Tuesday, May 3, 2011

Day 2: Manusia Seperti Logam

Sambungan "Ini Sejarah Kita"...

Jika kita sudah tahu siapa KITA, takkan kita tak tahu apa tujuan hidup kita di dunia ini. Sebelum itu, mari saya bawakan satu hadis Nabi S.A.W.

Hadith I: Manusia seperti logam


MAksudnya: “Manusia seperti logam, hebatnya mereka semasa jahiliyyah hebatnya juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Apa yang anda faham? Ayat-ayatnya sangat ringkas dan mudah difahami. Apa yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah manusia diciptakan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik ciptaan-Nya. Dan manusia diaggap sebagai logam. Hadis ini ingin menerangkan kepada kita bahawa manusia itu diciptakan ‘HEBAT’. Memang ciptaan Allah S.W.T sangat sempurna sehinggakan hari ini tidak ada mana-mana manusia genius pun dapat mencipta manusia. Tapi kita harus ingat kejalan mana kita mengunakan keHEBATan kita itu? Sebab itu hadis ini diturunkan kepada kita. Orang yang HEBAT jika berjuang kejalan Allah S.W.T, subhanallah, memang hebat. Cuba kita lihat pada zaman dahulu, Islam memang hebat kerana apa, kerana orang-orang yang menjalankan tugas Allah S.W.T hebat-hebat. Itulah yang ingin saya katakana disini. Jika kita hebat dan menggunakannya kejalan yang betul dan diredhai oleh-Nya, insyaAllah memang hebat hasilnya. Kita lihat analogi manusia yang menggunakan keHEBATannya kejalan jahiliyyah. Contonya, Presiden USA dahulu, George W. Bush. Beliau sangat HEBAT tapi digunakan kehebatan itu kejalan yang salah sehinggakan orang ramai yang menderita lebih-lebih lagi orang Islam. Mungkin contoh itu sangat biasa. Ayuh kita imbas semula kisah pada zaman Rasulullah dahulu. Sahabat baginda, Khalid Al-Walid, beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan pun walaupun peperangan dengan orang Islam. Contohnya sebelum beliau memeluk Islam, beliau telah mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Dan apabila belaua memeluk Islam, apa yang berlaku? Beliau menjadi pahlawan yang hebat. Terbuktilah disini, jika kita menggunakan keLOGAMan kita kearah Islam, kita akan hebat dalam Islam dan begitulah juga jika kita gunakan keLOGAMan kita kearah jahiliyyah, kita akan hebat dalam jahiliyyah dan itu lebih teruk jika kita ketahui.

Dan ayat terakhir dalam hadis tersebut, ‘sekiranya mereka faham’. Kefahaman merupakan suatu anugerah dan hidayah Allah S.W.T yang akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dan beruntunglah kepada mereka yang diberikan hidayah. Tapi faham dengan apa? Otak? Hati? Atau akal fikiran? Apapun jawapan anda, marilah kita fahami bersama-sama. Sebenarnya, hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ atau ‘akal’ manusia.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(Surah Al-A’raf 7: 179)

Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Namun, filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia kerana kita tidak mendalaminya dengan hati. Dalam hadis juga ada menyatakan hati menentukan perilaku manusia.


“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”

(Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)


Tapi apa sebenarnya yang harus kita faham? Adakah sekadar faham apa yang dibaca dalam buku sudah memadai untuk kita memahami Islam? Jadi apa sebenarnya yang harus kita faham supaya ia boleh memberi kebaikan kepada kita? Saya diringkaskan disini, kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

No comments: