Saturday, May 7, 2011

Day 2: TH

Timbul pula persoalan apa itu Ad-Din. Ad-din itu Islam ke? Kalau bukan Islam, apa? Sebenarnya ad-din bermaksud cara hidup iaitu cara hidup kita sebagai manusia, sebagai Muslim dan sebagai hamba Allah S.W.T. Jadi, macam mana nak tahu ad-din kita sebagai semua itu? Jawapannya ringkas saja, kita kena tahu “tujuan hidup” kita la. Kita semua sedia maklum, tujuan hidup manusia ialah beribadat kepada Allah S.W.T dan menjalankan tugas khalifah di muka bumi ini. Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran.

Al-Quran: Ibadah kepada Allah (Surah Az-Zariyat 51: 56)


56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Ini ayat yang menunjukkan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi in.


30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".


Apa itu khalifah? Khalifah bermaksud pengganti iaitu penganti Nabi Muhammad S.A.W. dalam menjalankan tugas menyebarkan agama Allah S.W.T. Tugas Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggungjawab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada dalam landasan Ibadah kepada Allah.


Seperti dalam gambar di atas, kita dapat lihat ‘KITA’ iaitu orang yang paham tentang ad-Din agama Islam perlu menarik sebanyak mungkin orang yang belum faham supaya mereka faham seperti mana kita faham. Di dalam kandang ibadah, kita akan menarik orang supaya ada bersama kita di jalan atau landasan yang betul dalam Islam, namun begitu kita perlu sedar bahawa di luar kandang ibadah ada ‘mamat jahiliyyah’ (anasir/pengaruh negatif) yang akan menarik orang yang sedang berada dalam kandang ibadah supaya menjadi jahil dan termasuk dengan orang-orang mereka. Jadi, inilah peranan kita, kita kena sentiasa menarik orang ke jalan yang benar di samping menjalankannya dengan penuh berhikmah dan istiqamah. Saya bagi satu analogi lain. Contohnya, kita merupakan seorang ahli sukan. Untuk menyihatkan badan dan kekal sihat, kita perlu bersukan dan bersenam. Jika tidak kita akan dihindapi penyakit dan kita mungkin akan mengalami obesiti. Sama juga dengan peranan kita. Jika kita tidak mahu melihat orang lain berpenyakit dan mengalami obesiti, kita perlu mengajak mereka melakukan senaman seperti apa yang kita lakukan dan kita tidak boleh berhenti melakukannnya kerana niscaya kita mungkin dihindapi masalah-masalah lain.

No comments: