Assalamualaikum..
Pagi hari ini Inche Mushi bangun awal setelah dikejutkan oleh jam locengnyer yang sangat taat setia. 5.30 pagi sudah dianggap awal bagi orang yang selalu bangun lambat. Awak bangun lambat ke? Inche Mushi bergegas ke bilik air untuk menggosok gigi dan berwudhu'. Usai solat subuh, dia terus bersiap ke tempat kerja. Naik apa? Kereta? Alamak, ada ais kat cermin depan!! Namun, apa boleh buat, Inche Mushi meneruskan juga hajatnyer. Agak mencabar membawa kereta dengan cermin yang kabur ditambah suhu persekitaran yang agak sejuk sekitar -3 darjah celsius. Tiba ditempat kerja pukul 6.00 pagi dan terus bekerja. Hampir pukul 8.00 pagi, Inche Mushi bersiap-siap untuk pulang.
Selepas menjamah sedikit makanan di rumah, Inche Mushi bergegas ke kleas. Kelas bermula pukul 10 pagi. Pada pukul 2.00 petang, Inche Mushi menduduki kertas final examnyer yang pertama iaitu Reading. Alhamdulillah sipa dengan jayanya dan keputusannya nanti diharapkan memuaskan, insyaAllah..
Lebih kurang 40 minit, siap! Alhamdulillah..