Friday, May 20, 2011
cELotEh hArI iNi..
Hari ini aku teringin pula nak berceloteh seketika di blog ini. Dulu aku sangat sibuk dengan pelajaran dan sekarang, alhamdulillah sekarang aku diberikan nikmat kelapangan masa. Jadi inginku luangkan sedikit masa menulis blog mengenai diri ini disamping dengan penuh harapan berharap supaya ia sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan kepada diri ini serta orang lain. Kadang-kadang hati manusia agak keras dan susah untuk dilembutkan dengan tazkirah mahupun ceramah. Manusia suka perkara yang variasi iaitu yang pelbagai. Kadangkala orang tersentuh atau titik permulaan perubahannya bermula dengan perkara-perkara lain selain daripada tazkirah ataupun ceramah. Semuanya bergantung kepada iman masing-masing. Jadi di sini ingin aku katakan bahawa selain berkongsi pengalaman dan cerita-cerita semasa, aku harapkan anda semua tidaklah hanya membaca tapi ambillah ibrah (pengajaran) daripada perkongsiaan ini. Bacalah dengan mata hatimu dan bukan hanya kerana suka-suka. Yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk diharapkan dijadikan sempadan. Celoteh yang pendek ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Jazakallahukhair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Subhanallah.
Bermanfaat di sini.
'sepatah ucapan yang baik itu menjadi sedekah'
Baca guna mata, pandang guna hati, fikir guna iman....
(^-^)
Baru kali pertama di sini, sy suka penyampaiannya. Tapi, mata ni Allah da tarik sedikit nikmat. Mudah - mudahan boleh la dibesarkan sedikit font 2... Syukran.
Salam Juang.
salam,
insyaAllah akan diperbaiki dengan sebaik mungkin yg termampu.
syukran jazilan..
Post a Comment