-sama penting. Misalnya Calculus, aku tidak sempat mengulangkaji dan membuat latihan dengan sempurna kerana melakukan tugasan lain. Hasilnya, aku gagal dalam bebererapa test dan markahku semakin menurun dari test ke test yang seterusnya. Apakah yang perlu aku lakukan untuk mengatasi semua ini. Aku buntu!


Di samping sibuk dengan semester pada kali ini, aku tidak melepaskan peluang menghadiri beberapa program seperti Ini Peranan Kita (IPK), Syahadatul Haq (SH), Sayonara Jahiliyyah (SJ), Sejarah Usrah (SU), Jalan Dakwah (JD), dan Wahai Pemuda (WP). Program ini diatur dan dijalankan oleh AIMS (Alumni International Malaysian Students) yang dibawa oleh saudara Adam Tan, Abdullah Zubayr dan Rashid Dashuki. Banyak perkara yang dipelajari dan boleh diambil ibrah. Alhamdulillah, aku masih bersama-sama mereka di jalan dakwah. Walaupun diri ini belum layak menjadi penyampai tapi input-input berguna perlu dibumikan dahulu sebelum ia keluar menyerang mangsa di luar sana, insyaAllah.