Thursday, May 27, 2010

Buntu-buntu..... Apa yang harusku lakukan??

Assalamualaikum...

Bertemu kembali kita pada hari yang indah dan permai ini. Ni saja ja nak luahkan perasaan yang ada. Sapa nak baca, baca la. Yang tak nak pun takpa.Alkisah........

Kini aku agak buntu la nak pilih yang mana. Samada JPA or YPM. Aku berjaya melepasi ujian pertamaku iaitu berjaya merebut tempat dalam JPA. Bukan senang nak dapat tau. Ramai Rakan-rakanku terkandas di sini saja. Tapi apapun bagiku rezeki tu ada di mana-mana yang penting adalah usaha masing-masing. Aku pun belum psati boleh melakar kejayaan walaupun ditawarkan dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dan mungkin aku masih boleh berjaya jika belajar di dalam negara. Yang paling penting adalah usaha. Jadi yang mana satu nak pilih ni??

Alhamdulillah la aku dikurniakan rezeki yang sangat barakah ini. Bukan satu tapi dua sekaligus. Dengan dua interview yang dilalui, alhamdulillah dua2 dapat. Murahnya rezeki untukku. Alhamdulillah tak terhingga. Mungkin ini rezeki yang diberikan oleh-Nya untuk menguji hamba-hamba-Nya seperti aku. InsyaAllah, aku tidak akan mensia-siakan rezeki ini dan harapan semua orang terutamanya ibubapa,sahabat handai, negara, agama dan bangsa.

Kini aku sering melakukan istikharah namun belum mendapat petunjuk dan hasilnya lagi. Aku akan tetap melakukannya sehingga sampai tarikh akhirnya. Tapi kini hatiku masih melekat dengan JPA. InsyaAllah, jika tiada apa-apa petunjuk atau petanda, aku memilih JPA la.InsyaAllah pasni jumpa lagi.

TAJAAN PERTAMA
Tajaan: Yayasan Pelajaran Mara (YPM)
Bidang: Kejuruteraan Mekanikal
Program Persediaan: Diploma Kejuruteraan Jepun
Negara: Jepun
Institut Persediaan: Universiti Industri Selangor (UNISEL)

TAJAAN KEDUA
Tajaan: JPA
Bidang: Engineering
Program Persediaan: American Credict Transfer Programme (ACTP)
Negara: United State America (USA)
Institut Persediaan: International Education Centre (INTEC)

Bukan calang2 tempat yang bakal aku pergi jika bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ni. Bukan itu sahaja ujian yang perlu aku lalui namun ada lagi iaitu ujian dari ibubapa. Mak dan ayanhku sudah berpesan sebelum aku mengambil SPM lagi supaya tidak berniat melanjutkan pelajaran ke luar negara jika ditawarkan. Namun begitu, aku hanya mendiamkan diri, diam bukan tanda setuju tetapi tanda menerima nasihat itu seadanya. Mereka risaukan keadaan aku nanti. Betapa sayangnya ibu bapa kepada kita. Mereka takut aku terjebak dengan budaya2 barat dan melupakan mereka. Lebih2 lagi, solat. Aku selalu diingatkan dengan perkara tersebut malah kemana-mana aku nak pergi pun. Kini aku harus memilihnya...Aku masih buntu..........

Thursday, May 13, 2010

YPM?????




Assalamualaikum...

Hari ini aku sangat gembira dan bersyukur sangat. Nak tahu kerana apa???

2.35 minit petang, 13 Mei 2010



Ring...Ring...Ring...

Shimi: Helo,assalamualaikum..

.....: Wa'alaikummussalam..
Boleh saya tahu, ini Muhamad Sohimi Bin Ibrahim ke?

Shimi: Ya, saya. Ada apa?

.....: Saya dari Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Nak bagitau kat adik yang adik telah ditawarkan biasiswa YPM. So, adik dikehendaki mendaftar di Universiti Industri Selangor (Unisel) di Shah Alam, Selangor pada 6 Jun 2010, pukul 9.30 pagi. Sebelum tu kak nak tanya sikit, adik hendak terima ke tak?

Shimi: Kak, boleh saya berbincang dengan ibubapa saya dulu tak?

YPM : Ya, tapi adik kena confirmkan kat akak sebelum pukul 3.00 petang ni ye.

Shimi: InsyaAllah, Akak. Terima kasih.



3.01 petang

Shimi: Helo, akak. Saya Muhamad Sohimi bin Ibrahim yang akak telepfon tadi.

YPM : Ya, adik.

Shimi: Kak, boleh saya tahu tentang YPM ni.

YPM : Camni adik, YPM memberikan biasiswa sepenuhnya kepada adik. Adik hanya mendaftar tanpa membayar apa-apa yuran pun kerana semuanya ditaja oleh YPM. Cuma adik kena 'stamping' perjanjian sebanyak RM 40.00 sahaja pada surat perjanjian yang akan dihantar kepada adik nanti. Setiap bulan YPM akan memberi wang saku sebanyak RM 430.00 kepada adik.

Shimi: Oooo. Macam tu. Saya terima je la tawaran ni.

YPM : Ok, nanti akak akan hantarkan surat tawaran ke rumah adik. Tahniah dan assalamualaikum.


Alhamdulillah... Akhirnya aku melepasi ujian pertama, lulus temuduga dan mendapat tajaan tersebut. Perlukan aku menerima tawaran ni??? Patutkah aku menolak tawaran yang baik ini?? Apa-apapun, aku masih berharap kepada Biasiswa JPA. Andai tiada rezekiku di sana, InsyaAllah, UNISEL tempatku meneruskan kehidupan ini..


Thank you Allah S.W.T for giving me the golden opportunity to get that scholarship.. Alhamdulillah...

Wednesday, May 12, 2010

Hanya Tinggal Kenangan..




Salam..

Aku menghitung hari dan saat-saat gembira bekerja di sini. Kalau nak tahu inilah tempat aku bekerja. Walaupun pejabat ini tidaklah sebesar syarikat milik Sime Darby, tidak segah KLCC dan tidak setinggi Burj Dubai tapi di sinilah aku belajar erti kehidupan bekerja yang sebenar. "Ini bukan cubaan, ini betul-betul", bak kata Pendekar Mustar Pinang Sebatang. Hehehe..

Aku menghabiskan sisa-sisa bekerja di sini dengan pelbagai tugasan. Ini telah memberikan aku sedikit sebanyak pengetahuan disamping pengalaman bekerja yang cukup bermakna dan bermanafaat.

Kini aku akan meninggalkannya walaupun berat hati hendak meninggalkannya. Aku pasrah dan aku berserah kepada yang Maha Berkuasa. InsyaAllah, lain masa, lain hari, lain waktu, bila berkesempatan kita ketemu lagi.

Selamat tinggal Gading Kencana Sdn. Bhd.

Tuesday, May 11, 2010

Ku Akan Pergi..


Assalamualaikum...

Hari demi hari kita bersama, kini hampir lima bulan kita bersama. Segala suka dan duka telah kita lalui dalam masa yang terlalu singkat ini. Aku banyak belajar tentang suasana pekerjaan yang sebenar. Aku sangat gembira bekerja bersama-sama staf Gading Kencana Sdn Bhd.


Tidak akan kulupa kenangan bersama-sama di sini. Banyak yang telah kubelajar di sini daripada Kak Aain, Kak Padi, Kak Elly, Aswan, Ann, Abang Rizal, Abang Fairuz, Kak Zai, En. Zaidi, Kak Yana dan Pak Cik Mizi. Mereka banyak membimbingku. Kalau pasai jalan-jalan kat KL dan Shah Alam tu sapa lagi kalau bukan Pak Cik Mizi yang tolong tunjukkan. Kini hampir semua tempat-tempat di Shah Alam telah kukuasai. Namun, masih perlu banyak lagi yang perlu kupelajari.

Kini aku masih tinggal beberapa hari lagi sebelum pulang ke rumahku di Pendang, Kedah. Walaupun kerinduan di sini sangat kuat dan membuak-buak namun apa la daya insan lemah sepertiku ini. Aku akan pergi buat seketika. InsyaAllah, 23 haribulan ni aku muncul semula ke sini bukan sebagai pekerja lagi tapi sebagai PELAJAR...

Sekian.....



Monday, May 10, 2010

New Life..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Align Left
Hari demi hari kumenunggu. Mungkin kuperlu putuskan keputusan itu minggu depan. Apa harus aku lakukan lagi. Mungkin UM menanti kehadiranku ke sana. Jika semalam Pak Aji memberitahuku bahawa dia tidak dipanggil oleh UTP, apa pula nasibku selepas ni. Kami adalah harapan kelas Islah untuk menjadi contoh dan teladan kepada rakan-rakan dan adik-adik di bumi tercinta Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Sekarang akulah yang menjadi harapan kepada mereka semua lebih-lebih lagi budak-budak kelas Islah.

"Kawan-kawan, doakan aku berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara"


Aku berharap agar semua ini belum berakhir lagi. Aku doakan Pak Aji diberi peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran ke UTP seperti kehendaknya. Kepada rakan-rakan yang lain, kita masih ada banyak masa lagi untuk merubah kehidupan kita. Kurang cemerlang dalam SPM bukan penentu segalanya. Yang penting sekarang adalah kita meneruskan perjuangan kita. InsyaAllah rezeki yang lebih baik bakal menjelma..

Semua ini menjadi semangat kepadaku jua.. Amin...

Saturday, May 8, 2010

Ku Masih Menanti..

Assalamualaikum...

Kini sudah lama kutunggu, bila la keputusan JPA & YPM akan diumumkan. Aku masih ragu-ragu samada mahu melakukan persiapan untuk memasuki Universiti Malaya pada 23 Mei ini atau terus menunggu. Soal medical check-up aku tidak la kisah sangat cuma yang aku kisahkan ialah pembayaran yuran haluansiswa dan penginapannya. Aku bukan la berkira sangat tapi aku tidak mahu membazir mahupun merugikan wang ayahku.

Yurannya tidak la terlalu mahal. Cuma RM 425.00 semuanya termasuk penginapan. Tapi andai kata rezekiku murah diberi peluang mendapat Biasiswa JPA, aku bersyukur sangat. Namun itulah yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni. Jika panggilan JPA awal sebelum aku menjejakkan kaki ke Universiti Malaya tidaklah aku kena membuat pembayaran yuran UM tu. Jimat la perbelanjaan sikit.

Aku berharap sangat panggilan JPA lebih awal dari sepatutnya dan moga-moga Allah S.W.T memurahkan rezekiku mendapat biasiswa JPA. InsyaAllah