Thursday, April 28, 2011

Day 1: ISK? Apa itu?

Pertama kali diajak ke ISK, diri ini tertanya-tanya, apa itu ISK? Program apa tu? Ok ke tak ni? Nak join ke tak ni? Macam tak best jer? Beribu persoalan mula membelenggu fikiranku. Tapi hati berkata lain. "Pergi la ISK, boleh gi jalan-jalan kat Port Dickson, ada barbeque lagi, makan free lagi tu. Tapi adakah itu sume yang diimpi-impikan oleh aku? Aku bertanya pada diri sendiri.

Perjalanan bermula di Kolej Cendana. Sebelum bertolak kami berkumpul di surau cendana, ramai juga la yang nak ikut program ISK tu. Lebih kurang 20 orang rasanya. Sebenarnya aku diajak oleh rakan kelasku, Abdullah Zubayr. Katanya program ni best dan pasal makan, "DOn't worry" katanya. Tambah2 ada barbeque pulak kan. Apa lagi kata naluriku, "Join je la". Aku menaiki kereta bersama Zubayr, Mukhlis dan Syaraful. Masa dalam perjalanan, kami buat satu sesi yang dimanakan 'TTT' iaitu Taaruf Tahap Tinggi. Kami buat perkongsian pasai diri masing2. Secaranya umumnya, dapatla kenai dengan kengkawan dalam kereta tu.

Kami berhenti rehat di sebuah R&R di Seremban kalau tak silap. Selepas solat Asar dan makan,kami berkumpul bersama2. Abang Adam, seorang akhi yang baru aku kenal hari itu yang mengetuai jaulah kami itu. Bukan nak memuji dia tapi memang betul yang beliau memang seorang yang hebat. Pada mulanya ingatkan beliau seorang akhi sebaya saja tapi rupa-rupanya lecturer. Umur baru 25 tahun dah jadi lecturer. Muda gila. Kalau nak tahu beliau ini seorang pelajar yang hebat dulu. Graduater from Imperial College United Kingdom. Then sambung master kat King College, UK pula. Yang paling bestnyer, beliau hanya ambil master dalam masa setahun saja. Memang hebat orangnya. Semasa berkumpul, beliau menerangkan kepada kami tentang tentatif program di sana. Di samping itu, beliau juga cuba menerangkan dan mengingatkan kami semula tentang niat kami ke sana. Betulkan niat kami kerana Lillah bukan kerana suka-suka. Dari situ, aku dapat menduga inilah program yang aku harapkan. Aku amat mendamba untuk dibawa ke program begini kerana jika harapkan diriku untuk berubah, mungkin lambat untuk aku bertindak. Alhamdulillah..


Tiba di muka bumi PD, aku melihat rakan-rakan dari tempat lain sedang mendirikan khemah untuk penginapan pada malam harinya. Selepas turun dari kereta, kami bersalaman dengan mereka. Menurut mereka, mereka pelajar persedian dari Kolej Mara Banting. Bestnyer dapat kenal kawan-kawan baru. Kemudian, kami berpecah untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Ada yang membantu mendirikan khemah dan ada pula yang membantu membakar ayam. Fuh, sungguh indah suasana pada masa itu!

Ikutilah sambungannya selepas ini.. To be continued..

2 comments:

-.rashid.- said...

memori la akhi.....kena pulak dengan lagu blog ni.....aish..

Inche Mushi said...

mmg,,, that why ana pilih lagu ni.. hehehe