Monday, June 18, 2012
Resah dengan Medical Check-up
Assalamualaikum wrbt..
"Fuh, sudah lama tidak update blog yang usang ni," benak hati Inche Mushi. Mungkin Inche Mushi sibuk dengan beberapa hal kebelakangan ini. Surat medical check-up JPA dan universiti oberseanyer sudah diterima maka bergegaslah Inche Mushi untuk menyempurnakannya kerana tidak mahu bertangguh la katakan (eleh, kerja sekolah dulu suka bertangguh).
Mula-mula Inche Mushi pergi ke klinik panel, Klinik Dr. Rosli tapi hampeh kerana rawatan immunization tidak disediakan di sana, kemudian ke Pusat Kesihatan Seksyen 19 dan juga sama keputusannya namun Inche Mushi sempat menempah tarikh untuk ujian TB.
Besoknyar, Inche Mushi membonceng motor 'jaguh'nyer bersama Ibi D Origin ke Pusat Perubatan UM malah keputusan yang sama hampeh diterima. Apa lagi, mereka pun bergerak ke Pusat Kesihatan Kelana Jaya namun tidak berjaya memenuinya. Mereka pun pulang tapi sempat singgah di KPJ Specialist Hospital untuk melakukan survey kerana sudah diketahui umum rawatan di situ sangatlah mahal.
Namun, usaha mereka membuahkan hasil apabila seorang nurse yang baik gileerrr dan seorang dokter yang osemmm giler membantu mereka. Dokter tu siap endorsed borang unibersiti mereka bagi rekod-rekod yang telah wujud masa kecik dulu, alhamdulillah.
Inche Mushi kemudian mengambil keputusan untuk membuat medical check-upnyer di Pusat Kesihatan UITM di Kampus Induk, alhamdulillah boleh. Dengan bayaran RM160.00 selesai semua test. Yang epicnya, masa mula-mula ambil tekanan darah, darah naik (maybe sebab gemuruh atau termengah-mengah sebab rushing datang ke sana lepas kelas). Nurse tu suruh rest 10 minit di luar dan kemudian ambik semula. Alhamdulillah, lepas yang kedua itu.
Abeh la untuk hari itu. Result medcal check-up besoknya, sehari bagi Inche Mushi sudah cukup cepat berbanding di Hospital/Klinik kesihatan kerajaan di luar sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment