Wednesday, April 27, 2011

Sendiri Menyepi..

Hari ini kududuk sendiri menyepi di bilikku. Apa lagi yang mampu kubuat. Oleh kerana bangun agak lewat, kaki ini berat unruk melangkah ke kedai. Buat apa lagi kalau bukan bersarapan, bak kata orang Kedah, "menyorok". Namun begitu, kukuatkan diri bangun mencapai tuala untuk mandi. Badan yang lemah perlu dikuatkan semula untuk menjalani rutin harian seperti biasa.

Kerjaku bermula hari ini. Semalam aku men'format'kan laptopku. Memandangkan laptop aku selalu lambat dan ada butang la tidak berfungsi, aku mengambil keputusan untuk men'format'kannya. Lagipun, aku rasa contents or unneeded file or software dah mengganggu sistem laptopku itu, jadi jalan terbaikku adalah men'FORMAT'kannya. Setelah selesai meng'install' Window 7 Home Premium, aku mula mencari software2 yang penting untuk dimuatkan dalam laptop aku yang sudah 'suci' itu. Alhamdulillah, sume berjalan dengan lancar. Semua butang keyboard sudah berfungsi. Tapi masalah besar muncul pula apabila installer Microsoft Office Pro 2010 tak ada. Aku mula meminta pertolongan dari sahabat karibku, Muhammad Hanif Hazemi. Dialah yang banyak membantu aku selama ini. Tetapi masalah muncul lagi apabila server yang kami masuk diblok seketika kerana terlalu ramai yang memasukinya. Percubaan kami pada malam harinya hanya 'percuma' bak kata orang Indonesia la yang bermaksud sia-sia. Aku mula mendesak 'Kaben' (nama panggilan Hanif) untuk menyelesaikan masalah itu namun masih belum berjaya. Aku mendapat satu pengajaran apabila Karben berkata "Hang ni pikiqkan dunia sangat la". Aku tersentap dengan ayat-ayat tu. Niat dihati hanya untuk bercakap kosong saja tapi ada yang terasa. Ia memberi satu 'ibrah' (pengajaran) kepada aku supaya perlunya menjaga kata2 walaupun kita hanya menganggapnya sebagai saja2 tetapi orang di sekitar kita tidak merasai apa yang kita fikirkan. Aku menghantar mereka ke pintu pagar Kolej Cendana.

Seterusnya, aku melangkah semula ke bilik dengan harapan untuk tidur dengan nyenyaknya. Tapi memang dugaan la dengan adanya laptop disisi. Aku mula men'download' segala software yang berguna untuk dimuatkan di dalam laptopku ini. Untuk muzik, aku tidak lagi mahu berfikir panjang kerana Window Media Player pun dah cukup hebatnya cuma masih tinggal software untuk video clip and movie je belum lagi. Aku mula melayari laman sesawang "FileHippoo" untuk mencari software2 berkaitan. Alhamdulillah, memang tak salah link yang aku masukakan. Terdapat banyak software yang boleh dimuat turun. Apa lagi, dengan tamaknya, aku men'download' hampir kesemua software2 disitu. Kemudian, aku mencuba satu persatu software tersebut dengan harapan aku dapat temui sofware yang paling menarik untuk movie dan video clipku. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku menjumpai software yang agak menarik iaitu KM Player. Ok la software yang ini, boleh full screenkan video or movie kita.

Malam pun sudah mula menjadi lebih gelap dan unggas2 di taman mulai menutupi kotak suara mereka untuk bekalan hari esoknya. Mataku berat untuk mengelip2kan kelopaknya dan mati kecillah aku di situ.

Selamat malam.....

No comments: