Era Madinah: Sebuah Negara
Sasaran: Menjelaskan kepentingan daulah dalam usaha dakwah Muhammad s.a.w.. Islam perlu diperlihatkan sebagai sebuah sistem hidup manusia. Apabila Islam berkuasa segala syariat Islam dapat dilaksanakan dan manusia dapat melihat keindahan Islam secara keseluruhan. Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M).
Kuasa di Tangan Islam
Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di Madinah dan disepakati oleh seluruh penduduknya dalam Piagam Madinah. Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan.
Peningkatan yang Mendadak
Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam.
Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijriyyah. Kenapa ini boleh berlaku? Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.
Era Khulafa’ Ar-Rashidin: Pengukuhan
Era bermula pada 633 hingga 661 Masihi.
1.Abu Bakar As-Siddiq r.a.
-Perlantikan di Tsaqifah Bani Saadah (disertai oleh Umar dan Abu Ubaidah)
-Pemerintahan beliau berlangsung selama 2 ½ tahun
-Menyelesaikan masalah murtad dan keengganan untuk membayar zakat. Beliau mengutuskan 11 batalion askar untuk memerangi golongan-golongan ini.
-Perang Yarmuk (diketuai Khalid Al-Walid): Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom.
2.Umar Al-Khattab r.a.
-Menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai Ketua Tentera.
-Syam (Rom): Abu Ubaidah Al Jarrah. Khalid dibawah Abu Ubaidah menawan Palestin. Peristiwa penyerahan kunci kepada Umar Al-Khattab.
-Iran (Parsi): Cubaan pertama – Abu Ubaid b Mas’ud gagal, Cubaan kedua – Saad Abi Waqas berjaya (Perang Qadisah 636 M).
-Mesir: Amr Al As. Beliau juga menawan sebahagian Palestin.
-Islam telah berkembang daripada Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia.
3.’Uthman Al-Affan r.a.
-Islam telah sampai ke Iskandariah dan berkembang lagi di Armenia.
-Afrika: Telah berjaya sampai ke Tripoli. Kemudian cuba memasuki Gregory tetapi gagal.
-Cyprus dan Rhodes: Misi pembukaan menggunakan jalan laut pada 28 atau 29 H. Ini adalah sebahagian usaha untuk menakluki Constantinopole.
-Usaha mengadakan Mushaf ’Uthmani untuk menyelesaikan perbezaan dari segi bacaan Al-Quran.
4.Ali Abi Talib r.a.
-Mengalami konflik dalaman mengenai isu pembunuhan ’Uthman r.a.
-Mengalami konflik dengan Muawiyah dalam isu kepimpinan.
-Dalam keadaan ini, tentera Kristian cuba ambil kesempatan ingin menyerang umat Islam tetapi
Muawiyah menulis surat kepada maharaja Kristian itu: ”Kau jangan tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, kau akan dapati orang pertama mara menghukummu di bawah Ali adalah Muawwiyah.” Akhirnya, tentera Kristian itu mundur ketakutan.
Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.
Era Umayyah: Perluasan
Era ini bermula pada 661 hingga 750 Masihi. Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan. Bermula era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam. Antara tokoh pemerintah dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz. Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran:
1.Misi ke Constantinople
Tahun 48 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang pertama dihantar oleh Muawwiyah ke Constantinople (diketuai oleh Sufyan bin Auf). Usaha ini tidak berjaya. Antara sahabat yang pergi adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Husain bin Ali dan Abu Ayyub Al-Ansari r.a. (syahid dan dikebumikan di tepi tembok kota itu).
2.Misi ke Afrika Utara
Tahun 50 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh ’Utbah bin Nafi’ memulakan misi perluasan kuasa ke kawasan utara Afrika. Usaha ini berjaya sampai ke Maghribi. Beliau kemudiannya turun ke Laut Atlantik bersama kudanya sehingga kudanya hampir lemas dan berkata: ”Sekiranya aku tahu di hujung sana masih tanah, aku akan teruskan.” Tetapi masalah murtad dan pemberontakan timbul selepas itu kerana kurangnya pentarbiyyah kepada masyarakat setempat. Musa bin Nusair menyambung usaha ini dan melakukan perluasan kuasa yang lebih perlahan dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini timbul melalui pentarbiyyahan kepada masyarakat setempat. Lahirlah Tareq bin Ziyad yang merupakan bekas hambanya yang berbangsa Baybar (Afrika Utara) bersama Musa untuk menawan Andalus.
3.Misi ke Andalus
Misi ini dilakukan oleh Musa bin Nusair dan juga Tareq bin Ziyad pada tahun 92 – 94 Hijriyyah. Dengan itu, Islam telah sampai ke Eropah dan juga menguasai pintu masuk Perairan Mediterrenean. Tertubuhlah sebuah kerajaan Islam di Andalus (Tetapi Islam dihalau pada tahun 892 H bersamaan 1492 M).
4.Misi ke Sempadan India
Berlaku pada tahun 50 H. Dalam era ini, tumpuan utama umat Islam adalah untuk menyebarkan Islam dan memperluaskan penguasaan kerjaan Islam. Abdullah Ibn Al Mubarak (seorang ahli hadith) mengutuskan surat kepada kawannya, Al-Fudhail bin Iyadh (seorang ahli ibadah yang zuhud dan ahli hadith):
“Tidak akan aku temui debu kuda pada seseorang dengan asap neraka yang menyala.”
Era Abasiyyah: Tamadun Islam
Sasaran: Menyatakan perubahan yang dibawa oleh tamadun Islam dalam Era Abbasiyyah. Menekankan kesan tamadun Islam kepada dunia daripada aspek ilmu pengetahuan, sosial, politik dan ekonomi. Islam menjadi Ustaziyatul ‘Alam, dunia menjadikan Islam sebagai sumber rujukan. Era ini bermula pada 750 hingga 1265 Masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan. Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika: Khalifah Harun Ar-Rasyid: Beliau menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China. Khalifah Al-Makmun: Terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Tentera Islam di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqi mara hingga ke selatan Perancis. Beliau mengalami kekalahan di Touluse dan kempen peperangan ini dikenali sebagai Balad Syuhada’. Raja Tibet menganut Islam ketika Zaman Abassiyyah.
Perkembangan Tamadun
Terutamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun yang bermula pada tahun 813 hingga 833 Masihi. Sistem yang diperkenalkan:
1.Institusi penterjemahan dan pengumpulan yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah.
-Buku buku dikumpul dari Rome, Greek, Mesir Kuno, Parsi, India dan China untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Penterjemah-penterjemah buku diberikan ganjaran emas atau perak seberat buku yang diterjemahnya.
-Kesannya, lahir tokoh-tokoh Islam yang mahir dalam sesuatu bidang ilmu contohnya Ibn Batuttah yang mahir dalam ilmu Geografi (1304 hingga 1369 M).
-Di bidang astronomi, orang Islam Berjaya mengira ukur lilit bumi sebelum manusia pernah membuat ekspedisi mengelilingi bumi.
-Ibnu Nadhir pada kurun ke 3 hijrah menulis buku Fihrasat: Senarai buku-buku di Baitul Hikmah.
-Dengan adanya teknologi pembuatan kertas (794 M) dari China, ilmu dapat disebarkan dengan mudah dan murah.
2.Sistem Pendidikan
3.Perkembangan ilmu pengetahuan
4.Sains dan falsafah
Perang Salib
Pope Urban II menjelajah ke seluruh Eropah bagi mendapatkan sokongan dari raja-raja Eropah Dia berkempen dan berceramah ke seluruh Eropah dengan seruan untuk membebaskan Baitul Maqdis yang pada ketika itu dikuasai oleh orang Islam. Dia berjaya mendapat sokongan daripada 25 raja Eropah dan mengumpul askar. Namun, separuh daripada bala tentera mati ketika perjalanan ke Timur Tengah. (Bertolak dari Greek, melalui Selat Bosphorus). Perang Salib bermula pada 1095 hingga 1291 Masihi. Terdapat 9 siri Perang Salib, ada kalanya orang Islam menang, ada kalanya kalah. Buat seketika waktu, Baitul Maqdis berada di bawah kerajaan Kristian (490 – 588 H). Namun begitu, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya dalam Peperangan Hittin pada 583 H (1187 M) dan penangkapan Raja Baitul Maqdis. Pada tahun 588 H, beliau membebaskan semula Baitul Maqdis. King Louis IX (Raja Perancis) ditangkap pada 1249 M dan dikurung di dalam Baitul Luqman di Mansuro, Mesir. Akhirnya dibebaskan dengan penukaran emas seberat tubuhnya. Setelah melihat sendiri kehidupan masyarakat Islam, dia telah membuat kesimpulan: Umat Islam tidak boleh dijatuhkan dengan kekuatan material semata-mata, mereka perlu dijauhkan daripada Islam.
Serangan Monggol: Kemusnahan Baghdad
Serangan ini berlaku pada 656 Hijriyyah (1258 M) tatkala umat Islam berada di kemuncak kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah. Kaum Monggol terkenal dengan kehebatan mereka berperang. Mereka tinggal secara nomad dan tidak mempunyai pembangunan tamadun. Golongan wanita pun turut serta berperang. Dalam peperangan, mereka membunuh sesiapa sahaja termasuklah wanita, orang tua dan kanak-kanak. Sebuah peristiwa yang menggambarkan kelemahan Khalifah Mu’tassim: “Salah seorang menteri khalifah keluar bertemu dengan Hulagu. Menteri tersebut membawa berita dari Hulagu iaitu Hulagu membenarkan Khalifah Mu’tassim untuk memerintah Iraq apabila beliau bersetuju untuk menghadap Hulagu. Khalifah dan anaknya bertemu tentera Hulagu. Hulagu kemudiannya menyuruh khalifah memanggil semua pegawai kerajaan dan para ulamak untuk menemui Hulagu. Setelah mereka datang ke tentera Mongol, kesemua mereka dipancung. Hulagu sekali lagi mengarahkan khalifah, mengeluarkan arahan perletakan senjata kepada semua penduduk Baghdad. Khalifah Mu’tassim sekali lagi hanya menuruti perintah. Akhirnya berlakulah pembunuhan beramai-ramai penduduk Baghdad oleh tentera Mongol termasuklah wanita dan kanak-kanak. 750 000 – 1 000 000 orang Islam disembelih di Baghdad. Keesokannya pada 656 H, Hulagu memasuki Baghdad bersama Khalifah. Hulagu berkata: “Kami adalah tetamu, berikanlah kami sesuatu hadiah.” Khalifah yang ketakutan menghadiahkan Hulagu harta yang banyak sekali. Apabila beliau meminta makanan, Hulagu memberikannya hartanya. Khalifah berkata: “Bagaimana aku mahu memakannya?” Hulagu membalas ”Kenapa tidak kau membelanjakan benda yang tidak boleh engkau makan ini untuk menyelamatkan rakyatmu dan untuk tentera yang berjuang menyelamatkan kerajaanmu?”
Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah
Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga 1924 M. Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan menguasai Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania.
1.Sultan Muhammad II Al-Fateh
Peristiwa yang paling terkenal pada era ini ialah pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad II (Muhammad Al-Fateh) berlaku pada 857 H (1453 M). Beliau mengarahkan Arban, baru memeluk Islam, (sebelum ini berkhidmat dengan Constantine) untuk membina meriam jarak jauh. Beliau mengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui jalan darat dari Selat Bosphorus ke Golden Horn. Menjadikan Aya Sofia sebagai masjid. Beliau juga menguasai Selatan Greek (kemudiannya, seluruh Kepulauan Greek), Albania dan Crimea (Ukraine). Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam berjaya menawan Otranto. Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya pada 886 H (1481 M).
2.Sultan Sulaiman Azzam (The Magnificent)
Beliau menguasai Belgrade, sebuah kota kerajaan Hungary (kini di dalam Serbia). Pada 1526, beliau menawan Hungary.
No comments:
Post a Comment