Thursday, April 28, 2011

Day 1: ISK & Ribut...

Ini sambungan dari cerita ISK tadi...

Pada malam harinya, aku bersama beberapa orang rakan2ku pergi ke kedai untuk beli nasi. Ala, biasala hanya bakar ayam saja, nak makan kena la cari nasi pula. Bukan setakat nasi, air pun kena beli jugak, kalau tak minum air laut la jadinya. Selepas pulang ke tapak perkhemahan, semua orang sedang menunggu kepulangan kami. Ayam dah masak, nasi dan air pun dan sampai, apa lagi yang ditunggu-tunggu, serbu jela makanan-makanan tu. Semua orang makan dengan penuh berselera sekali.

Selesai makan, kami semula bersolat Isyak secara berjemaah. Dengan berhamparkan tikar mengkuang, kami solat di atas bentangan pantai yang indah. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah S.W.T. Selepas solat, kami berkumpul di tepi pantai. Sungguh romantis suasananya pada malam itu. Zubayr memulakan bicara. Kami buat la sedikait sesi 'sharing' pasal program itu. Semua orang nak tahu apa perspeksi masing-masing tentang pengalaman sepanjang program itu bermula. Tapi semua itu hanya seketika apabila hujan mula turun membasahi bumi Illahi. Apa lagi, bertempiaran la semua orang lari masuk ke dalam khemah. Aku mengambil peluang untuk menonton movie dengan laptop aku. Namun begitu, Zubayr melarangnya dengan alasan supaya kami boleh tidur awal untuk program besoknya. Aku hanya patuh tanpa berbuat apa-apa lalu dengan kecewanya menyimpan semula laptop aku. Semua orang mula memejamkan kelopak mata masing2 namun aku masih susah untuk melelapkan mata. Maklumlah, tadi dah tidur nyenyak dalam kereta.

2.00 pagi....

Maka bermulalah satu detik yang agak mencemaskan. Khemah kami dilanda tsunami, eh silap, bukan tsunami tapi angin kencang saja. Pada mulanya, angin hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa diiringi dengan hujan renyai-renyai tapi dengan tiba-tiba angin kencang (ribut) menyusuri kami. Aku tidak dapat tidur dengan selesa kerana khemah terlalu 'pack' malah titisan air hujan asyik terjun ke atasku. Bila hujan mulai lebat, air mulai masuk di tepi2 khemah, apa lagi, aku terus bangun la. Aku dapat melihat situasi yang berlaku dengan jelas sekali memandangkan aku berada di hujung khemah. Rakan-rakanku mula bangun apabila menyedari khemah kami bergoyang-goyang dibedal angin kencang. Semua orang mula menahan khemah di bahagian tepi. Ada yang mula keluar dan berlari ke kereta dan van. Dan ada yang masih bertahan di dalam khemah. Kemudian, seorang demi seorang keluar dari khemah kerana khemah sudah terlalu nazak untuk bertahan. Aku pun turun keluar. Angin masih kencang dan khemah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Memandangkan keadaan sudah begitu, kami mengambil keputusan untuk menumbangkan khemah itu. Selepas ditumbangkan khemah, aku mengambil seketul batu untuk menindih khemah tersebut supaya ia tidak melayang dibawa angin kencang.

Semua orang berkejaran ke dalam kereta dan van. Kami semua sudah buntu di mana harus berteduh pada malam itu. Tu la, ujian Allah S.W.T, tanpa di sangka2 ianya berlaku. Kita tak dapat menduga apa yang Dia tetapkan untuk kita. Bertepatan dengan firman-Nya dalam Surah Yaasin.

(36:82) إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Maksudnya:Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.

Mungkin Allah S.W.T turunkan semua ini untuk menguji hamba-hamba yang terleka dengan dunia dan Dia mahu melihat sejauh mana iman dalam diri hamba-hamba-Nya.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)

Selesai bercerita sesi malam, belum masuk isi ISK lagi. Nak tahu? Ikuti la episod seterusnya....

3 comments:

yui said...

camna hg nak tgk movie kat situ ada power supply ka?



oh my god... serius besz..kami kat sini mana ada xtvt cam hgpa...

so tidor dalam van la ea mlm tu?

Inche Mushi said...

Yes, kena tidoq dalam van la.. tapi memang best. kenangan gila oooo

Inche Mushi said...

Video tu video yoube. ada tenet beleh la tgk.impossible la tak dapat tengok.. huhuhu