Friday, June 8, 2012

Sehari Bersama Jeneral

Assalamualaikum wrbt..



Sudah lama Inche Mushi tidak menulis di blognyer ini. Mungkin kerana busy sedikit dengan urusan dunia yang mana mungkin tidak akan berakhir selagi dunia ini belum kiamat. Sudah banyak agenda Inche Mushi yang terlepas untuk diceritakan di sini namun cukuplah sekadar memenuhi masa-masa yang berbaki dengan menulis daripada merelakan/terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kesibukan Inche Mushi kali ini bukanlah kerana tidak ada masa kerana sangat menumpukan perhatian kepada pelajaran tetapi kerana sibuk melayan beberapa tetamu penting yang tiba di kawasan kediamannyer. Antaranya ialah hadek-hadek baru MEP (Middle East Program) yang mula mendaftarkan diri pada hari Isnin yang lalu. Kemudian disusuli dengan kehadiran hadek-hadek beberapa program lain seperti Perancis, Korea dan Jepun. Hal ini tidak memberi apa-apa impak yang besar buat Inche Mushi kerana tugasannyer tidak sangat ditumpukan kepada mereka. Cukuplah sekadar 7 orang panglima kuda merah yang berada dibawahnyer.

Yang paling penting adalah kepulangan jeneral besar US, seseorang yang telah menyentuh dan membawa Inche Mushi ke jalan T&D ini. Kepulangannyer entahlah bagaimana disambut, tup.. tup.. dah ada kat bilik berhadapan dengan kediaman mewah Inche Mushi. Beberapa perkara dilakukan bersama sementara jeneral tersebut masih di sini. Petang itu, beberapa aktiviti riadah dirancang namun semuanya tidak kesampaian disebabkan ramai rakan-rakan Inche Mushi sibuk dengan persediaan persembahan untuk majlis 'Show Me Your Arts'. Cukuplah sekadar satu perancangan yang berjaya iaitu minum petang. Kedengaran seperti lucu kerana perkara tersebut sering diungkapkan semasa sekolah dahulu sahaja. Mereka memilih untuk makan cendol pulut dan rojak, alhamdulillah sedaaaapp!!!



Menjelang petang, mereka masih berfikir apakah riadah yang sesuai pada petang itu. Dan akhirnya keputusan diputuskan iaitu bergerak ke KoleJ Cendana untuk makan malam bersama hadek-hadek di sana. Sebelum itu, Inche Mushi menerima panggilan dari penjaga Masjid Negeri memberitahu berita gembira kepadanya iaitu handphonenyer telah ditemui semula setelah hilang semalam semasa menunaikan solat Isyak bersama-sama rakan seperjuangannyer.

Mereka tiba di sana sebelum azan berkumandang. Solat bersama-sama beberapa orang junior-junior di sana sudah memadai untuk mendapatkan 27 pahala berjemaah, alhamdulillah tapi lagi banyak orang dalam jamaah lagi banyak pahala sebenarnya. Selesai solat, mereka keluar ke kedai makan di belakang kediaman itu untuk menjamah makan malam pada malam tersebut. Kehadiran hadek-hadek tidaklah memberangsangkan kerana hampir semua hadek-hadek Inche Mushi sudah makan makanan yang dibeli dari pasar malam (maklumlah setiap hari Selasa ada Pasar Malam la katakan).

Usai solat Isyak, taaruf sesama ahli-ahli BG Inche Mushi tak sempat dibuat secara rasmi cuma hanya secara 'Touch n Go' sahaja tapi ok je. Akh Satria tiba di luar pagar kediaman untuk menjemput jeneral. Mereka menuju ke destinasi masing-masing dan menjalankan kerja-kerja mereka.

Inche Mushi tidak terus pulang ke kediamannyer sebaliknya singgah sebentar untuk menjamu ayam bbq dan sosej panggang di Tadika berdekatan. Pihak BN giat mengadakan majlis makan-makan disamping menyelitkan propaganda-propaganda untuk memenangi PRU-13 tahun ini dengan slogan TERANG (Tekad Rampas Selangor). Niat Inche Mushi hanya untuk makan jadi pergi makan sahajalah. Makan bersama-sama Akh Luqman dan Nublan Zaki. Selesai makan, barulah Inche Mushi pulang dengan riang ria sekali kerana kenyang dek ular sawa baru menelan seekor anak lembu. (hahahaha). Sekian...

No comments: