KEBANGKITAN EROPAH
1.Kesan Perang Salib
Ketika Perang Salib yang pertama, tentera Salib mengalami kekalahan. Mereka terkejut melihat kehebatan tamadun Islam pada ketika itu. Orang Eropah mula terdedah dengan kemajuan orang Islam ketika Perang Salib. Mereka membawa pulang buku-buku dan teknologi yang mereka peroleh. Buku-buku diterjemah daripada Bahasa Arab ke Bahasa Latin dan kemudiannya dikaji oleh orang Eropah. Universiti-universiti di Eropah mula membuka fakulti Bahasa Arab untuk menyediakan penterjemah-penterjemah buku (termasuklah Oxford University). Ini merupakan usaha yang penting bagi mereka mengembangkan penguasaan dalam ilmu dan ketamadunan. Ekoran kejatuhan kerajaan Byzantine di Constantinople, orang Kristian tidak lagi menguasai jalan perdagangan ke Timur. Jalan perdagangan melalui Kota Constantinople telah dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453 M. Pada masa yang sama, kerajaan Islam Andalusia telah jatuh ke tangan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand III. Ilmu pelayaran Islam kini dipelajari oleh orang Eropah di Andalusia. Selepas itu bermulalah era penjelajahan dan penjajahan Eropah terhadap negara-negara Islam.
Christopher Columbus memulakan ekspedisi pelayaran ke bahagian Barat pada 1492 M. Vasco da Gama (Portugal) memulakan ekspedisi pelayaran ke selatan pada 1497 M. Beliau menjumpai Cape Town. Keistimewaan Cape Town ialah ia merupakan tempat pertemuan 2 lautan. Selain itu, beliau juga menjumpai Goa, India malah menawan Goa dan kerajaan-kerajaan Islam di sekitar di samping mengkristiankan penduduk Goa dan sekitar. Beliau juga menemui jalan ke Timur melalui Cape Town membuka jalan kepada Eropah untuk menjajah umat Islam di bahagian Asia Tenggara. Alfonso de Albuquerque menawan Melaka pada 1511 M. Bertujuan kononnya ingin mencari rempah. “Gold, Glory, Gospel”. Tujuan sebenarnya ingin melanjutkanPerang Salib ke atas umat Islam.
Kebangkitan Tamadun Barat
Kebangkitan Eropah yang bermula dengan semangat Perang Salib membawa kepada perkembangan tamadun Barat yang bersumber kepada ilmu dan teknologi umat Islam. Eropah mula membina kekuatan tamadun dan keluar daripada kegelapan. Kebangkitan yang dulunya bersumberkan ruh Kristian kini mulai beralih kepada sumber humanisme dan materialisme. Peralihan ini merupakan bibik pemisahan pengaruh agama dalam perkembangan manusia di Barat. Reformation pada kurun ke-16 membawa kepada Revolusi Perancis (1789 – 1799 M). Revolusi Perancis yang dipelopori golongan Bourgeoisie atau Borjuis (pertengahan) menjatuhkan Sistem Raja dan penguasaan pihak gereja dalam pemerintahan. Bermula era sekularisme dalam pemerintahan Barat. Semangat Kristian yang sebelum ini menjadi punca kebangkitan telah dibuang dan diganti oleh kekuatan materialisme dan kemanusiaan semata-mata. Mereka telah kehilangan matlamat dan sibuk dalam pembinaan bersumberkan kebendaan. Telur kuning telah tiada dan yang tinggal hanya telur putih. Kini tamadun Barat kekeringan ruh dan hilang hala tuju walaupun kelihatan gah zahirnya.Kejatuhan moral dan kerosakan jiwa masyarakat terus berlarutan walaupun mereka sedang membina tamadun yang tinggi melangit. Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari zaman kebangkitan di dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak kemajuannya di dalam abad kelapan belas dan abad kesembilan belas. Sesudah itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan simpanan, untuk disumbangkan kepada umat manusia. Tidak cukup dengan itu, pembinaan tamadun yang berasaskan perkara ini telah berkembang kepada umat Islam, mengikis nilai keimanan dan keislaman yang selama ini menjadi pendorong perkembangan tamadun Islam.
KEJATUHAN KHALIFAH
1.Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Era kejatuhan bermula pada ketika Perang Dunia I. Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan tersebut memberi peluang kepada orang Eropah menguasai orang Islam. Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah mula menjadi semakin sekular selepas itu. Kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Dia telah berjaya mengalahkan tentera British (tentera Bersekutu–Perancis, Australia dan New Zealand) di Gallipoli, Turki. Kejatuhan sebenar berlaku pada 1924 M, apabila Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan secara rasmi pemansuhan sistem khilafah di Turki. Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang menaungi umat Islam secara global. Malangnya kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana kejatuhan negara-negara Islam. Tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi dan mengikut kawasan. Contohnya Palestin dan Mesir berada di bawah pemerintahan British. Manakala Algeria, Maghribi, Tunisia dan Syria jatuh ke tangan Perancis.
Bagaimana pula dari perspektif negara-negara di nusantara?
Kejatuhan negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Islam Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis, Melaka kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun 1641 dengan bantuan kesultanan Johor. Seterusnya, pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda (disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun1824 menyebabkan kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1. Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan Inggeris.
2. Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda
Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah :
1. Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste)
2. Perancis – Kemboja, Vietnam
3. Sepanyol – Filipina
Serangan Kedua: Serangan Pemikiran
Setelah penjajah menguasai politik umat Islam, mereka beralih kepada penguasaan minda dan budaya masyarakat tempatan. Pihak penjajah menyediakan pendidikan bermodelkan system pendidikan mereka contohnya pihak Inggeris menubuhkan Penang Free School dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1905 bagi mendidik anak-anak Melayu Islam terutamanya anak-anak raja dan pembesar supaya mewarisi tradisi kepimpinan bercirikan barat. Akibatnya, ramai pemimpin-pemimpin Malaysia yang pertama telah di’barat’kan oleh penjajah dan kesannya dapat dilihat sehinga hari ini (contohnya dari segi perlembagaan dan undang-undang negara). Begitu juga dengan sistem sosial masyarakat Islam turut dihancurkan dan digantikan dengan gaya hidup barat yang lebih menjurus kepada hiburan dan keseronokan (hedonism). Semangat nasionalisme dan kebangsaan ditanam di kalangan masyarakat Islam supaya umat Islam berpecah-belah, bercakaran sesama sendiri dan tidak dapat disatukan atas dasar kesatuan aqidah.
Kejatuhan: Titik-titik Kehancuran
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam bermula daripada serangan Monggol, seterusnya penjajahan wilayah-wilayah Islam satu demi satu.
1. Percakaran politik, asobiyyah, perebutan kuasa dan kepimpinan.
2. Perselisihan soal agama dan hukum Fiqh (mazhab-mazhab), penyelewengan aqidah dan ibadah dalam Islam sehingga hilang kosong dan kehilangan ruh.
3. Bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama di kalangan pemerintah. Umat Islam mulai suka berhibur dan berseronok.
4. Peralihan kuasa kepada golongan bukan Arab yang kebanyakan tidak menghayati Islam yang sebenar kerana tidak dapat memahami Al-Quran dengan maksud yang tepat.
5. Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul.
6. Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan.
7. Tertipu dengan helah musuh-mush Islam. Mengagumi hasil usaha golongan Kafir dan mulai meniru mereka.
Pasca 1924: Usaha Pengembalian Khilafah
Ekoran kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam seluruh dunia kehilangan seorang khalifah. Kehilangan ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh umat Islam. Di kalangan golongan yang menyedarinya dari serata dunia berjuang di tempat masing masing bagi menegakkan semula Khilafah Islamiyah di muka bumi. Antara gerakan yang muncul ialah gerakan Mahadi di Sudan, Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, As-Sanusi di Libya hingga ke Maghribi, dan Gerakan Wahabi di Semenanjung Arab. Setiap gerakan mempunyai pendekatan mereka yang tersendiri dalam mengembalikan khilafah. Mereka semua berkongsi ruh Islam yang sama dan berjihad bersungguh-sungguh dalam usaha mereka ini.
Gerakan Mahdi
Diasaskan oleh Muhammad Ahmad di Sudan. Beliau mengikut tarekat dan menjadi ketua kepada kumpulan tersebut. Beliau juga mengaku diri sebagai Imam Mahdi dan mendapat sokongan daripada pengikut-pengikutnya. Mereka telah menentang penjajah British dan berjaya membebaskan satu persatu bandar di Sudan. Setelah beliau meninggal dunia, Abdullah bin Mahmud mengganti kepimpinan kerajaan Islam di Sudan dan melaksanakan syariat Islam, serta mengadakan ceramah-ceramah dan dakwah kepada masyarakat. Namun begitu, kerajaan British telah berjaya mengalahkan kerajaan ini dalam sebuah peperangan pada tahun 1896.
Faktor-faktor kejatuhan:
a) Tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Islam dari luar Sudan, mungkin kerana pengakuannya sebagai Imam Mahdi.
b) Kerajaan Mahadi di Sudan mengabaikan aspek pendidikan di kalangan rakyatnya. Institusi pendidikan yang formal bagi mendidik ilmu Islam tidak ditubuhkan. Dengan itu, rakyat tidak ditanam dengan syiar Islam yang sebenarnya. Maka, hilangnya semangat juang dari kalangan penduduk Islam Sudan sendiri.
Gerakan Ikhwan Al-Muslimin
Diasaskan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Matlamat lkhwan Al-Muslimin ialah untuk mendirikan masyarakat dan negara Islam di mana syariat Islam menjadi undang-undang negara. Ikhwan menganggap bahawa ibadat dan amal soleh seseorang Islam itu sia-sia jika ia tidak bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan Islam. Mereka berjihad melawan British dengan semangat Islam. Hasan Al-Banna tidak melihat perbincangan dengan pihak penjajah akan dapat menyelesaikan masalah. Gerakan ini juga menghantar sukarelawan dalam peperangan di Palestin menentang penguasaan Yahudi pada tahun 1948. Namun begitu, gerakan ini mendapat penentangan oleh kerajaan Mesir sendiri apabila golongan Nasionalis menggulingkan Raja Farouk. Gerakan Ikhwanul Muslimin kemudiannya diharamakan. Penindasan yang berlarutan tidak menghentikan usaha Ikhwanul Muslimin, mereka terus berkembang dan melebar ke negara-negara Arab dan seluruh dunia Islam sehingga kini. Ikhwan di Syria, Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Di Geneva, Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan Al-Banna dan menyebarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Matlamat Ikhwan juga untuk mengembalikan penguasaan umat Islam di dunia ini dalam aspek politik, kemasyarakatan, budaya, ketamadunan dan juga ekonomi. Ikhwan sangat-sangat menekankan aspek tarbiyyah (pendidikan) yang merangkumi semua aspek kemanusiaan. Dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pelbagai program tarbiyyah yang sistematik telah disusun oleh Ikhwan bagi mencapai tujuan ini.
Jami’at Islami
Diasaskan oleh Syeikh Abu Al-A’la Al-Maududi di India pada tahun 1941 (usahanya telah bermula semenjak 1920an). Al-Maududi telah menekankan aspek kefahaman Islam yang selama ini dilupakan oleh masyarakat Islam. Penulisan beliau telah berjaya mempengaruhi ramai orang Islam di India dan negara-negara lain untuk memahami Islam yang sebenar. Beliau juga bekerjasama dengan Sir Muhammad Iqbal dalam usaha menubuhkan Darul Islam sebagai pusat penyelidikan dan penyusunan semula perundangan Islam. Beliau juga terlibat dalam usaha penubuhan negara Islam Pakistan. Oleh kerana kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan yang bertentangan dengan Islam, beliau sering dipenjarakan. Beliau juga pernah dijatuhkan hukuman mati tetapi rakyat dan dunia Islam bangkit menentang dan akhirnya dibebaskan semula pihak British. Jami’at Islami akhirnya diharamkan pada 1964.
No comments:
Post a Comment