Monday, June 18, 2012

Almost There



Assalamualaikum wrbt..

Perjalanan yang agak panjang dan penantian yang selama ini menghantui diri Inche Mushi hampir selesai dan akan berakhir tidak lama lagi. Urusan ke luar negara untuk menyambung pelajaran hampir tercapai pada saat-saat akhir ini. Jika pada sisa-sisa masa yang ada ini tiada aral yang menimpa, InsyaAllah Inche Mushi akan menyambung pelajaran di obersea. Yes, almost finish and almost to be there!

1) Passport dan visa untuk ke sana alhamdulillah sudah settle

2) Medical check-up (JPA) alhamdulillah baru settle tadi

3) Medical check-up (RIT) belum settle tapi insyaAllah akan disettlekan dalam masa terdekat

4) CGPA insyaAllah lepas untuk requirement JPA cuma result Semester Summer ini akan menentukan sama ada Inche Mushi mampu melepasi CGPA 3.00 atau jatuh sedikit dari CGPA yang sedia ada.

5) Bagasi besar, alhmadulillah ibu dah beli (besar dan chantek!!)

6) Lain-lain perkara banyak lagi belum settle


Namun, JPA belum belum memberi sebarang maklumat tentang PRE-DEPATURE Inche Mushi dan tarikh permohonan tiket kapal terbang pun belum dikonfermkan lagi. Cadangan tiket pada hari raya kedua: ni biar betul, tak beraya la Inche Mushi ni nanti.

Tapi semua itu mungkin benda-benda kecik jika dibandingkan dengan dakwah dan tarbiyyah. Inche Mushi merasakan dirinyer belum cukup bersedia untuk menggegarkan bumi US di sana lebih-lebih lagi RIT sendiri. Kefuturan selalu melanda dirinyer dan Inche Mushi kena sentiasa kuat menghadapinya.

Doakan Inche Mushi sentiasa thabat di jalan T&D ini. Moga-moga UA yang diimpikan tercapai hasil tokok tolong dari Inche Mushi dari bawah, InsyaAllah..

No comments: