Wednesday, May 18, 2011

SPRING 2011


Memasuki semester kedua di INTEC sangat menguji ketahanan fizikal dan mental diriku. Kami disibukkan dengan ‘Assignment Dunia’ sehinggakan banyak ‘Assignment Akhirat’ terbiar dan tidak sempat untuk dijalankan. Pada semester ini aku mempelajari banyak subjek. Sembilan subjek semuanya iaitu: Calculus I, Chemistry I, Lab Chemistry, Fundamental of Engineering, American Cultural Studies, Fundamental of Critical Thinking, Speech Communication, Philosophy of Islamic Akhlak, and Advanced Composition. Dalam tempoh yang begitu singkat iaitu selama 4 bulan, aku perlu menghabiskan subjek-subjek ini. Inilah belajar, tak selamanya senang. Sudah menjejakkan kaki di menara gading pun bukan perkara mudah dan bila belajar di sini pun bukan menjadi perkara yang mudah lagi. Inilah ujian Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.


Kehidupanku dihadapi dengan penuh suka dan duka. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu-satu masa. Assignment setiap hari bertambah dan masa untuk tugas dakwah makin berkurang. Hari-hari hidup ini bergelumang dengan assignment sehinggakan diri ini tak mampu bergerak kemana-mana pun. Sebagai contoh, bagi matapelajaran Speech Communication, aku perlu mempersembahkan beberapa ‘Speech Presentation’ dan ia amat memakan masa bagiku untuk buat yang terbaik. Ada lagi, untuk subjek American Cultural Studies, aku juga perlu menyampaikan beberapa ‘presentation’. Tak cukup dari itu, aku banyak menghabiskan wang untuk menyediakan bahan-bahan untuk persembahan. Selain itu juga, bagi subjek Advanced Composition, aku perlu menghasilkan satu ‘Research Paper’ sebagai tugasan besar kami pada Semester Spring 2011 ini. Begitulah sibuknya aku pada semester ini.

Bukan sahaja melalui satu semester yang meletihkan dan sibuk, tapi aku juga dihujani dengan suka dan duka. Banyak ujian dijalankan bagi menguji tahap kefahaman kami. Alhmadulullah, ada subjek yang aku mampu lakukan dengan baik da nada juga yang aku kecewa dengan keputusannya. Aku masih ingat lagi, untuk subjek Fundamental of Engineering, aku tidak dapat menahan sebak apabila mendapat markah yang sangat rendah. Aku kecewa dengan diriku dan aku menangis. Betapa tergurisnya hati melihat markah yang sangat rendah itu. Kebanyakan subjek yang aku ambil pada semester ini sangat memerlukan latihan intensif yang tinggi dan berterusan, tapi kerana masa yang sangat singkat, aku terpaksa mengabaikan semua itu. Aku melakukan perkara yang dirasakan penting padahal kedua-duanya sama-sama penting. Misalnya Calculus, aku tidak sempat mengulangkaji dan membuat latihan dengan sempurna kerana melakukan tugasan lain. Hasilnya, aku gagal dalam bebererapa test dan markahku semakin menurun dari test ke test yang seterusnya. Apakah yang perlu aku lakukan untuk mengatasi semua ini. Aku buntu!


Di samping sibuk dengan semester pada kali ini, aku tidak melepaskan peluang menghadiri beberapa program seperti Ini Peranan Kita (IPK), Syahadatul Haq (SH), Sayonara Jahiliyyah (SJ), Sejarah Usrah (SU), Jalan Dakwah (JD), dan Wahai Pemuda (WP). Program ini diatur dan dijalankan oleh AIMS (Alumni International Malaysian Students) yang dibawa oleh saudara Adam Tan, Abdullah Zubayr dan Rashid Dashuki. Banyak perkara yang dipelajari dan boleh diambil ibrah. Alhamdulillah, aku masih bersama-sama mereka di jalan dakwah. Walaupun diri ini belum layak menjadi penyampai tapi input-input berguna perlu dibumikan dahulu sebelum ia keluar menyerang mangsa di luar sana, insyaAllah.

3 comments:

amalinalleyes said...

hidup sunyi tanpa ujian dari-Nya..tnda kasih syg dariNya..hnya kesabaran, doa dan solat yg mmpu mndekatkan diri kpdNya,lantas dkurniakan kelapangan hati..ALLAH sentiasa memberikan apa yg terbaek utk kta semua..ALLAH Maha Mengetahui..

Inche Mushi said...

hmmm... itulah yang kita semua perlukan. di samping tugas dunia yang banyak dan melimpah, alhamdulillah dikurniakan kelapangan masa untuk perkara2 baik. semoga diri ini dan semua sentiasa istiqamah di landasan yang betul.. insyaAllah..

Azahara Suhada said...

salam nak tanye...amik kos ape ek?