Thursday, April 28, 2011

American Becomes A Muslim...


"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk" (QS. Al-A'raf: 178)

Gambaran ayat di atas terlihat seorang jutaan yang asalnya dari Amerika. Mark Shaffer namanya. Dia mengisytiharkan keislamannya pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 yang lalu. Saat itu Mark sedang melancong ke Saudi Arabia untuk mengunjungi beberapa kota terkenal seperti Riyadh, Najran, dan Jeddah selama 10 hari.

Mark adalah seorang jutaan terkenal dan pengacara berpengalaman di Los Angeles Amerika Serikat, khususnya terkait hukum sivil. Kes besar terakhir yang ditanganinya ialah berkait dengan penyanyi pop terkenal Amerika Michel Jackson seminggu sebelum beliau meninggal dunia.

Menurut pengakuannya, yang mengilhaminya masuk Islam adalah dorongan pribadinya yang kuat untuk mengenal Islam. Dan setelah membaca maklumat-maklumat yang benar tentang Islam, dia yakin bahawa Islam adalah agama yang benar.

Sebenarnya, Mark sudah memiliki sedikit pengetahuan tentang Islam. Dan ketika berada di Arab Saudi dan menyaksikan sendiri kehidupan kaum Muslimin, khususnya ketika mereka bersolat berjamaah, dorongan untuk lebih mendalami Islam menjadi semakin kuat.

Seorang pegawai pelancong yang menemani Mark selama 10 hari di Arab Saudi, Dhawi Ben Nashir menjadi saksi perjalanan keislaman Mark Shaffer. Ben Nasher menceritakan bahawa Mark mulai bertanya-tanya padanya tentang Islam sejak pertama kali menginjakkan kakinya di sana.

Sesampainya di A.Saudi, Mark menginap di kota Riyadh selama dua hari. Selama itu, Mark sangat concern pada Islam.

Selepas ke Riyadh, Mark pindah ke Najran, terus ke Abha dan Al-Ula. Di sanalah ketertarikannya pada Islam sangat terlihat. Ketika itu, dia sedang menuju ke padang pasir.

Di sana, dia melihat tiga pemuda A.Saudi yang mendampinginya sedang solat di atas permukaan padang pasir yang amat luas. Sungguh sebuah pemandangan yang sangat menakjubkan baginya.

Ben Nasher melanjutkan ceritanya, "Setelah dua hari di Al-Ula, kami pergi ke Al-Juf. Sesampai di Al-Juf, Mark minta dicarikan buku-buku tentang Islam. Lalu saya berikan beberapa buku tentang Islam. Semua buku tersebut dibaca habis oleh Mark. Esok paginya, dia minta saya mengajarkannya solat. Saya pun mengajarkannya solat dan bagaimana cara berwudhu'. Lalu dia ikut bersolat di samping saya."

Setelah mengikut bersolat bersamanya, Mark merasakan jiwanya sangat tenteram. Sebuah kenikmatan yang tidak terkira dibayangkannya.

Petang Khamisnya, Mark dan pegawai pelancongannya meninggalkan Al-Ula menuju kota Jeddah. Selama di perjalanan dia dilihat serius sekali membaca buku-buku tentang Islam. Dan pada Jum'at paginya, mereka mengunjungi kota tua Jeddah.


Sebelum waktu solat Jumaat tiba, mereka kembali ke hotel. Ben Nasher minta izin untuk solat Jumaat. Saat itu Mark ingin ikut bersamanya untuk solat Jumaat agar dapat menyaksikannya bagaimana solat Jumaat itu. "Welcome…," jawab Ben Naher dengan semangat.

"Kamipun pergi ke sebuah masjid yang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap di Jeddah. Karana agak terlambat, saya dan sebahagian jamaah solat di luar masjid karana jamaahnya yang penuh. Terlihat Mark mengamati jamaah apalagi setelah selesai solat Jumaat, mereka saling bersalam-salaman dengan wajah yang cerah dan gembira. Mark semakin kagum dengan pemandangan tersebut," tutur Ben Nasher.

Setelah pulang ke hotel, tiba-tiba Mark menyampaikan kepada Ben Nasher tentang keinginannya untuk masuk Islam. Ben Nasher pun menyambutnya dengan gembira, "Silakan Anda mandi terlebih dulu," sarannya.

Setelah mandi, Ben Nasher membimbing Mark mengucapkan dua kalimat syahadah lalu solat sunat dua rakaat. Setelah itu, Mark mengungkapkan keinginannya untuk mengunjungi Masjid Haram di Makkah dan solat di sana sebelum dia meninggalkan Saudi Arabia.

Supaya dapat memasuki kota Makkah dan Masjidil Haram, Mark ditemani Ben Nasher pergi ke pejabat Dakwah dan Irsyad di kawasan Al-Hamro’ Jeddah untuk mengambil bukti rasmi keislamannya. Lalu Mark diberi sijil kemasukan dalam Islam. Kerana beberapa anggota pembantu yang mengikuti kunjungan Mark ke Saudi Arabia sudah harus kembali ke Amerika petang Sabtunya, alhamdullah, Ustaz Muhammad Turkistani bersedia mengantarkan Mark ke tanah haram Mekkah pagi itu juga.

Berkaitan kunjungan Mark ke Masjidil Haram, Ustaz Muhammad Turkistani menceritakan, "setelah Mark medapatkan sijil Islam sementara kami pun langsung berangkat menuju Masjidil Haram yang mulia. Ketika dia menyaksikan Masjidil Haram, kelihatan sekali wajahnya sangat cerah dan memancarkan kegembiraan yang luar biasa. Ketika dia masuk ke dalam Masjidil Haram dan menyaksikan sendiri Ka’bah, kegembiraannya semakin bertambah. Demi Allah saya tidak bisa mengungkapkannya dengan lisan akan pemandangan tersebut. Setelah dia tawaf mengelilingi Ka’bah yang mulia, kami solat sunat dan kemudian keluar dari Masjid Haram. Saya lihat Mark sangat berat untuk berpisah dengan Masjid Haram."

Setelah Mark mengumumkan keislamannya, dia sempat mengungkapkan kebahagiaanya pada al-Quran Al-Riyadh sambil berkata, "Saya tidak sanggup mengungkapkan perasaan saya saat ini. Sekarang saya baru dilahirkan kembali dan kehidupan saya baru bermula…" Mark menambahkan, "saya sangat bahagia. Kebahagiaan yang saya rasakan tidak sanggup saya ungkapkan pada anda saat saya berkunjung ke Masjidil Haram dan Ka’bah yang mulia."

Setelah menjadi muslim, Mark bertekat akan lebih serius mendalami Islam dan akan kembali lagi ke Saudi Arabia untuk menunaikan ibadah Haji.

Pagi Ahad 18 Okteber 2009, Mark meninggalkan Bandara King Abdul Aziz Jeddah menuju Amerika. Sebelum meninggalkan Jeddah, saat mengisi borang imigrasi, Mark mencatatkan agamanya adalah ISLAM.


Selamat jalan saudaraku . . . semoga Allah sentiasa menjagamu dan memilihmu untuk menjadi duta Islam di Amerika. Semoga Allah menganugerahkan hidayah kepada rakyat Amerika melalui tanganmu. Membuka mata hati pemimpin negerimu melalui sebab dirimu. . . .

Subhanallah....

No comments: