Friday, April 29, 2011

Day 2: Main di Tepi Pantai

Sambungan.......

Menjelang waktu Subuh, kami berangkat ke sebuah masjid berdekatan. Kami mandi dan solat Subuh bersama-sama jemaah di situ. Selepas solat Subuh, kami mendengar Kuliah Subuh yang disampaikan oleh seorang ustaz. Rasanya ustaz tu orang Kedah sebab ayat-ayat beliau tidak terlepas dengan loghat2 Kedahnya. Kemudian, kami beri masa untuk berehat-rehat untuk mendapatkan tenaga bagi program seterusnya. Kebanyakan daripada kami mengambil peluang itu untuk tidur di bahagian luar masjid tersebut. Kami dikejutkan takkala matahari segalah di langit. Sebelum sarapan kami solat dhuha dahulu. Kami hanya makan kuih-muih dan air teh o sahaja.


Kemudian, tanpa melengah-lengahkan masa, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Destinasi seterusnya ialah sebuah hotel kerajaan di sekitar PD lagi. Setibanya di sana, kami berkumpul di tepi pantai. Kami solat diatas pantai secara berjemaah. Ni la first time aku solat di atas pasir pantai. Inilah Islam, mudah tapi kita yang selalu menyusahkannya. Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran.

يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواْلاَ تَسْأَلُواْعَنْأَشْيَاءإِن تُبْدَلَكُمْ تَسُؤْكُمْوَإِنتَسْأَلُواْعَنْهَا حِينَيُنَزَّلُالْقُرْآنُتُبْدَلَكُمْ عَفَااللّهُعَنْهَاوَاللّهُغَفُورٌحَلِيمٌ .... 5:10

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu bertanyakan (kepada
nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan
menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan
Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu)
dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di
Dalam Al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”

Jelaslah, Islam adalah agama yang mudah. Mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidak sewajarnya diperberatkan dan dipersulitkan dengan sikap suka
mempersoalkan dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah S..W.T. Selain menghalang sesuatu perintah itu dilaksanakan dengan sempurna, ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nya melaksanakan sesuatu amalan baik kecuali sekadar kemampuan mereka.

Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk beriadah. Kami bermain bola sepak, bola tampar dan main tuju2 bersama-sama. Subhanallah, bestnyer suasana riang begitu. Badan pun dan letih, kami mengambil kesempatan untuk mandi-manda di laut. Airnya sejuk jugak tapi nyaman rasanya.

Kemudian kami naik dan terus menjamah makanan tengah hari yang sudah siap dihadangkan dalam talam. Tengah hari itu kami makan nasi berlaukkan ikan keli goreng. Walaupun makan ramai2, tapi semua orang berasa kenyang. Tu la nikmatnya rezeki Tuhan apabila dikongsi bersama-sama.

Bila nak cerita pasal ISK ni? Tunggu ya. Bersambung...........

No comments: