Wednesday, April 27, 2011

Apa yang Perlu Kalau Nak Belajar?


1. Niat yang betul

Niat merupakan dari segi bahasa bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Manakala dari sujud istilahnya pula, niat bermaksud gerak hati melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah S.W.T. Sebelum kita melakukan apa – apa perkara kita hendaklah mempunyai niat yang baik. Seperti sabda Rasullullah S.A.W:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya.”
(Hadis Riwayah Al Bukhari wa Muslim)

Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa belajar tidak akan belajar dengan baik. Mereka tidak akan mempunyai komitmen terhadap apa yang sedang dipelajarinya. Ramai orang belajar tetapi tidak faham atau memahami apa yang mereka belajar dan kenapa mereka belajar. Setiap perkara yang kita lakukan perlulah berdasarkan niat kita. Jika kita berniat untuk kebaikan, maka Allah akan berikan kebaikan kepada kita melalui pelajaran kita namun jika kita belajar tanpa niat kerana Allah S.W.T sudah pasti kita tidak akan beroleh apa – apa.

2. Mempunyai ketekunan dan ketabahan

Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama dalam usaha kita mencapai kejayaan dalam pelajaran adalah kebosanan dan kemalasan. Begitu juga dengan komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu, insha Allah akan membawa kepada kejayaan.

3. Bentuk sifat ingin mencuba

Keinginan untuk meroka sesuatu yang baru dalam bidang keilmuan akan membentuk sifat kretif dan inovatif dalam diri di samping menambahkan ilmu pengatahuan. Kita selalu beranggapan bahawa apa yang kita tahu adalah benar, sebab kita menerima sesuatu yang baru atau sesuatu yang kita tidak tahu daripada orang lain. Oleh sebab itu kita sentiasa pertahankan apa yang kita tahu padahal jika kita sendiri yang mengkajinya, hasilnya pasti berbeza dengan apa yang kita tahu selama ini. Ilmu Allah S.W.T itu terlalu luas dan kita perlu mengkajinya kerana jika tersilap mengkaji maka hasilnya akan memudharatkan diri kita sendiri malah orang lain juga.

4. Sabar

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, kesabaran merupakan aspek yang amat penting terhadap pengurusan diri kita. Orang yang berakhlak akan sentiasa sabar dalam menjalani kehidupan di alam pembelajaran. Misalnya, kita gagal dalam peperiksaan atau mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, orang yang berakhlak akan redha dan sabar dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T malah akan lebih berusaha untuk meningkatkan prestasinya pada masa hadapan. Sabar merupakan perintah Allah S.W.T dalam kitab suci Al-Quran.

Firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat ke-153:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (2:153)

No comments: