Assalamualaikum wrbt.
Hari-hari yang penuh getir dilalui dengan penuh bersabar walaupun kehidupan dilihat agak sibuk berbanding orang-orang lain yang kelihatan begitu 'free' lebih-lebih lagi pada semester 'summer' yang agak pendek ini. Maklumlah, maksima kelas setiap hari adalah selama 4 jam sahaja. Pelbagai perkara difikirkan oleh Inche Mushi untuk mengisi masa lapang dengan benda-benda yang berfaedah lebih-lebih lagi dengan hadek-hadek. Selepas pulang dari Bukit Taboh minggu lepas yang melibatkan panglima kuda merah, Akh Izzudin merasa bersalah dan bersimpati kepada nasib pahlawan kuda biru yang tidak berkesempatan merasai peristiwa tersebut. Lalu,aktiviti mula dirancang olehnya untuk mengadili pihak pahlawan kuda biru. Resolusinyer, Kolam Renang Darul Ehsan dipilih sebagai destinasi rehlah untuk hujung minggu ini.Merasakan ketidakyakinan Akh Izzudin, dia meminta Inche Mushi untuk menjadi pemandu pengangkutan kali ini. Inche Mushi sepenuh hati jiwa dan raga menginfakkan dirinya demi ukhuwah fillah sesama mereka.
Petang Jumaat itu, selepas solat 'Asar, Inche Mushi memandu kereta 'sport' ala-ala MPV Estima berwarna biru menuju ke Kolej Cendana. Pada mulanya, aktiviti dirancang untuk pahlawan kuda biru sahaja tetapi kerana permintaan Inche Mushi untuk menyatukan panglima kuda merahnya dengan pahlawan kuda biru atas dasar ukhuwah dan rindu mereka antara satu sama lain, Akh Izzudin bersetuju, alhamdulillah. Akhi Izzudin menaiki kereta Alza bersama-sama 'Mat Soleh' dari US yang bernama Akh Faris bersama 4 anggota pahlawan kuda biru dan dua orang lain jemputan khas oleh mereka iaitu Akh Fattah dan Akh Yusof.
Kami bergerak bersama-sama menuju ke Kolej Cendana untuk menjemput dan mengiringi panglima-panglima kuda merah seramai 7 orang (alhmadulillah semua dapat sertai). Ketibaan Inche Mushi disambut baik oleh bakal 'Ulama negeri jelapang padi, Syeikh Adafi yang siap sedia menunggu di hadapan pintu pagar kediaman. Setelah cukup ketujuh-tujuh panglima, kami mula bergerak ke destinasi yang dituju. Tiba di sana lebih kurang pukul 6.15 pagi (waktu Buffalo, New York), akhi Izzudin memberikan 'mind-setting' terlebih dahulu. Kemudian, kami terus bergerak ke dalam pusat akuatik. Usai membeli tiket, kami semua masuk ke kolam renang untuk menjalankan aktiviti bermandi-manda.
Terdapat 2 bahagian kolam renang iaitu 'indoor' and 'outdoor'. Kolam 'outdoor' tidaklah terlalu iaitu lebih kurang paras dada sahaja manakala kolam 'indoor' jugak tidaklah terlalu dalam sangat iaitu lebih kurang paras dada itik (hahahaha), cuma 3 meter dari paras bumi. Kami bermandi manda di kolam 'outdoor' kerana tak semua di antara kami boleh berenang. Namun, Inche Mushi dan seorang panglimanya dan seorang pahlawan kuda biru mengambil kesempatan memasuki kolam 'indoor' untuk merasai tempat yang lebih dalam. Alhamdulillah kami dapat berenang dengan tenang sekali walaupun rasa tercungap-cungap dek tertelan air (betul ke ni?). Sejurus kemudian, entah bagaimana berduyun-duyun pahlawan-pahlawan dan panglima-panglima yang lain memasuki kolam 'indoor'. Air yang sejuk dan lebih mencabar tempatnya membuatkan mereka lebih asyik bermandi-manda di situ.
Masa yang terlalu singkat membuatkan aktiviti mandi-manda terpaksa dihentikan terlebih dahulu. Usai bersalin pakaian dan mengambil wudhu', kami menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau kompleks kolam renang tersebut. 'Then' kami berkumpul di tempat parkir kereta untuk mendengar 'taujihad' dari Akh Faris. Beliau membawa satu ayat dari Al-Quran iaitu ayat pertama surah Al-Jumu'ah (62:1).
"Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(1)"
Dalam ayat itu Allah SWT menyebut tentang langit dan bumi dan apa yang dikongsi oleh Akh Faris adalah unsur-unsur di langit dan di bumi sangat berbeza malah sangat berlainan antara satu sama lain tetapi mereka semua bertasbih kepada Allah SWT yang satu. Di sini dapatlah kita mengambil ibrah bahawa walaupun kita semua berasal dari latar belakang yang berbeza tetapi kerana ukhuwah fillah kita bersatu dan menjalankan tugas yang sama.
Selepas itu, kami bergerak ke medan selera seksyen 2 untuk makan malam. Sungguh indah dan manis rasanya berukhuwah bersama-sama ikhwah-ikhwah kita yang bakal mewarisi perjuangan Nabi Muhammad SAW iaitu dakwahtuna, sunnah terbesar baginda SAW. Selepas makan, Inche Mushi dan Akh Faris memandu kereta pulang ke cendana menghantar hadek-hadek kami itu. Usai solat 'isyak bersama-sama, pahlawan-pahlawan kuda biru dan panglima-panglima kuda merah bersalam-salaman dan kami berpisah tetapi perpisahan ini bukanlah perpisahan yang berpanjangan kerana kami pasti berjumpa kembali selepas ini, insyaAllah...
4 comments:
herm.....
HARAPKAN USAHA INI BERTERUSAN
eh mestilah, insyaAllah... hehehehe
Kita ini bersaudara apabila kita beriman bukan apabila kita sekadar Islam...
Kan?
"mencari bekal terbaik"
Moga Allah kasih.
bersaudara atas dasar iman itulah yang sebaiknya. jika atas dasar islam, Islam pada nama sahaja tak bawak kemana-mana. jzkk
Post a Comment